Friday, February 15, 2013

FENOMENA SUN HALO


Maha suci Allah yang menciptakan langit dan bumi. Syukur alhamdulillah..sedang leka menyiapkan nota tiba2 diberitahu roomate ada sesuatu yang sedang berlaku di langit iaitu SUN HALO.

Tangan yang sedang ligat menyalin lantas terhenti tatkala terlalu excited kerana tak nak terlepas peluang untuk melihat kebesaran Allah yang agak "jarang" dapat dilihat dengan mata kasar.


Sedikit tentang kejadian Sun Halo mengikut beberapa sumber. Ia adalah kejadian HALO iaitu gegelang satu bulatan / gegelang yang mengelilingi matahari dan bersudut 22 darjah. Kadangkala ia juga berlaku pada bulan. Fenomena Sun Halo ini berlaku sepanjang tahu di tempat yang berlainan.

Halo terjadi apabila cahaya matahari dibiaskan dalam ketulan ais yang membentuk heksagon yang terperangkap di dalam atmosfera dan SUN HALO berlaku apabila lagit mempunyai berjuta-juta ketulan ais yang berlainan orientasi...
Setiap perkara yang berlaku dilangi adalah petanda bagi orang yang ingin berzikir. Maha suci Allah yang menzahirkan "Mahdi" di langit kekuasaannya. Segala puji bagi Allah...

No comments:

Post a Comment