Monday, November 28, 2011

MEMALUKAN

Piha rasa piha malu dengan diri sendiri...dengan perangai piha dulu..arghhh!!!...

damn!!!...kenapa piha buat mcm tuuuuu...macamana piha nak delete akaun piha dengan exbf duluuuuu...damn!!!...lupa email dengan password!!!....itulah...asyik sangat bercinta dulu...sekarang dah 3 tahun putus....haaa..pada muka kamu supiha!!!

Ya Allah..macamana nak buat ni...tak suka akaun tu.....kenapa lah piha buat akaun dengan exbf tuuu...haaaa...mungkinkah ini dinamakan BODOH???...haaa...sekaran kau kena tinggal...padan muka..mmm..no...actually saya yang tinggalkan dia...HAHAH!!

alaaa....camano??...DAMN!!

Sunday, November 27, 2011

PRE CONVO COLLECTION


THANKS SYAFIQ ( SSPHOTOWORKZ )

inilah antara hasil photoshoot...masa sebulan berlalu....=D...pasti menjadi kenangan abadi....
antara sebahagian gambar2 yang di ambil..

Bait kenangan sentiasa mekar di kotak minda<3
THANKS UNISELIAN!

_____________________________________________________________

TANJUNG KARANG

________________________________________________________

PUTRAJAYA


**just shares the moment =)

Friday, November 25, 2011

HAPPY BIRTHDAY ANIS


left : anis right : zafeera

Hanya doa mengiringi daripada kak piha untuk anis..semoga berjaya dalam hidup dan semoga persahabatan kita akan kekal hingga ke akhir hayat..

SALAM SAYANG:
KAK PIHA

Thursday, November 24, 2011

PHOTOBOOK


Yeay..alhamdulillah!...photobook, gambar, DVD dah pun siap!!..thanks syafiq dan sabrina pemilik SSPHOTOWORKZ atas kerja keras anda menyiapkan photobook piha..Bila piha belek2 semua gambar piha shoot..betapa sedihnya hati...tak sangka jubah yang kedua piha sarung...yang pertama semasa piha graduate tadika..hihi..

Tak kurang juga bila bila tengok video berlatar belakangkan lagu rasmi UNISEL...tiba2 mengalir air mata...inilah penat lelah 2 1/2 tahun di bumi Selangor..









Tuesday, November 22, 2011

PREPARATION MPG




21 NOV 2011, telah diadakan Malam Pra Graduan FKPM dimana objektifnya adalah untuk meraikan pelajar2 semester 5, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang bakal meninggalkan fakulti tersayang..Piha selaku Biro Tugas Khas dan ditugaskan untuk mengendalikan F&B alhamdulillah..mendapat servis dari katering yang sangat baik..Thanks Kak Dewi ( RESTORAN MEK AYAM KAMPUNG , SEKSYEN 7 SHAH ALAM ) atas usaha kakak menolong kami. Meskipun agak kelam kabut sedikit..tapi alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar..


Hidangan untuk 390 tetamu temasuk 45 orang VIP, dan selebihnya dalah untuk students. Menu nasi beriani ( sumpah sedap..!!), Ayam masak merah, Dalca, Daging kerutuk ( terbaik..daging empuk ), popiah goreng, agar2, buah- buahan dan air manis amatlah menyelerakan

Syukur..semuanya berjalan dengan lancar..meskipun ada sedikit ketidaklancaran dalam preparation lain2...

POSTMORTEM :

: tukar schedule last minute
: masalah menyalahkan catering sebab Blackberry hilang
: work under tension


Thursday, November 17, 2011

ADIK RINDU EMAK

Emak..malam tadi adik mimpi emak.....dah lama rasanya emak tak datang dalam mimpi adik....
Lepas adik bangun dari tidur pagi tadi...adik teringat..adik kira dah 5 tahun emak pergi tinggalkan adik...teringat waktu emak di saat2 akhir...sedih adik...

waktu adik nak SPM...10 januari 2007...waktu adik rasa nak berhenti belajar...nak duduk rumah tak nak keluar mana2...memang mulanya adik tak dapat terima kenyataan...teringat emak selalu manjakan adik..

Sejak daripada tu...abah gantikan tempat emak..termasuk masak, macam2 lagi...hari ni tak tahu kenapa adik rindu sangat dekat emak...diam tak diam...adik membesar sendiri tanpa kasih sayang emak...

