Tuesday, May 31, 2011

HAMSTER :ROMEO DAN JULIET

Romeo dan Juliet. Rakan baru piha!..

Ini lah dia, 2 ekor hamster yang baru saja piha beli dengan abah tengah hari tadi dengan harga RM9 seekor siap dengan habuk dan kuaci kesemuanya piha melabur sebanyak RM33 sahaja.

kuaci dan habuk

Siap Vitamin

Seekor jantan dan seekor lagi betina. Dulu masa zaman sekolah menengah, piha pernah bela 2 ekor hamster, tetapi jenis yang berlainan sedikit, saiznya yang lebih kecil dan harga yang lebih murah, RM5 seekor.


Piha memilih seekor jantan dan seekor betina juga pada waktu itu, piha beri nama COCO ( cho - cho ) untuk hamster jantan dan CICI ( chi- chi ) untuk betina. CICI dulu pernah beranak sebanyak 3 kali, malangnya kesemuanya mati sebelum mereka sempat membesar. Ini semua gara2 ayahnya, COCO yang makan anaknya sendiri. Sayang sangat pada waktu itu. Inilah didalam sangkar berwarna purple CICI dan COCO membina keluarga..hihi


Taukeh kedai tu cakap,kalau anak hamster ni dah besar, piha boleh jual balik anak hamster tu dekat kedai, dia ambil RM5 seekor. Dan bayangkan kalau piha ada banyak anak hamster yang berjaya membesar, tambah pendapatan piha...

Dan kali ini, piha bernekad untuk memastikan supaya anak hamster piha akan membesar dengan jayanya. Piha bercadang nak beli rumah hamster 2 tingkat, siap dengan ada gelungsur, terowong dan rumah lagi. Piha dah survey hanya RM45 sahaja. Nantilah, tunggu Romeo dan Juliet dapat anak dulu, baru piha fikir kemudian. Sekarang, buat sementara, duduk dulu dalam sangkar sedia ada dulu...

Hihi..inilah hobi piha, membela haiwan. Tetapi hanya haiwan berbulu dan jinak sahaja. Setakat ini, piha ada 3 ekor kucing dan 2 ekor hamster. Piha bercadang, nak bela arnab pula selepas ini dan juga ikan.



p/s : lepas raya kalau piha dah naik semester, teruklah abah...hihi..nak beri makan semua haiwan kesayangan piha...=)

Monday, May 30, 2011

NUVATEA KE NATURAL CLENX TEA


Masanya untuk mengucapkan selamat tinggal pada NUVATEA dan HAI! NATURAL CLENX TEA..tea diet...peneman setia piha!


Piha dah gunakan Nuvatea selama setahun setengah dan Alhamdulillah..kesan yang baik...betul kata orang..kalau kita nak diet, minuman yang paling baik adalah teh hijau. Selama menggunakan produk ni, boleh dikatakan berkesan. Cuma satu saja, bagi piha lah yang berpendapatan rendah ni, 7 bungkus berharga RM19.90 agak mahal untuk piha.

Jadi, piha mengambil alternatif lain untuk bertukar Natural Clenx Tea. RM28 dengan 20 tea bag didalamnya. Dengan mengambil 2 kali setiap hari setiap hari sudah cukup memadai.

Selamat meneruskan misi berdiet anda SUPIHA!!


INTERVIEW - BATAL

Perkara di atas adalah di rujuk. Yep...abah tiba2 tak izinkan piha untuk pergi interview esok...sebabnya...

Tidak mengapalah...mungkin lain kali sahaja..Terima Kasih Yayasan Pelajaran Johor sebab proses permohonan piha...

Semoga anak johor yang lain akan terus berjaya...jaya..dengan gemilangnya..

