Sunday, August 28, 2011

SECOND LAST

Sekejapnya dah 28 hari puasa...gembira pun ada..sedih pun ada..entah dapat lagi tak jumpa bulan mulia ni...

Hari raya smakin dekat, piha pun tak kurang kelam kabutnya...nak kemas ini, mop itu, pasang ini, susun itu...mungkin esok kakak balik rumah, dan mungkin perayaan tahun ini bersederhana seperti tahun yang lalu..

Hari raya pertama, barulah abang2 balik ke rumah...masa itu, barulah heboh satu rumah, bilik dengan tak cukup..anak saudara semua bergelimpangan di ruang tamu...

Esok, inshaallah sambung mengelap tingkap dan bentang permaidani...adehhh...3 hari kebelakangan ni sangat meletihkan piha...

Thursday, August 25, 2011

ORANG SENTOSA

sekejapnya dah 25 hari berpuasa!!...lagi 4 hari nak raya...Alhamdulillah!...persiapan rumah hampir selesai...berbasuh- basuhan dah selesai, sekarang tinggal kemas2 rumah sikit saja lagi...

Tahun ni merupakan tahun yang paling gembira sebab buat pertama kalinya, piha belikan abah sehelai baju kemeja=)...


Ok....berbalik pada topik di atas, minggu lepas piha , atika dah taufik luangkan sedikit masa untuk berbuka puasa. Lebih- lebih lagi piha memang dah lama tak jumpa dengan taufik yang bakal exchange pekerja ke negara eropah..tak silap piha ke Brazil..semoga anda cemerlang di sana taufik!!

Kami tak kemana pun, cuma ke MCDonald Pasir Gudang saja, untung nasib orang tak berapa nak ramai sekat sana...

PIHA SEMAKIN GEMUK!

Thursday, August 18, 2011

TRIFFLES

**entri akan datang..

18 RAMADHAN

Pejam celik..pejam celik..sekejap saja rasa Ramadhan dah nak berlalu pergi..tinggal 12 hari saja lagi..

Piha dekat rumah pun agak sibuk sekarang..kemas rumah, cuci langsir, kusyen, itu ini....
Raya dah nak dekat..lagi pun piha sahaja perempuan dalam rumah, abah pula tak larat nak tolong..kesian abah...
Piha perlu uruskan semua..sebab saban tahun rumah ni menjadi transit sanak saudara untuk berkumpul..memasak dan sebagainya..

Nak update cerita pun tak sempat sebab kebanyakan hari piha cuma berada di rumah sahaja, tak pergi jalan ke mana2 pun..=)

By the way..piha tak sempat nak buat kuih banyak sangat tahun ni..setakat ni cuma satu jenis sahaja.....

InshaAllah..kita jumpa di entri yan aka datang..=)
SALAM RAMADHAN SEMUA!!
JAGA DIRI

Saturday, August 13, 2011

WAVE DASH


Akhirnya...sebiji motor menjadi milik piha..terima kasih abah..belikan motor ni atas nama piha sendiri. Teringat piha pada motor lama piha, ianya juga sejenis HONDA...EX5..abah hadiahkan masa piha mendapat keputusan UPSR...agak lama piha gunakan motor tu..tapi sayangnya..ia tak lagi menjadi milik piha selepas hilang di depan rumah piha sendiri..

Puas buat laporan polis..nampaknya..sampai sekarang polis masih tak menemui bangkai motor piha..=(

Tapi sekarang..HONDA WAVE DASH 110CC, menjadi ganti. untuk memudahkan piha ke kelas mulai sem hadapan memandangkan piha tidak tinggal di dalam kolej lagi..=)
Sepanjang proses piha memilih motor ni..ni adalah kedai motor yang terakhir piha pergi survey dengan abah..dalam hati tuhan saja yang tahu..dengan cuaca panas..akhirnya...cara MR WEE melayan piha dengan abah membuatkan abah tertarik untuk beli motor dekat situ..

Kepada sesiapa yang nak beli motor tu...piha syorkan pergi lah KEDAI MOTOR KIM KIT LEE yang beralamat NO 151, 152, JALAN TANJUNG, 81750 MASAI, JOHOR.

