DITAJA OLEH

Saturday, April 21, 2012

BORN DAY AZIM


Fahmi, azim, helmi, isa, maria dan bella...


Azim..in the middle...


From us to you Azim...


A few weeks  ago, tanggal 9 April 2012, kami menyambut ulangtahun Azim Tam Tam sempena usianya yang telah menjangkau ke 21 tahun..=')



Pada awalnya, kami merancang nak ke RASAMAS, Seksyen 7..akhirnya rancangan tersebut bertukar ke Johnny's Restaurant, Bukit Raja. Sambutan antara kami sahaja, tetapi pagi tu katanya, mereka satu kelas menyanyikan lagu untuknya..^_^



Kepada Azim, kami..kakak dan abang..mengucapkan selamat hari lahir..semoga terus sukses...=)

Wednesday, March 28, 2012

PROGRAM PEMANTAPAN WAWASAN 2012


Syukur kepada Allah...hujung minggu lepas, sudah berakhir Program Pemantapan Wawasan 2012. Bertemakan KENALI DUNIA MASSCOMM pastinya pelajar yang baru menjejakkan kaki ke bumi UITM kini sudah kenal, apa yang di maksudkan dengan Mass Comm malah keluarga Mass Comm UITM sendiri.

Bukan itu sahaja, pengalaman piha yang terakhir dimana selama 1 semester menjadi EXCO Aduan dan Kebajikan Pelajar Fakulti dan Non Resident..memang banyak sangat kenangan bersama rakan- rakan yang lain.

Seperti biasa, ini adalah program wajib setiap semester bagi menyambut kedatangan mereka dan lebih daripada itu, mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. Semoga mereka terus sukses di dalam fakulti ini.

Apa yang boleh piha simpulkan di sini ialah, terima kasih kepada rakan2 sejawatan atas segala tunjuk ajar yang dah di berikan kepada piha. Piha juga memohon ampun dan juga maaf jika sepanjang piha memegang jawatan ini, terlalu banyak salah dan juga silap yang telah di lakukan. Terima kasih kepada MPP, kak is khususnya serta senior2 dan rakan2 sejawatan yang lain...

Semoga semuanya akan terus sukses dan semoga ukhwah yang telah kita bina sepanjang kita bekerjasama ini akan mendapat berkat daripada Allah dan persahabatan kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat. INSHAALLAH..

Jazakallahu khairan kathiran...
Wassalam..~

Saturday, March 17, 2012

BROADCARE : ERAT 3

Program ERAT pada hari ketiga merupakan hari yang amat penting untuk program kali ini, dimana perasmian akan di lakukan beberapa jam sahaja lagi. Seperti biasa pada awal pagi, sebaik sahaja kami bangun dari tidur dan berisp, kami terus bergegas ke dewan makan untuk bersarapan.

Setelah selesai,kami semua bergerak kembali ke Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor untuk mendengar taklimat dan bersiap sedia untuk majlis perasmian.Kami yang telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan aktiviti yang telah dia arahkan. Piha selaku ahli kumpulan 6 bertanggungjawab untuk menolong orang kampung dan juga para suri rumahtangga di dapur untuk menyiapkan juadah makan tengahari. Resipi lauk yang cukup istimewa dimana hidangan kampung menjadi pilihan.

Ikan asin masak lemak, ulam- ulaman, ikan kembung goreng serta sambal belacan menjadi hidangan. Dari awal pagi lagi, kelihatan orang kampung mula bertungkus lumus untuk menyiapkan barang- barang memasak.

Bermula jam 8.00 pagi hingga lebih kurang jam 9.30 pagi acara perasmian di mulakan. Para pelajar menanti akan kehadirah ayahanda UITM, Naib Chanselor kami Y. Bhg. Dato' Prof Ir Dr Sahol hamid Abu Bakar sebagai VVIP untuk merasmikan program kali ini.

Ramai lagi tetamu yang hadir terutama Menteri Besar Perak sendiri turut turun padang untuk tidak ketinggalan menyertai Program ERAT. Tidak di lupakan penaja utama kami, VALE Malaysia Minerals Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat bertaraf antarabangsa. Sesuatu yang menarik pada syarikat ini akan di update pada entri akan datang..

Selepas ucapan daripada semua pihak, acara seterusnya iaitu ayahanda kami, melawat tempat pembersihan kami iaitu di lokasi rumah Mak Munah yang tidak jauh daripada sekolah. Alhamdulillah cuaca yang agak baik, melancarkan segala perjalanan majlis pada hari itu. Piha dan rakan yang lain turut menunggu dekat Rumah Mak Esah, namun kerana kesuntukan masa ayahanda kami yang akan bergegas ke Penang pada sebelah poetangnya, kawasan rumah Mak Esah hanya di lawati oleh ayahanda fakulti kami iaitu Prof Adnan. Alhamdulillah,kami di beri kata- kata pujian dan beliau amat berbangga kepada kami.