=(

FULLSTOP~~

Sunday, May 29, 2011

YAYASAN PELAJARAN JOHOR

Tak terfikir pada mulanya untuk apply YPJ punya pinjaman pendidikan.Hasrat di hati pada mulanya hanyalah untuk mencuba nasib, dan Alhamdulillah, sekali lagi piha terpanggil untuk ditemuduga pada 31 Mei 2011.


Pada mulanya abah khabarkan pada piha interview akan di adakan pada 2 Jun 2011, maknanya adalah masa sedikit untuk piha buat preparation, tapi surat dihantar kali kedua yang menyatakan temuduga akan dilakukan pada 31 Mei 2011.

Jadi, sekarang, piha buatlah serba sedikit persediaan tentang Johor, seperti salasilah sultan, keluasan dan sebagainya. Bukan sebab apa,tetapi piha sudah terkena semasa interview UITM dulu...kelam kabut call orang sana, orang sini..haiihh...*sigh

InshaAllah..piha akan pergi dengan zaleha, rakan piha..dan inshaAllah..piha akan drive sendiri ke sana.

Saturday, May 28, 2011

KELANTAN STORY

Piha meneruskan perjalanan selepas ke Kedah terus naik ke pantai timur..tak lain tak bukan ke Kelantan Darul Naim.

Piha kesana adalah untuk ke rumah mak cik piha yang terletak di Tanjung Pagar, Ketereh. Agak jauh daripada bandar Kota Bharu. Pendek kata kalau tak ada kenderaan, memang susah lah nak gerak dengan bas awam..sebab sepanjang piha berada di sana agak jarang untuk piha bertembung dengan bas awam di sana.

Seminggu lebih piha di sana, mengajar piha serba sedikit loghat bertutur dalam dialec kelantan..hihi..tapi tak lah fasih sangat..setakat perkataan yang senang2 sajo..

Sepanjang berada di sana piha sempat ke UITM MACHANG, untukmenghantar sepupu piha, Amar Faris sambung study dekat sana dalam bidang Pengurusan Maklumat. Di pintu masuk, sudah terpampang gambar Datuk Naib Chanselor..BANGGA!

Selepas itu, piha di bawa ke Wakaf Che yeh, Rantau Panjang, Pantai Sri Tujoh dan Pengkalan Kubor...lihat Thailand dan Sungai Golok...walaupun sepanjang2 minggu piha berada di sana, tak banyak hari dapat mak cik dan pak cik luangkan masa untuk piha sebab mereka masing2 bekerja sebagai guru, dan balik pun dah lewat petang, cume kadangkala kalau ada masa sedikit yang terluang, baru lah piha di bawa meronda- ronda kesana sini..hihi..

Tapi duduk di kelantan juga best bagi piha..sebab piha suka dengar mereka berborak....laju sajo...=)

p/s : gambar akan di upload kemudian=)

Piha pulang ke Johor pada semalam..dimana perjalanan 12 jam sangat memenatkan dan berbaloi lah...tapi bas sajalah lambat 2 jam dari masa yang sepatutnya...sangat penat menunggu bas..macam2 bunyi effect dah keluar..ada yang mengeluh, mendengus dan sebagainya..entah kenapa lambat pun piha tak tahu..

Tapi apa2 pun alhamdulillah piha selamat sampai selepas 12 jam berada di dalam bas=)...semuanya baik2 blaka...perjalanan dari kelantan ke Terengganu turun ke Pahang dan tembus ke Segamat sangat menarik!.

Yess!!..jom selepasini kita jelajah pulau!!


KEDAH STORY : CHANGLOON LAST DESTINATION


Saat saat terakhir piha di kedah, piha telah dibawa emak dan abah untuk balik ke kampung..piha sangat2 sebak..sebab piha dah dianggap macam anak mereka sendiri...sudah lah layanan macam2..di bawa pula berjalan2...tak terbalas budi mereka...

TERIMA KASIH INFINITI

sebab spent masa untuk piha..pengalaman yang sangat berharga untuk piha..pengalaman yang baru...TERIMA KASIH!...hanya Allah yang membalas jasa linda dan keluarga...