Kalau emak dapat rasa dekat sana...adik tengah nangis sekarang ni emak...adik nangis rindu emak...adik rindu emak...adik rindu emak...

SEMOGA BAHAGIA..IBU DI DUNIA..DAN DI AKHIRAT SANA ( 2X )

Sunday, November 13, 2011

AYNA'S WEDDING

Alhamdulillah..kini ayna bergelar isteri..

11 November 2011 disatukan, di ijab qabul sah menjadi sepasang suami isteri..termeterai janji antara dua hati..

Apa- apa pun..sekalung ucapan tahniah untuk ayna dengan fizwan...0piha tumpang happy untuk kalian...

Piha minta maaf sebab tak sempat nak tgk majlis pernikahan, sebab kami lambat sampai...walaubagaimanapun...syukur sebab semuanya berjalan dengan lancar..

Perjalanan piha pada pagi jumaat daripada Johor Bahru memakan masa hampir 5 jam..penat memang agak penat..pagi tu abah kejutkan piha awal subuh untuk siap2 semua..then terus rush naik bas..

Sesampainya dekat Shah Alam lebih kurang pukul 3.30 petang..piha menarik nafas lega sebab berjanji dengan nad dan az kami akan bertolak ke Ampang pukul 5.30 petang...Piha rest sekejap...then terus siap2...

Memang tak dapat dinafikan kami sampai lambat ke Masjid dan benar jangkaan kami, yang kami akan terlepas majlis pernikahan mereka..kami tiba terus bersalaman dengan saudara mara ayna then bergambar..malam tu juga terus balik ke rumah ayna dan menikmati jamuan sedikit..


Ada 2 lagi pasnagan yang bernikah pada malam tu..tbertuah ayna...nikah pada tarikh yang sangat cantik..tarikh yang muncul hanya sekali sepanjang hayat hidup...

Piha sangat gembira sebab antara kami dulu..kami pernah bertanya siapa yang akan kahwin dulu...dan memang benar..ayna yang mulakan langkah..hihi...

Selepas ni entah siapa pula yang akan ikut..mungkin nad??..linda???..atau az???..hihi...

Pada keesokan harinya pula, ayna bersanding bertemakan warna merah dan kelabu..dengan hiasa pelamin yang direka sendiri..Piha salute mereka ni..sangat creative....sudahlah pelamin reka sendiri, jahit baju sendiri, buat guest book sendiri dan bermacam lagi hasil titik peluh sendiri...

Piha pula selaku pengapit pun sebenarnya agak gementar....manakan tidak..buat pertama kali mengiringi kawan sendiri bersanding....hihi...pengalaman yang best..kata orang ada doa juga untuk pengapit..Wallahua'lam.....ambil berkat katanya..


Hihi...walau suasana suram pada waktu pagi, hujan renyai turun..tapi alhamdulillah..pada petangnya cuaca sangat mengizinkan...suasana redup..ayna berarak sebaik sahaja waktu zuhur..berarak bersama pengantin lelaki..

Namun begitu..teringat pula piha dekat adat Johor...yang ada tol dan sebagainya...

Setibanya pengantin, majlis menepung tawar oleh keluarga dan sahabat handai....

Selepas itu majlis makan beradat...dan memotong kek...

Sesi bergambar bersama tetamu..


Karaoke..hihi..


Piha bertolak balik Shah Alam tepat jam 6.00petang..then terus ke KLCC makan AuntiesAnne, then terus balik...=)...

TAHNIAH AYNA!!..wooohooo!!!..


Wednesday, November 9, 2011

TANAH


Menghantui~~

Alhamdulillah...sebidang tanah telah diluluskan kerajaan....syukur2...20 tahun menunggu..dari piha kecil hingga dewasa...

BELANGKAS


Kejadian ni masa piha on the way balik ke Johor tempoh hari sebelum Hari Raya Haji. Memang tak dapat gambarkan kegembiraan piha nak balik kampung terutama nak jumpa dengan abah..=)

Ok..perjalanan seperti yang piha jangkakan jammed yang teramat lah teruk..sepatutnya tiba di Johor 4 1/2 jam..tapi hari tu hampir 6 jam....

Ok..piha naik bas, duduk single seat dan bersebelahan dengan sepasang couple / suami isteri ( tapi kalau suami isteri rasanya tak lah se intim macam tu..malu juga dekat khalayak ramai rasanya )

Piha bukan nak cakap apa..bukanlah niat cemburu atau sebagainya..tapi...malulah sedikit dekat orang kot!..nak berasmara depan betul2 depan biji mata piha...sakit mata ni!!.....dah lah nak sambut hari yang baik keesokannya..

