Saturday, July 23, 2011

368 KM

368KM bukanlah jarak yang dekat...

Badan, kaki, bahu masih terasa kesengalannya..
teruk piha memandu seharian, daripada pukul 5.30 pagi sehingga pukul 5.30 petang..

Perancangan abah nak melihat kebun akhirnya membawa kami untuk ke sana sekali lagi. Perjalanan yang memakan masa selama 2 jam agak memenatkan dan membuatkan pinggang dan bahu terasa sangat penat..

Alhamdulillah, tepat jam 10 pagi, kami tiba..dah seperti biasa..setibanya kami ke sana, pasti kami akan singgah dahulu dekat Pasar Pagi, Parit Sulong.

Abah kalau datang ke sini, suka sangat mencari ikan laut yang fresh2.


piha pula suka mencari kain2 pasang, sebab dapat tawar- menawar dengan harga yang sangat berpatutan.


Abah tiba2 nak mencari rojak mamak, jadi..singgah lah kami dekat restoran mamak..abah bersama sepinggan rojak


piha pula dengan mee goreng mamak..Tak syiiokkk...=(

Selepas itu,kami terus ke Parit Asam Kumbang, seperti biasa juga sepanjang perjalanan abah menceritakan kisah zaman pra kemerdekaan. Kawasan komunis, jepun dan sebagainya..Piha yang sambil memandu agak terhibur juga mendengar kisah- kisah abah pada waktu itu.


Di atas ialah gambar sungai yang terdapat di hujung kamnpung ParitAsam Kumbang, kalau dapat dilihat ada cabang di situ. Itu merupakan sungai yang memisahkan antara kampung SIMPANG KIRI & SIMPANG KANAN. Pada mulanya, piha terkejut juga yang sungai tu ada kisahnya sebab sungai itulah membahagikan antara 2 kawasan kampung, dan di bawah satu simpang tu ada anak2 kampung nya yang lain...

Yang ini pula merupakan PINTU AIR kampung ni, maksudnya kalau air penuh, ini adalah penahan air dari melimpah ke seluruh kampung Parit Asam Kumbang=)

Kalau perasan juga ada seekor lembu di situ..tak tahu dari mana lembu tu...

Kemudian,kami terus balik tapi sebelum itu!!..NASI BERIANI!!..nyum3....MOHD SHAH NASI BERIANI..sangat meletup..tambahan Kambing dan papadom...

notakaki : gambar dari handphone & DSLR

STOP DREAMIN'

OK...PLEASE STOP DREAMIN' SUPIHA HASIM

BACK TO YOUR FIRST AIM...
WHAT DO U WANT IN YOUR LIFE...
" THAT ONE "...IS ONLY AS YOUR BACK UP OK..
PLEASE...PITY OF HIM..

"OK..I WILL DO MY HEART "
BUT..SOMETIMES THAT FEEL ALWAYS DISTURBING MY MIND..
OHHHH..GOD..PLEASE....

ALLAHU AKBAR!!

**a very short entry to release my unstable mood **

Friday, July 15, 2011

UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE( TRAVELLER GUIDE )

Entri ini adalah untuk pelancong yang pertama kali ingin menjejakkan kaki anda ke Kota Singa
( Singapura )

Singapura merupakan sebuah negara yang maju dari segi teknologi serta pembangunan mereka. Setiap kali kita menjejakkan kaki ke sana, pasti, tak menghampakan. Dengan masyarakat sana yang ringan mulut, inshaAllah tidak akan membuatkan kita sesat sepanjang berada di sana.

Pengalaman piha sepanjang berada di kota singa serba sedikit dapat memberi piha satu environment yang baru di mana suasana kota yang agak berlainan daripada Malaysia.

Kali ini, piha nak share sedikit tentang panduan- panduan yang boleh digunakan oleh para blogger yang mungkin menanam hasrat untuk menjejakkan kaki ke UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE buat pertama kali. Mungkin ini boleh membantu kalian.

1. KENALI SINGAPURA


Jika anda gemar menaiki kenderaan awam ke negara orang seperti piha, sebaik- baiknya, anda kenali selok belok negara yang ingin anda jejaki. Kenal pasti stesyen bas yang terdapat di setiap pelusuk negara terbabit.