Baiklah..berbalik pada kisah di atas, Piha di bawa abah, emak dan along untuk pulang ke kampung mereka bertemu sanak saudara di sana...Tersangat lah bestnya..apa yang paling membuatkan piha seronok sepanjang berada di sana ialah dapt melihat ini...


Tetapi,..ini ialah kawasan sawah padi yang berlatar belakangkan Gunung Keriang, tapi yang piha maksudkan ialah kehijauan pemandangan sawah padi yang nyaman, sejuk mata memaandang. Memang tenang..kalau piha di beri peluang untuk menanam pokok, piha akan pilih untuk tanam pokok padi..

Ada kata pepatah yang mengatakan

Jadi lah resmi padi semakin tunduk semakin berisi, jangan jadi resmi lalang..

kan..kan..seringkali kita dengar tentang pepatah melayu ni...

Ok..piha di bawa 2 tempat sepanjang perjalanan sehari suntuk...dan kami tiba di rumah pada waktu malam...

__________________________________________________________________





KEDAH STORY : ALOR STAR MALL



Alor Star Mall....sebuah pusat membeli belah yang pada piha " lengkap " dengan segala kemudahan..dan best..lebih- lebih lagi parking nya pun percuma buat pengunjung yang datang bertandang bersama seisi keluarga..kalau dekat JB ni kira macam CITY SQUARE lah..tapi yang membezakan adalah dekat JB ni sangat Jammed dan parkingnya kena bayar..tambahan makanan pun agakmahal jika di bandingkan dekat sana...

Saat pertama kali piha menjejakkan kaki ke Kedah,emak dan abah dan mengajak piha ke sana untuk membuat surprise kepada linda. Jadi, bagi piha tidak hairanlah kalau piha asyik pergi ke tempat yang sama tiap2 hari..hihi...sampaikan kawan piha sendiri, emi atau nama pemilik blog MANUSIA BERKEPALA SATU ini bertanya

hihi...tak bosan pun...tapi best..yelah dapat mencuci mata dan merehatkan minda...chewah!..tak adalah..sebenarnya kalau rakan2 nak tahu..piha setiap hari ke Alor Star mall ni sebab piha mengambil linda balik dan pergi kerja...sengaja buat begitu..sebab best...

Agak banyak juga lah piha spend time dekat Alor Star Mall ni..


sehingga sini...

Kami menonton wayang bersama2 dengan akak linda yang piha panggil sebagai Along..piha berjanji dengan emi yang kami akan keluar pada waktu yang telah di tetapkan..piha sampai awak sedikit dengan along..sengaja untuk menempah awal tiket wayang NUR KASIH THE MOVIE. Pada awalnya piha bercadang untuk keluar awal tepat jam 12.00 tengah hari..tapi di sebabkan piha, emak dan along agak terlewat sedikit masak untuk makan tengah hari,jadi kami menukar planning kami untuk keluar jam 1.45 petang. Alhamdulillah..tiket pada waktu itu masih bersisa lagi walau kami dapat tempat yang agak tidak strategik..

Kami masuk untuk pukul 3.00 petang..dan habis lebih kurang jam 5 petang lebih2 sedikit. Cerita kisah percintaan " SEHIDUP SEMATI" oleh Nur Amina dan Aidil sangat menggamit perasaan piha pada waktu itu. hehe...Piha pun turut membayangkan sebenarnya kalau lah piha mendapat cinta yang sebegitu rupa..alangkah indahnya...Cinta kebal antara si adam dan hawa..how sweet...

Naahh...piha pun agak terkejut sebenarnya, bila dalamblog encik emi tu dikhabarkan sebenarnya dia nak menangis tapi bsebenarnya control2...haiishh..bertuah sungguh...piha sangkakan betul lah dia tak menangis...tapi...hmmm..tapi memang betul tu...cerita tu sangat merudum jiwa...