=_=''..perempuan tu siap merengek2 bagai...ni gambar atas ni piha geram sangat....piha senyap2 dengar lagu dekat IPOD....then masa diorang tengah tidur piha buat jahat..piha ambil gambar diorang...

Please lah behave~~

Tuesday, November 8, 2011

DAGING QURBAN


Piha bangun lewat sikit hari ni...tup2 abah tengah sibuk rebus daging qurban. Thanks kak long untuk dagingnya...kalau 2 tahun lepas, memang banyak sangat daging dekat rumah piha, hampir sebulan tak terhabis masak daging Qurban sebab tahun tersebut abah buat ibadat Qurban atas nama emak.


Alhamdulillah..lama juga piha tak masak dekat rumah ni...bak kata abah...kalau piha tak ada dekat rumah..memang abah membujang sorang2..kalau piha balik, barulah dapur dekat rumah kami berasap...hihi...

Piha dekat rumah sewa pun tak masak, kadang2 kalau nak makan samada beli dekat rumah..kalau ada barang2 dekat rumah barulah masak sikit2...itupun cuma masak bihun...='(...


Sunday, November 6, 2011

SALAM AIDILADHA


SALAM AIDILADHA

Ia datang tanpa pesta dan festival, hanya takbir yang bergema tanda kesyukuran dan kebesaran yang Maha Esa. Hari yang di sambut setiap 10, 11, dan 12 Dzulhijjah dan diikuti dengan solat sunat dan takbir pada pagi 10 Dzulhijjah.

Memperingati peristiwa Nabi Ibrahim Alahi Salam tunduk dan patuh kepada perintah Yang Maha Kuasa mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alahi Salam.

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: “Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.” (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Wednesday, November 2, 2011

STIKER MOTOR




Apalah nasib...stiker dah habis tempoh..salah piha..daftar untuk sesi 2010/2011..tapi padahal sekarang dah sesi 2011/ 2012...


nak tak nak...piha diamkan sahaja walau RM2 dah melayang...choiiii..


sampai sekarang masuk dalam uni dalam keadaan HARAM ye...=')
daftar balik!!

Tuesday, November 1, 2011

SERVIS MOTOR


First time servis motor sendiri tanpa abah..buat piha kelam kabut..walau hanya nak tukar minyak hitam sahaja...nasib baik uncle dekat kedai motor tu baik hati tunukkan selok belok motor piha...minyak yang mana satu dan sebagainya...

Ini adalah kali kedua piha ke dai motor tersebut, kali pertama semasa piha pergi tukar stiker nombor plat yang koyak akibat poslaju masa piha nak bawa motor ke Shah Alam...kalau fikir balik memang boleh buat marah...manakan tidak...sudah lah kita bayar mahal..tapi tak jaga betul2 motor kita...piha dah balut motor piha dengan surat khabar...sudah lah bukan selapis..tapi 3 lapis dekat seluruh body motor...hurmm..sedih...baru 2 minggu usia motor tu tapi dah calar...untunglah calar sedikit sahaja!!...


Kali ini piha datang sekali lagi sebab nak tukar minyak hitam sebab apabila meter motor mencecah 5000km/h, seeloknya tukarlah minyak motor tu...sebab apa kena tukar..piha tak pasti...

Uncle yang baiki motor piha sangat2 baik...setiap sisi motor dia tengok...sampai ke rantai motor dia betulkan...


Pada mulanya..piha agak keliru dan tak tahu lah nak ambil minyak jenama apa dan mana satu..last sekali piha cakap

PAK CIK...MINYAK MAHAL BOLEH??


pak cik tu gelak...lagi pun piha nyaris2 nak call abah dekat Johor tu semata2 nak tanya minyak hitam motor apa yang sesuai...akhirnya pak cik tu.bawa piha ke rak minyak..at last HI-REV juga...oklah...servis motor tak semahal kereta..hihi....kalau dekat rumah..abah yang betulkan motor dari motor pancit...sehingga ke minyak2 ni...abah agak expert dalam permotoran selain berkemahiran buat rumah..=)

Harga pun tak mahal...sebotol tu cuma RM26...ok lah affordable..=')

Thanks pak cik...
pengalaman baru ditimba..servis motor...hihi..