Seperti contoh, di Singapura, jika anda memasuki Sengapura daripada Stesyen Bas Larkin, Johor Bahru, akan terdapat 1 lane dimana bus Singapura akan bersilih ganti ( shuttle ), anda hanya perlu beratur dan menunggu bas tersebut. Kebiasaannya bas yang bernombor 170. Daripada Larkin, bas tersebut akan melalui Stulang Laut dan ke CIQ Johor. Anda perlu naik eskalator untuk check pasport dan mengisi borang putih, dan kemudian terus ke Platform A untuk meneruskan perjalanan anda.

**Anda tidak perlu risau ditinggal bas, kerana bas sentiasa bersilih ganti.

Namun begitu, ia juga sama seperti jika anda masuk ke Singapura melalui LINKEDUA ( Gelang Patah ), dimana anda perlu check pasport anda setibanya anda di Departure Hall Gelang Patah dan cop pasport anda di Imigresen Singapura setibanya anda di sana dan mereka akan scan seluruh barang serta badan anda.

STESYEN BAS UTAMA : KRANJI MRT , QUEENSTREET, BUGIS STREET

2. BAJET ( BUDGET )

Kredit : moneyconverter.com

Bajet dan tukaran matawang asing sangat penting jika anda ingin melancong ke luar negara. Sebaik- baiknya anda perlu mengira wang saku anda secukupnya. Dibawah merupakan kadar tukaran matawang antara Malaysia dan Singapura.

Anda kira berapa hari anda ke sana, makan minum, dan sebagainya. Jika anda menaiki kenderaan awam di sana, anda tidak perlu risau kerana tambang adalah SEHALA sahaja. Jika anda menaiki kenderaan yang sama serta nombor bas yang sama, anda hanya perlu menunjukkan tiket tersebut.

Jika anda mempunyai kad VISA/ MASTERCARD ia merupakan satu kebaikan untuk anda untuk berurusan di luar negara, kerana jika anda kekurangan wang, anda boleh menggunakan kad anda.

Namun, apa yang terjadi pada piha, piha perlu mengira setiap " se'choit " benda yang akan berlaku, piha perlu mengira wang saku makan, tambang, wang emergency serta berapa bajet yang piha akan spend untuk membeli belah di sana. Piha perlu mengira secukupnya sebagai langkah berjaga- jaga jika piha terkandas di sana. Maklum...piha tak di benarkan meggunakan segala macam kad melainkan MEPS...

3. DO AND DONT'S

Credit : Google.com
Orang kata masuk ke kandang harimau mengaum,masuk ke kandangkambing mengembek. Bukan sahaja di negara Singapura, malah turut di negara lain juga, anda perlu tahu apa yang boleh dilakukan danapa yang tidak patut dilakukan sepanjang anda berada di sana.

Sebagai contoh, di Singapura anda tidak di benarkan sekali- sekali untuk :

- MEROKOK
- MEMBUANG SAMPAH
- MAKAN GULA GETAH

denda adalah lebih kurang SGD 500..jika anda convert ke wang Malaysia????...

3. PETA / GPS

Credit : Google.com

Jika anda menaiki kenderaan anda sendiri, anda boleh menggunakan GPS sebagai panduan arah untuk ke destinasi, tetapi, jika anda seperti piha yang menaiki kenderaan awam, PETA adalah nyawa anda untuk mengira anda sekarang sudah berada di mana.

OK..SEKARANG ANDA AKAN MEMULAKAN JOURNEY ANDA KE UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE


Piha memasuki ke Singapura dengan menaiki Bas Odyssey ( EXPRESS ) daripada Hotel Tune, Danga Bay, Johor Bahru. Di sana terdapat shuttle bas setiap hari untuk ke Singapura dan direct terus ke RESORT WORLD SENTIOSA ( RWS ). Dengan harga RM25, anda boleh menaiki bas tersebut secara " return " atau ulang alik. Boleh rujuk di sini.




Anda boleh juga boleh mendapatkan maklumat tentang UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE di sini


Perjalanan selama satu jam bermula seawal 7.00pagi daripada bandaraya Johor Bahru, memberikan anda mood untuk bersuka ria di dalam USS. Piha dan kawan piha tiba di sana seawal 8.00 pagi dan berkesempatan merenung sekeliling alam kota singa.

USS mula beroperasi pada pukul 10.00 pagi sehingga 9.00 malam dan tiket mula dijual pada pukul 9.00 pagi.