Selepas habis tu, kami terus ke Pekan Rabu ( betul ye emi dan linda )..untuk membeli sedikit buah tanbgan untuk dibawakan ke Kelantan tidak kurang 2 hari dari hari itu. Piha sempat membelikan mak cik piha 1/2 kilo ikan pekasam dan kuih untuk mak cik piha...

Jalan di sana pun lebih kurang macam dekat Johor juga, agak jammed bila tiba waktu kemuncak orang balik dari kerja. Alhamdulillah..speanjang perjalanan kami untuk balik ke Alor Star Mall untuk mengambil linda semula dan menghantar emi pulang, tak ada apa yang buruk berlaku kecuali ENJIN KERETA asyik mati saja..huhu...

Kami sampai agak malam pabila piha, along dan linda kami ke MARINA!!..weehu...satu tempat yang best..tapi kalau dekat Johor...lebnih kurang macam KONG KONG LAUT...dekat dengan rumah piha, tempat orang berlepak, makan2 dan sebagainya mana2 yang nak melihat sunset!..Kami pun pekena keropok lekor, speerti biasa dan makan di dalam kereta. Padamulanya kami turun dan berjalan ke tepi laut, tapi sayangnya, ramai mat remput yang berada di situ membatalkan niat kami..yelah..takut diapa2kan...

Jadi...makan punya makan..kami balik..hihi...

Wednesday, May 25, 2011

KEDAH STORY : PENANG!

Hari ni piha akan di bawa ke Penang!!...walaupun pada mulanya kami bercadang nak kePulau Lngkawi, namun hasrat itu masih lagi tidak dapat di realisasikan lagi di sebabkan oleh masa yang tidak mencukupi. Memang piha akui impian piha adalah untuk menjejakkan kaki ke sana di sebabkan piha nak melihat sendiri kisah pulau yang penuh dengan misteri itu.

Tetapi..mungkin adalagi hikmahnya apabila masa yang agak singkat ini tidak dapat membenarkan piha untuk datang bertandang ke sana, namun begitu, hasrat piha di tukar untuk ke Pulau Pinang, sebuah pulau yang kecil dan sarat dengan pembangunan.


Kami bertolak pada hari rabu, dimana hari cuti linda..kami pergi dengan menaiki kereta yang dipandu oleh abah( ayah linda). Kami bertolak lebih kurang pukul 10.30 pagi, dan tiba di Jeti lebih kurang sejam selepas itu. Kami pergi ke pulau mutiara tersebut dengan menaiki feri bersama tambang yang dikenakan hanya RM7.70 untuk pergi dan balik. Yang menariknya, tambang tersebut untuk sekali masuk dimana kita akan bayar apabila kita nak masuk, so that..kalau kita pergi naik feri dan balik melalui jambatan, kita tak perlu bayar dah, begitulah sebaliknya!.

Piha agak teruja..yalah..kali pertama meletakkan kaki ke sini, setibanya..terus kami pergi ke Batu Feringghi..untuk lunch...dan bermandi manda...angin sepoi2 bahasa, seakan2 manyambut kedatangan kami kesana. kami makan tengah hari dan selepas itu terus terjun ke dalam laut!!...piha dan linda sahaja yang mandi, emak dan abah hanya melihat dari arah jauh..tetapi..along..tak ikut kami kesini pada waktu itu...


Lebih kurang 2 jam..kami terus beredar dan pergi ke KOMTAR dan seterusnya ke PASAR CHOWRASTA untuk membeli belah. Banyak sangat jeruk2 di sana..dan piha baru tahu bahawa Penang ni terkenal dengan segala jenis jeruk..sebut sahaja jeruk apa yang kita mahu...buah salak, betik,??..semua ada!!..piha cuma berbelanja T-SHIRT dan sehelai baju untuk abah...

