Sunday, February 19, 2012

PASIR GUDANG WORLD KITE FESTIVAL 2012

Tepat jam 7.45 petang tadi, maka berakhirlah Festival Layang- Layang Sedunia, Pasir Gudang yang dahulunya juga di kenali sebagai Festival Layang- Layang Antarabangsa. Majlis penutup dan penyampaian hadiah di adakan di Stadium Perbandaran Pasir Gudang.

Cuaca yang redup dan kurang berangin tidak mematahkan pengunjung untuk menjenguk persekitaran Bukit Layang- Layang. Festival ini adalah julung- julng kalinya di adakan sebagai salah satu cara yang di atur oleh Kerajaan Negeri Johor bersama Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Jabatan Pelancongan Johor dan juga Persatuan Pelayang Johor untuk menarik pelancong berkunjung ke negeri selatan tanah air ini.

Muzium Layang- Layang

Festival ini telah di adakan selama 5 hari yang bermula daripada 15 Februari hingga 19 Februari 2012. Beberapa negara dari seluruh dunia telah menyertai dan bertindak sebagai peserta sepanjang festival ini berlangsung. Antaranya ialah Singapura, Brunei, Indonesia dan lainnya. Secara tidak langsung, program ini juga merupakan salah satu inisiatif untuk mengeratkan tali persaudaraan antara satu dengan yang lain tanpa mengira bangsa, bahasa dan juga warna kulit.

Muzium ini menggunakan kuasa kincir angin

Cuaca sejak kebelakangan ini tidak begitu baik, rasa kasihan pada para peserta. Namun begitu, ia tetap tidak mematahkan semangat mereka untuk menunjukkan hasil seni layang- layang dari negara masing2. Sejak hari pertama lagi, berbagai aktiviti telah di jalankan. Antaranya ialah Pertandingan Wau Bulan Naik, Pertunjukan layang- layang tempatan, Bengkel Layang- Layang, Lolly Pop Drop, Pertandingan Membuat Wau.

Selain persembahan kebudayaan pada malamnya, terdapat juga Pertandingan Wau Jalabudi pada hari kedua dan ketiga, Pertandingan melukis, Bengkel Layang- Layang, Pertandingan Wau Kucing, yang menarik sekali ialah Pertunjukan Stunt Kite di mana layang- alayang terbang mengikut irama lagu.

Hari keempat telah di adakan Pertandingan Train Kite, Pertandinga Maze, Bengkel Layang- Layang Peringkat Sekolah, dan juga Perasmian oleh Tengku Mahkota Johor.

Manakala hari terakhir, piha pergi bersama Yuniar yang juga rakan sekolah tadika piha untuk sama- sama tidak ketinggalan untuk merasakan keseronokan di sana.

Namun begitu, tidak lah lama kami meluangkan masa untuk berada di sana kerana selepas itu kami mempunyai photoshoot di Taman Tasik Bukit Dahlia, tidak jauh daripada Bukit Layang- Layang.

KFC bertindak sebagai penaja bersama

Setibanya kami di sana, keadaan sesak memang tak dapat di elakkan lagi. Memandangkan hari ini adalah hari terakhir, maka semua orang tak mahu melepaskan peluang untuk membawa keluarga masing- masing. Agak 1 jam piha tersekat dekat lalulintas sehingga Rela menyuruh kami untuk berpatah balik untuk mencari parkir di tempat yang lain kerana parkir di atas bukit memang penuh. Dengan nada kemarahan dan muka masam terpaksalah kami berpatah balik,mencari parkir dekat kawasan masjid jamek. Mujurlah ada beberapa tempat kosong..itu pun berebut..ok full stop!

Waaaa....akhirnya sampai juga..cuaca agak baik hari ni!!!..tak cukup dengan kesesakan lalulintas, di tambah lagi dengan kesesakan dengan entah ratusan atau ribuan manusia yang datang dari berbagai pelosok dan penjuru tanah air turut bersama piha tak nak ketinggalan untuk melihat suasana di Bukit Layang- Layang tersebut.

Sepanjang perjalanan melihat persekitaran, nampaknya layang- layang masih lagi belum di naikkan.
cuaca redup

layang- layang yang hendak di terbangkan

Memang di akui, angin tak begitu kuat, jadi layang- layang tak dapat di naikkan. Mujurlah hujan pagi tadi tak melarat hingga ke petang. Kejadian 2 hari lepas amat menggerunkan. Rujuk METRO & BERITA HARIAN

Terbaik!..ini juga adalah peluang bagi peniaga- peniaga untuk menambah pendapatan mereka. Berbagai jenis juadah makanan dan minuman yang di jual.


Ayamas

Kerepek dan jeruk

sup pun adeeee..

Zul Pizza okee!

Pakaian dan juga cenderamata juga tidak ketinggalan

nah!...rantai,cincin yang nak di ukir..hulur saja duitnya!!

Yes!!..sempat grab payung warna warni bernilai RM15

Sourvenir!

Di tambah dengan lagat peniaga yang menarik minat pembeli untuk membeli barangan mereka

ASTRO

Bubble balloon

Shoes..harga sayang RM50, harga tak sayang RM70

Pak cik ni jual kerepek..moh..moh!!..singgah!

Perkara penting..haruslah pameran layang-layang!..WEI FANG

Khemah pameran

Wau


Indonesia

Brunei

India

Indonesia...again

South Africa

Kreatif!

Layang- layang daripada kain kanvas yang di jahit..complicated!

Vietnam

South Africa

Sulawesi, Indonesia

Malaysia!

India

Sudah tentu!..jualan layang- layang serendah RM3

Para pengunjung yang datang luar dari negeri Johor juga boleh mendapatkan informasi berkenaan dengan tourism di sini. Pihak Johor Tourism dapat membantu!...banyak tempat untuk di lawati..


HomeStay di daerah utara negeri Johor bersama hasil mereka yang tersendiri..

Kampung Baru Batu 28, Lenga, Muar

Parit Bugis, Muar

Parit Tengah, Batu Pahat

Sampai jumpa tahun hadapan!

Ok..bukan saya..^_^

Buku " IMAM YANG BENAR " - Voucher 1 Malaysia
T shirt festival