Beliau juga turut menyatakan ucapan sekalung tahniah daripada ayahanda UITM kami kerana kami berjaya melakukan aktiviti kemasyarakatan yang masih belum dilakukan oleh fakulti lain. SYABAS para senior kami atas usaha mereka yang kuat dan padu dlaam menjayakan aktiviti ini.


Pada sebelah malamnya, MALAM ERAT telah di adakan..dimana kami semua bersuka ria sambil menikmati hidangan yang telah di sediakan. Sesi karaoke juga turut tidak ketinggalan. Inilah salah satu cara kami untuk menghilangkan penat lelah selama 2 hari berturut- turut di rumah Mak Munah, Mak Esah dan juga Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor.


Bersedia untuk check out keesokan harinya.

Tuesday, March 13, 2012

BROADCARE : ERAT 2



Aktiviti kami pada hari jumaat bermula pada jam 8.00pagi, sebaik sahaja selepas kami semua bersarapan di Dewan Makan. Pada hari ini, kami mula melakukan aktiviti kemasyarakatan iaitu dengan membaiki rumah yang terpilih. Sebelum aktiviti kemasyarakatan kami bermula, taklimat telah diberikan terlebih dahulu mengenai apa yang perlu kami lakukan sepanjang berada di rumah berkenaan.

Di dalam tentatif yang telah di atur,kami perlu membersihkan sebanyak 3 tempat iaitu di rumah Mak Esah, Mak Munah serta Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor. Piha selaku ahli kumpulan 6 berkolaborasi bersama kumpulan 3 untuk bersama- sama membersihkan kawasan rumah Mak Esah. Untuk ke sana kami perlu menaiki van / teksi pink kerana lokasi rumah tersebut yang agak jauh.

Sepanjang perjalanan, banyak benda yang bermain dalam fikiran piha terutama sekali keadaan penghuni rumah berkenaan. Setibanya kami di sana bersama rakan yang lain, memang tak dapat di gambarkan keadaan rumah Mak Esah yang sangat usang . Keadaan sekeliling yang agak bersemak samun agak menghalang perjalanan kami.

Kami tiba dan terus masuk. Kelihatan nenek tua sedang terbaring dan itulah Mak Esah. Agak menyedihkan. Kmai berbual mesra bertanyakan kesihatan Mak Esah dan tak lama kemudian, kami memulakan aktiviti pembersihan. Piha serta beberapa rakan yang lain membersihkan bahagian dapur. Kami membuang apa nyang tak berkenaan,yang mana buruk, tak pakai kami asingkan.

Tepat jam 12.30 tengahari, kami pulang ke sekolah semula untuk menikmati makan tengahari dan merehatkan badan. Selepas habis solat jumaat, barulah kami sambung semula kerja yang tak siap.

Namun begitu, lain pula dengan piha apabila waktu petangnya, piha bertukar melawat serta membantu rakan lain membersihkan di rumah Mak Munah, lokasinya tak jauh daripada sekolah, hanya beberapa ratus meter sahaja. Nasib yang menimpa Mak Munah lebih kurang dengan kisah yang menimpa Mak Esah. Mereka sangat tabah dalam menjalani kehidupan mereka.

Betul kata pepatah melayu mengatakan, jika kita merasakan nbahwa kita sudah cukup susah sekarang, ingatlah bahawa ada lagi orang yang lebih susah hidupnya daripada kita. Brsyukurlah apa yang telah di kurniakan kepada kita semua.

Kami pulang dengan keadaan yang agak keletihan, dan pada malamnya, kami melakukan aktiviti masing- masing..dan ada juga yang mengambil masa tersebut dengan merehatkan badan di dalam bilik.

Monday, March 12, 2012

BROADCARE : ERAT 1

Mengaplikasikan apa yang di pelajari dari dalam ke dunia realiti. Itulah objektif program Eksplorasi Rantaian Kasih yang juga di kenali sebagai Program ERAT. Sebuah projek anjuran pelajar semester 4, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media,Penyiaran UITM bagi membantu masyarakat di luar sana.


Program yang bertemakan " Kami jelajah, Kami bantu " adalah selari dengan tujuan utama program ini untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan yang juga di kenali sebagai Corporate Social Responsibility ( CSR). Program ini berlangsung selama 2 hari di mana daripada 8 hingga 11 mac 2012.