Anda perlu berhati- hati, kerana perancangan anda untuk ke mana- mana destinasi hendaklah strategik, pastikan tiket masih lagi dijual, kalau anda merancang untuk pergi masa "peak " sepeti year end serta weekend, pastikan anda book tiket anda awal- awal untuk mengelakkan tiket daripada SOLD OUT!

Tiket USS ini berbeza daripada weekdays dan weekend serta ada hari- hari tertentu ( anda boleh rujuk laman web USS di atas )

Ok...jam tepat 10.00 pagi, tiket anda akan scan terlebih dahulu di pintu masuk. Selepas itu, anda boleh memulakan keceriaan anda di sana.

Universal Studios Singapore/ USS, terdapat 7 tema pasti memberikan kita mood yang berlainan.

1- HOLLYWOOD

2- NEW YORK


Piha tak sempat mencuba bermain attraction di sini, kerana kesuntukan masa=(

3- SCI-FI CITY

Battlestar Galactica : CYCLON ..Most adventurous attraction!!..piha tak berani nak naik walaup di pujuk berpuluh kali oleh zaleha. Cukup hanya di Genting highlands!!

4- ANCIENT EGYPT

Thanks to photographer ( foreigner..hihi )

The most suspend atrraction. Roller Coaster di dalam gelap, pasti membuatkan anda bermain dengan perasaan dan anda tidak akan tahu apa yang berlaku di depan anda!!...SERIOUSLY!!

5- THE LOST WORLD

CANOPY FLYERS : membuatkan anda gayat memandang ke bawah!!

6- FAR-FAR AWAY

SHREK 4-D ADVENTURE!!

...the best movie effect eva!!..dengan kita- kita sekali rasa...TERBAIK!!

7- MADAGASCAR


KINGS JULIAN'S BEACH PARTY-GO-AROUND : bersuka rialah anda dengan menaiki bot karakter kegemaran anda!!

MADAGASCAR : A CRATE ADVENTURE: Menaiki bot sambil pusing2...selami dunia MADAGASCAR!!




Dan banyak lagi attraction...Apa lagi????....JOM LAH!!

Saturday, July 9, 2011

READY TO GO


Alhamdulillah, finally..rancangan untuk ke Universal Studio Singapura akhirnya menjadi kenyataan. Sebenarnya, rancangan piha untuk ke Singapura agak lama cuma tidak mendapat lampu hijau daripada abah. Tetapi, selepas abah menceritakan ketika abah selalu keluar masuk ke negara singa itu, membuatkan piha sengaja cakap yang piha pun nak ke sana juga. Abah membenarkan piha untuk pergi tapi dengan syarat, ada teman pergi sama.

Jadi, piha pun terus menghidupkan pasport dan mencari tiket untuk direct ke sana. Nak memandu kereta, memang tidaklah, dengan kesibukan kotaraya, imigresen, AutoPass dan segala macam lagi. Jadi, naik kenderaan awam yang paling terbaik untuk piha. Semenjak daripada itu, piha try survey2 sedikit negara Singapura, matawang mereka, apa yang do and donts di sana, stesyen2 bas, MRT, tempat makan, hotel dan bermacam lagi. Kata orang, masuk kandang kambing mengembek.

Pasport juga dah siap, Tahniah dan terima kasih pada Jabatan Imigresen Malaysia cawangan Tampoi, Johor di atas komitmen anda yang sangat efisyen!....

walaupun nombor piha yang sangat jauh, tapi anda semua sangat berdedikasi dan senyuman tu tak pernah lekang daripada mulut serta ramah tamah!


Wednesday, July 6, 2011

UNPROFESSIONAL ENTRY 1 - dont read it

entahlah..tak tahu nk luahkan camana. Dalam hidup ni saya paling sakit hati kalau orang dah berjanji tak tepati. Kalau anda??...dah berjanji then tak tepati mungkin akan merasakan situasi yang sama. ye tak?..

Dah try untuk menjadi professional, tak apa, marah itu sifat SYAITAN. InshaAllah satu hari nanti, impian saya akan tercapai juga...=)..keep think positive yer supiha. Maybe hari ni adalah hari awak, inshaAllah Allah akan balikkan semula..=)...

Dalam hidup ni harus bertolak ansur, tak boleh memaksa dan sabar banyak2. Allah maha ADIL..DIA sentiasa ada bersama awak supiha. Tak boleh nak menyalahkan dan di salahkan sesiapa. Betul kata orang, bidalan ni memang sentiasa berlaku dalam setiap manusia...iaitu..

