Saturday, February 16, 2013

WAWA SEMPUT & SECRET RECIPE

Lama tak jumpa zaleha. Sejak dia kerja ni memang jarang jumpa dia. Yelah kalau masing2 duduk rumah dulu..rajin jumpa..keluar dengan dia. So, hari ni tadi decide lah keluar ngedate berdua dengan dia. 


Ni sorang lagi kawan sekolah masa kecil, dari sekolah rendah, menengah, belajar dekat KL sampailah nak hang out pun selalu juga dengan zaleha ni. Kepala gila2, sporting..dan...gila kamera...huhu

Walaupun cuaca tak berapa baik, dah dekat 2 minggu panas, bahang lain macam.. hari ni, alhamdulillah...hujan seharian. At least dapat basahkan sikit tanah...

Sekali lagi ke Jusco Tebrau, pada mulanya nak lepak ke Tasik Pasir Gudang aje lepak2 dekat sana, sambil bergambar..tapi disebabkan hujan yang terlalu lebat, masa on the way kami ke Jusco dekat Highway Pasir Gudang  pun lagi lebat sampai ada sebiji kereta Proton WAJA accident terbabas dekat pokok atas pembahagi jalan. Ngerinya..semalam dengan hari ni..tiap hari nampak kemalangan..semalam dekat kampung sendiri..sorang lelaki masuk bawah tayar lori yang berlanggar bertentangan dengan AVANZA. Hari ni kereta terbabas dalam hujan pula. Jammed memang tak boleh cakap...panjang!..dengan risau minyak tinggal suku..tak pasal2 disebabkan jammed, kereta piha mati tengah jalan..

Tapi syukur finally kami sampai juga. Satu lagi problem sesampai dekat sana..parking pula penuh, sampai berebut2 mencari mana2 kereta nak keluar. Piha yang dari aras bawah tanah terus menuju keluar mencari parking. HAHA..lawak pula bila abang kereta proton saga ketawa tengok kami  masuk wrong way berebut masuk terus pasang signal nak kan tempat parking dia..=D

Kami survey tiket wayang..pada mulanya ingat nak tengok HANTU KAK LIMAH 2..tapi rupanya belum release lagi!!..ergh..geram!..cerita tu release hari khamis..jadi filem melayu yang ada cuma WAWA SEMPUT dan JUVANA. Jadi kami decide nak tengok WAWA SEMPUT.



Pada piha cerita ni memang tip top BEST!!..lawak Along Cham, Angah Raja Lawak dengan Yana Samsudin. Cerita yang berkisahkan seorang wanita yang direbutkan oleh 2 jejaka yang sanggup berbuat apa sahaja. Memang bergelak sakan dalam panggung tak hengat ok!

Sebelum menunggu wayang kami jam 5.20pm..kami makan2 dekat SECRET RECIPE. Dapat juga rasa cake durian durian daripada Secret Recipe. Sedap2...



Spaghetti Bolognese...Zaleha punyer!



Ini dia!!..durian durian cake!!..sedap!..sponge cake layered with durian cream!!..=')


Nak tea Time katanya..durian cake bersama Expresso..sampai2 gelasnya..hah..tak basah tekak minum..-_-'..me regret so much!


Burger!..tak terhabis..tapi gagahkan juga...


Iced Lemon Tea..zaleha punyer!!


Habis ovie terus gerak balik. Tak larat nak ikut highway yang confirm2 jammed gila!!..jadi piha drive ikut jalan dalam (ULU TIRAM).


So!..lepas ni concentrate aje trip ke Pahang sabtu depan!!...

No comments:

Post a Comment