Senang cerita kepada penduduk Masai..kedai dekat depan kubur cina tepi jalan tu...MR WEE sangat supportive sepanjang piha pilih moor, dari segi penjagaan, nak post motor dan sebagainya..harga pula MEMANG AFFORDABLE!!...boleh cincai!!!..

Wave Dash...struktur badan yang agak sporty..

JNB XXXX..=)nombor yang bertuah..thanks MR Wee...

Ni adalah box untuk simpan barang2 especially helmet..ada tragedi semasa nak pasang box ni...hampir 4 jam!!~~phew

Abah tukar ke tubeless tyre...bersama rim motor berwarna emas...

Welcome to my life!!..

Thursday, August 11, 2011

TARIK TALI

Bila masalah datang bertalu- talu..
begini lah jadinya...
Tak Allah turunkan masalah..andai hamba nya tak dapat selesaikan masalah tersebut..
keep on positive..
settle satu per satu...
InshaAllah~~

SUZUKI, YAMAHA, HONDA




Dah survey nak motor apa..jenis apa yang sesuai untuk piha...
Bilang punya bilang..belek punya belek..akhirnya abah juga yang pilih untuk piha..
Kalau ikutkan hati..piha nak kan motor Suzuki Shogun tu...
Abah tak beri..katanya clutch lah pula....adehh~~


Piha ada juga tengok model Yamaha...tapi jenis skuter..
Cantik..warna putih...memang taret nak beli skuter..sebab senang sikit nak bawa..piha selalu pakai kain..
tak lah susah nak turun motor..
Abah tak beri juga...katanya..guna minyak 2T..susah perempuan bawa...
nanti jadi macam ni..macam tu....

At last..abah pilih jenis honda...
Sebab memang kalau motor abah syorkan beli Honda..
katanya..tak banyak cerewet..
ikutlah abah...asalkan ada motor..='(

Tapi..
macam nak pergi racing..='(
still tunggu samada hari ni atau esok..baru siap..

f/n : pictures credited to google.com

Sunday, August 7, 2011

CARAMEL CASTARD PUDDING

Dua kali mencuba,akhirnya..menjadi juga walaupun ada sedikit kepekatan rasa kastard..
Hampir putus asa dengan hasil yang pertama namun masih tak patahkan semangat piha untuk mencuba kali kedua..
Dengan nasihat, idea daripada abah, akhirnya menjadi juga puding kastard ni..

Pada mulanya, hasrat nak buat puding ni sebab nak balas lauk pauk yang di beri jiran piha,. Cuba tak nak beli, nak buat sendiri..tapi kadang2 hasrat tu agak sukar nak di realisasi sebab kadang2 apa yang piha buat semua tak menjadi..

Bukan baru kali ini, dari dulu lagi..
Macam- macam yang piha buat baik kek, kuih muih mahu pun pencuci mulut..
semua tak kemjadi..kalau yang elok pun sebab abah yang adun kan..
piha tukang gaulkan semua nya=(

Baiklah...puding kastard karamel..bahan- bahan asas juga..
Sangat mudah..

CARA- CARA :

Gula pasir : 2 setengah senduk

Masukkan gula ke dalam loyang kemudian panaskan di atas api yang kecil sehingga menjadi begini..

inilah rupa karamel..

______________________________________________________________

Kemudian..

Esen Vanila : 1 sudu makan

Susu sejat : 1 tin ( 400 ml )

Tepung Kastard : 2 sudu makan

Kesemua bahan ini, di gaulkan dalam bekas..

________________________________________________________________

Kemudian

Agar- agar serbuk : 1 paket

Campur bersama 2 cawan air lalu di panaskan di dalam periuk sehingga mendidih...
dan masukkan adunan susu sejat di atas...perlahankan api...
masak sehingga pekat...

__________________________________________________________

Kemudian..masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel...
sejukkan


F/N : thanks kak nor dan kak liza...atas tips2 yang di berikan..

Friday, August 5, 2011

CORN FLAKES CHOCO

Berkumandang lagu raya sebagai selingan membuat kuih raya memang amat mengasyikkan.. Hari ke lima berpuasa seakan- akan terasa hangatnya raya.

Hari ini, sekali lagi piha berpeluang untuk membuat percubaan kuih raya.
Dengan keizinan serta kepercayaan abah untuk piha..maka terhasillah kuih CORN FLAKES CHOCO ini...