Tapi yang bestnya di Pulau Mutiara ni...ada WIFI free!!..huuuu..apa lagi???...update status lah kita!!...hmm..TETAPI...tetapi lagi..sedang kami syok2 berjalan sana sini, tiba2 ada seorang lelaki yang agak menyeramkan mendekati kami...

Dihulurkannya handphone..dan menawarkan dengan harga RM300..hmm...dia offer dekat abah..abah pun hanya melayankan sahaja..dia tidak tahu yang ditanya tu adalah POLIS...kami membiarkan sahaja lelaki itu, dan tak lama kemudian..ada seorang lagi yang menawarkan handphone yang sama,tetapi kali ini handphone touch screen...

" hai dik..handphone sekarang pun tak terpakai..."

Piha merasakan,mungkin itu adalah handphone yang di ragut???..atau di curi??...Nau'zubillah!...selepas itu,piha terus kepit beg kuat2!!..


Hari semakin melabuhkan tirainya. Linda bercadang untuk ke QUEENSBAY MALL nak membeli belah baju katanya..manakala pada waktu yang sama, abah nak balik cepat dengan emak..di sebabkan abah kerja tepat jam 11.00malam pada waktu itu. Jadi, linda yang nak juga pergi ke sana...tambahan piha juga yang nak melihat Queensbay Mall itu sendiri, linda pun drive lah...

TETAPI!!...sekali lagi...apabila linda tersalah masuk lorong..entah lorong yang mana dia masuk terus tembus ke jambatan Pulau Pinang..hihi..alamatnya..memang tak sampai lah.!!...nak U TURN pun tak boleh..jadi nak ke tak nak..kami terus lah balik ek Alor Star...hihi..begitulah ceritanya...

Sepanjang berjalan ke Penang ni, banyak benda baru yang piha belajar terutama sekali makan PASEMBOQ di PADANG KOTA...sangat2 best dan sedap...dahlama piha nak rasa pure pesembur..akhirnya, rezeki menyebelahi...Alhamdulillah~~..tak kurang juga kerang bakar..yang ummp!..sedapnya!~~

Thanks..linda,mak,abah..sebab bawa piha jalan2...=)

KEDAH STORY : DAY 2 & 3

Hari Kedua...tak banyak yang dilakukan...piha hanya spend time untuk berada di rumah sahaja..setelah penat seharian semalam piha di bawa berjalan- jalan...TETAPI..hari ni piha masak ASAM PEDAS!!...

tetapi pada keesokan harinya kami ke Dataran Alor Star dan ke UPTOWN Alor Star!...

dataran yang seakan- akan I-CITY di Shah Alam!..selain tu..bangunan pun berhadapan dengan bangunan mahkamah, Balai Seni dan Masjid menyerikan seri malam di sana!!..serius lah piha katakan..keadaan dekat Alor Star ni sangat berbeza dengan bandar di Johor..manakan tidak..dekat sini..nak kemana2 agak dekat tak perlu highway...tapi kalau dari rumah piha nak ke bandar Johor Bahru...kena lalu highway...!!..bestnya..entah bila piha nak balik ke kedah ni...tunggu musim menuai kot??

Namun begitu kami berada di sana hanya seketika tapi saja sebab hari dah lewat malam...kami terus ke UPTOWN...berhadapan dengan Stadium...kami jalan2...dan terus balik...=)...

KEDAH STORY : DAY 1

Assalamualaikum...

Diam tak diam..cuti semester sudah pun memasuki minggu yang kedua...ada masa lagi 3 bulan sebelum memasuki semester baru..opsss...seperti entri yang lepas, piha telah pun merancang untuk ke Kedah Darul Aman untuk berjumpa dengan kawan baik piha semasa unisel dulu...Sebaik sahaja piha pulang dari Kem Destini Anak Bangsa, keesokan harinya piha terus menaiki bas ke Alor Star Kedah...

