Friday, February 15, 2013

HAPPY BIRTHDAY ABAH


Tiba- tiba teringat akan tarikh hari ini. 1 Mac 2012..sekali lagi melonjak umur abah yang ke 78 tahun. Alhamdulillah..piha bersyukur padamu Ya Allah kerana memberi piha peluang untuk bersama dengan abah sehingga sekarang. Semoga abah di panjangkan umurnya.


Cerita nya bermula bila piha tanya pada abah hari ni berapa haribulan. Piha ingatkan abah yang hari ni adalah hari jadinya yang ke 78. Piha terus cakap dekat abah yang piha nak beli kek dan abah tak membantah.

Selepas Asar, terus drive ke Kedai Kek. Banyak pilihan kek hingga rambang mata di buatnya. Akhirnya, kek Hazelnut Chocolate menjadi pilihan meskipun pada awalnya, piuha lebih tertarik dengan kek buah- buahan. Malangnya kek tersebut terlalu besar untuk di habiskan, maka kek 1/2 kilo ini lah menjadi pilihan terakhir.

Selepas solat Maghrib, abah dah bersedia dekat depan meja macam dah tahu piha nak minta dia tiup kek ni..hehehe...piha cerita dekat abah yang lilin besar dan kecil ini melambangkan umur abah yang sudah pun 78 tahun genabnya..



Majlis dua beranak yang sangat simple. Piha nyanyi kan lagu hari jadi dan doa sikit untuk abah..lalu abah kemudiannya terus meniup lilin tersebut. Abah menepuk tangan dan suaranya yangs ebak..dapat piha rasakan...



sayang sangat pada abah...semoga abah di panjangkan umur dan di berikan kesihatan. Banyak rancangan piha untuk abah..=')



TERIMA KASIH DAN SELAMAT HARI LAHIR ABAH


No comments:

Post a Comment