WAKTU SENANG, SENANG NAK CARI,

BACK TO BASIC supiha. Kalau orang boleh buat dekat awak, inshaAllah SAYA TAK AKAN BUAT BALIK DEKAT ORANG TU. kata arwah emak, biar orang buat kita, asalkan kita jangan.

Adakah dia tak faham perasaan saya, saya tengah hampa,dia boleh lagi nak (*&^%$

hmmm...tolonglah perasaan saya...=(..

tp..tp..kalau awak minta apa2 kalau saya tak tepati..please dont blame me ok???..please....tgk balik diri sendiri=)

thank u..

Monday, July 4, 2011

BUBUR PULUT HITAM + DURIAN


Rasa nak masak sendiri bubur pulut hitam ni menjadi juga akhirnya hari ini. Alhamdulillah, walau pun pulut hitam yang piha rebus hangus, tapi selepas di tambah bahan2 santan, gula melaka dan durian menjadikan pulut yang hangus menjadi sedap.

mmmm...=)syabas bete!

NASI MINYAK

Dah lama tak makan nasi minyak pengantin. Kalau dulu selalu pergi ikut arwah emak pergi rumah pengantin..pantang ada jemputan, lepas tu dapat bunga telur dan yang paling best sekali dapat bunga manggar. Piha kumpul banyak2 lepas tu bawa balik, selit dekat pintu rumah...



Tak kurang juga kenangan kecil2 dulu main kahwin- kahwin. Errrmm...hihiks. Jadi semalam, ahad bersamaan 3 Julai 2011, piha di jemput oleh rakan kelas sekolah rendah piha, ATIQAH RAHMAT, yang kini menuntut di Universiti Sumatera Utara, Indonesia kalau tak silap piha dalam bidang perubatan, pulang ke Malaysia sempena cuti semester sekali untuk berjumpa setelah hampir 2 tahun lebih kurang kami tak bersua memandangkan cuti yang tak sama dan beliau menuntut di seberang negara jiran.


Alhamdulillah, kakak atiqah selamat melangsungkan perkahwinan dengan bertemakan biru laut dan hitam amatlah menarik perhatian. Pakaian sedondon dengan pengantin lelaki bagaikan pinang di belah dua serta di gamitkan dengan keriuhan para jemputan tetamu yang hadir. Berbalas pantun dan " tol " tidak pernah di lupakan sebagai cukai untuk pengantin lelaki masuk ke dalam rumah.

Tiba- tiba antara kami terfikir, dalam kalangan kawan- kawan, siapakah yang bakal menamatkan zaman bujang mereka dahulu. Huhu,...tak kurang juga bila piha juga bakal melalui situasi yang sama, Di usia 21 tahun, ramai kawan sekolah yang lain telah mendirikan rumah tangga malah mempunyai anak. InshaAllah, satu hari nanti piha minta dipertemukan jodoh yang serasi.

Selepas itu, kami ke Today's Ulu Tiram kononnya nak menonton wayang, tetapi di sebabkan tiket yang full booked, kami berdetad untuk ke Danga Bay dan seterusnya ke Dataran Johor Bahru yang tidak lain tidak bukan terkenal dengan STEAMBOAT nya.

Nasi ayam penyet dan milo tabur menjadi pilihan piha


Sunday, July 3, 2011

SKCBian's

Tak selalu begini, kami masing- masing mempunyai komitmen kami sendiri, semua masih belajar, namun begitu cuti kami kadangkala tak sama. Jadi antara masa yang dapat menyatukan kami adalah pada hari raya, sungguh pun begitu, kami tidak pernah lupa untuk berjumpa.

Alhamdulillah, semalam kami dapat luangkan sedikit masa untuk berkumpul dan berjalan- jalan, ceritakan perihal masing- masing sambil bergelak ketawa.

Ummu

Zaleha

Suhada

Fatin

Kami pernah sekelas suatu ketika dahulu. Hampir 4 - 5 tahun kami bersama. Dari tahun 1997-2002. Banyak sangat kenangan kami pada waktu itu, ada yang mengejek2 antara satu sama yang lain, bergaduh, gosip dan bermacam lagi. Sayangnya, gambar masa kami kecil- kecil dulu tak pernah piha simpan=(



Kami ke Pusat Bandar dan terus menuju DVA Karaoke, 2 jam sangatlah lama...


Semoga ukhwah kita akan sentiasa terjalin..=)