Sebenarnya, ini adalah percubaan piha nak membuat kuih raya. Ini juga merupakan tahun pertama dan buat pertama kalinya piha mencuba dalam pembuatan kuih raya. Dulu, kalau masa ada umur arwah emak, piha selalu tolong emak dekat dapur. Arwah emak piha sangat rajin dalam baking ni, setiap tahun, kuih goyang, siput, kek marble, buah- buahan menjadi kegemaran sanak saudara yang bertandang dekat rumah. Piha pula yang ketika itu menolong, cuba menerap kuih, gaul serta hias2 kuih raya.

Pernah sekali piha cuba nak bakar kuih yang emak buat, tapi hangus..habis semua menjadi habuan tong sampah=(..namun itu semua kenangan...sekarang abah kata, piha perlu belajar buat sendiri...apa yang abah boleh tolong, abah akan tolong...
piha sayang abah..

Piha banyak belajar daripada internet, cuma lauk pauk sahaja abah yang mengajar piha. Abah adalah MR MAMA piha.

OK..termasuk lah tadi...abah memberi piha wang saku, piha terus ke ECONSAVE dah membeli belah bahan- bahan yang di perlukan.

Kuih yang sangat simple dan mudah. Tak pelukan bahan yang terlalu rumit. Cukup bahan asas sahaja...

BAHAN- BAHAN

Coklat Masakan

Sudah tentu..empingan jagung

Badam yang di cincang..

Badam tersebut hendaklah di goreng tanpa minyak...

Mangkuk comel...ikut keserasian citarasa anda..

Di urai- uraikan...dan susun di atas talam..

Double boil coklat masakan..sehingga cair..kemudian gaul bersama empingan jagung sehingga rata...dan untuk hasil kilatan sedikit, letak minyak jagung sedikit..

Akhir sekali...ambil sesudu camca cornflakes, letak di dalam mangkuk comel..dan kemudian taburkan badam yang sudah di goreng...biarkan ia sejuk...

Susun di dalam balang=)

Wednesday, August 3, 2011

BONIA


Syukur, akhirnya tercapai juga untuk menggantikan jam yang telah sekian lama menjadi GURU MASA untuk piha, memberi isyarat masa kepada piha. Setakat ini, cukuplah sahaja khidmat anda Cik Jam Tangan Avon, dan selamat menjalankan tugas baru anda kepada piha Cik Jam Tangan Bonia.


Ye..trend LEOPARD menjadi kegilaan

Hasil grab daripada Plaza Angsana Johor Bahru

ABAH TAK SIHAT

Hari pertama menunjukkan abah sangat berselera menyediakan juadah berbuka puasa. Asam pedas semestinya menjadi hidangan kami anak beranak. Tak kurang juga dengan hidangan sampingan seperti kuih muih dan semestinya kurma.

Tapi, mungkin memang nak kena, abah nak sangat makan keledek rebus, yang mana sepatutnya piha nak buat kuih keria dengan keledek tersebut. Piha cuba nak menghalang abah daripada terus makan keledek, tapi.......

Seperti yang piha agak, keesokan harinya abah tak boleh bangun sahur, mengadu sakit kepala, mata berpusing2. Piha ahgak kelam kabut, kalaulah piha halang abah dari makan keledek tu, mungkin ini tak akan terjadi.

Kenapa piha tak halang abah...kenapa biarkan abah makan keledek tu..dah tahu abah tak boleh makan, kenapa di biarkan???..piha bersalah=(

Piha bawa abah ke klinik, doktor pesan jangan beri abah makan benda berangin seperti keledek, kuini dan sebagainya....hmmmm..dah 2 hari abah tak dapat puasa..

Harap abah cepat sembuh..Ya Rabb, pindahkanlah sakit pening abah kepada piha, biar piha tanggung semua nya, piha tak nak abah sakit pening.PiHA SAYANG SANGAT DEKAT ABAH...

ABAH, JAGALAH KESIHATAN, DENGAR NASIHAT DOKTOR=(

Monday, August 1, 2011

SALAM RAMADHAN

Buat semua blogger, setulus ikhlas hati, piha mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL- MUBARAQ..

HATI YANG IKHLAS,PASTI DI BALAS!