Piha bertolak dari Shah Alam tepat jam 9.30pagi dan terus sampai ke Shahab Perdana pada pukul 5. 30 petang. Sepanjang perjalanan piha hanya turun sekali dan menahan segala apa yang terasa nak keluar..bukan apa..takut "malang tak berbau "..takut di tinggal bas...piha hanya turun di hentian Sungai Perak sahaja..

Piha disambuat "mak, abah dan along "...mereka bagaikan keluarga kedua piha dan juga keluarga angkat piha...tambahan mak mengajak piha terus ke Alor Star Mall untuk emnbuat kejutan kepada linda yang sedang bekerja di sana..

sepanjang berada di sana,piha sangat gembira..sebab segala apa yang piha nak makan..semua di sediakan..termasuk PULUT DURIAN...makanan kegemaran piha dan juga PASEMBUR..

HARI PERTAMA

piha dibawa ke MUZIUM PADI dan GUNUNG KERIANG..piha pergi dengan mak, abah dan along..tiket masuk murah..hanya RM3.00..kemudian kami round2 dalam tu...tengok2 jenis2 padi yang ada di seantero dunia, bergambar, selain dari beli cenderamata...Muzium padi ni betul2 berhadapan dengan Gunung Keriang..


Di puncak bangunan muzium tu,terdapat puncak ke Gunung Keriang..tapi sebenarnya, itu bukanlah puncak yang sebenarnya, tetapi hanya ilusi semata2...hanya lukisan atau gambaran yang sengaja di lukis untuk meng ilustarasi bagaimana keadaan di sekitar kampung yang berada di keliling gunung tersebut. Katanya lukisan yang berada di dalam muzium tu dilukis oleh pelukis Korea..Wallahua'alam..


selepas penat berpusing di muzium, mak dan abah membawa piha terus ke Gunung Keriang..pusing2 dalam kereta dan berhenti sekejap pekena keropok lekor...awesome!!..keropok lekor yang rangup dan lembut!..tambahan...monyet pun banyak...tapi yang bestnya...semua monyet tu tak ganggu orang yang bersiar2 dekat sana...selepas itu,kami berhenti sekali lagi untuk melihat batu2 kristal yang dijual di sana...baru piha tahu rupanya dalam gua tersebut terdapat banyak batu2 kristal...sehingga mencecah ribuan ringgit!!...piha pun apa lagi?..beli lah satu..tapi bernilai RM6 sahaja...jadilah..buat kenang- kenangan.,..kan???


Tak lama kemudian, kami terus ke Pasar Borong Simpang Kuala, dekat Jalan Kuala Kedah..buat apa dekat situ??...OMA!!..emak belikan piha durian,pulut untuk dibuat pulut durian!!....makanan yang tersedap...durian besar2...isi kuning keemasan...memang terangkat!...balik terus mak masak santan dan makan sama2...hihi...sekali lagi...AWESOME!...


Malam tu piha dengan linda pergi tengok cerita KONGSI...haha..cerita yang agak lawak...=)...

the end...day 1...~~




Thursday, May 5, 2011

ALOR STAR,KEDAH & KELANTAN BAKAL MENYUSUL

ASSALAMUALAIKUM

Tak se aktif dulu..mungkin itu yang boleh di ungkapkan sebagai pembuka kata untuk entri pada malam ini..

Alhamdulillah..tinggal lagi 2 paper untuk subjek Public Relation dan Psychology yang bakal menyusul pada 8 dan 10 Mei akan datang. Hati sememangnya berdegup kencang selagi keputusan tak keluar.

Selepas ini, cuti panjang selama 4 bulan akan bermula...schedule telah pun diatur dimana sebaik sahaja selepas peperiksaan pada 10 Mei, pada keesokan harinya piha akan ke Sepang untuk menyertai perkhemahan SMF, dan INSHAALLAH...selepas itu 14 Mei terus berangkat ke Alor Star Kedah dan kemudian terus ke Kelantan sehingga hujung bulan Mei sebelum berangkat terus balik ke Johor.