Ia juga merupakan satu kredit dan juga peluang untuk kami pelajar penyiaran untuk belajar tidak hanya di dalam kelas, malah di luar suasana bilik darjah di mana kami di beri pendedahan tentang apa yang berlaku di sekeliling kita.


Piha, sebagai salah seorang daripada ahli Broadcasters juga tak melepaskan peluang untuk turut sama menjayakan program ini. Program ini di adakan dekat Pulau Pangkor, Perak juga secara tidak langsung menjadikan ini adalah peluang kedua piha melakukan aktiviti CSR dekat Pulau Pangkor di mana pengalaman pertama masa zaman diploma dahulu di bawah subjek Corporate Communication di bawah tunjuk ajar Encik Nazri Yassin.

Pada hari pertama kami bertolak dari UITM, Shah Alam lebih kurang jam 8.00pagi dan mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk tiba di Jeti Lumut, Perak. Tak lama kemudian kami menaiki feri untuk ke Pulau Pangkor. Cuaca pada hari tersebut agak suram, hujan renyai turun seakan rahmat menyambut kedatangan kami ke sana. Alhamdulillah lebih kurang 30 minit di atas feri, kami tiba ke destinasi yang di tuju.

Kami tinggal di Uptown Beach Resort...lokasi yang sangat strategik, betul2 berhadapan dengan pantai. Selepas kami check in hotel, kami di hidangkan dengan masakan kampung dan bebas untuk melakukan aktiviti masing2 sebelum malamnya kami mempunyai taklimat.

Kami mengambil peluang untuk menyusuri di sekeliling kawasan. Ada yang bermandi manda, ada yang mengambil peluang berehat di dalam bilik...

Malamnya,kami di bahagi kepada kumpulan sebelum melakukan aktiviti seterusnya pada hari esok.

Wednesday, March 7, 2012

BIRTHDAY BASH


Tak ada apa yang meninggalkan kesan dalam hidup melainkan kenangan bersama mereka semua. Terima kasih tak terhingga untuk Anis dan Bella di atas sebiji kek yang sangat bermakna. Itulah saksi pada persahabatan antara kita semua.

Merekalah kepingan puzzle hidup piha, mereka serba sedikit memenuhi ruang kosong yang bersarang dalam hidup piha. Benda yang tidak di sangka- sangka, pada mulanya kami hanya makan malam bersama tetapi akibat rancangan mereka yang strategik, mereka mengadakan sekali sambutan hari lahir.

Sambutan adhoc ini diadakan sekali dengan sambutan hari lahir Zafeera. Memandangkan tarikh lahir kami hanya jarak beberapa hari sahaja. Semoga dia di limpahi rahmat ilahi...

Terima kasih anis..

p/s : Kamera anis

Thursday, March 1, 2012

HAPPY BIRTHDAY ABAH

Tiba- tiba teringat akan tarikh hari ini. 1 Mac 2012..sekali lagi melonjak umur abah yang ke 78 tahun. Alhamdulillah..piha bersyukur padamu Ya Allah kerana memberi piha peluang untuk bersama dengan abah sehingga sekarang. Semoga abah di panjangkan umurnya.


Cerita nya bermula bila piha tanya pada abah hari ni berapa haribulan. Piha ingatkan abah yang hari ni adalah hari jadinya yang ke 78. Piha terus cakap dekat abah yang piha nak beli kek dan abah tak membantah.

Selepas Asar, terus drive ke Kedai Kek. Banyak pilihan kek hingga rambang mata di buatnya. Akhirnya, kek Hazelnut Chocolate menjadi pilihan meskipun pada awalnya, piuha lebih tertarik dengan kek buah- buahan. Malangnya kek tersebut terlalu besar untuk di habiskan, maka kek 1/2 kilo ini lah menjadi pilihan terakhir.

Selepas solat Maghrib, abah dah bersedia dekat depan meja macam dah tahu piha nak minta dia tiup kek ni..hehehe...piha cerita dekat abah yang lilin besar dan kecil ini melambangkan umur abah yang sudah pun 78 tahun genabnya..

Majlis dua beranak yang sangat simple. Piha nyanyi kan lagu hari jadi dan doa sikit untuk abah..lalu abah kemudiannya terus meniup lilin tersebut. Abah menepuk tangan dan suaranya yangs ebak..dapat piha rasakan...

Piha sayang sangat pada abah...semoga abah di panjangkan umur dan di berikan kesihatan. Banyak rancangan piha untuk abah..=')


Terima kasih sebab tak pernah lelah menjaga dan membesarkan adik...


TERIMA KASIH DAN SELAMAT HARI LAHIR ABAH