Wednesday, April 27, 2011

FOR A WHILE


ASSALAMUALAIKUM

Di kesempatan ini,piha menyusun 10 jari memohon maaf sepanjang piha berblogging, ada yang mengecilkan hati blogger dil luar sana. Buat pengetahuan semua yang singgah di blog usang ini,piha sekarang sedang menghadapi peperiksaan akhir untuk semester 1. Dan inshaallah, aktiviti ini akan di teruskan sebaik sahaja peperiksaan tamat.

Inshaallah,paper yang pertama akan bermula pada 29 April 2011 untuk kertas TITAS diikuti INTRO TO BROADCASTING,INTRO TO COMMUNICATION AND MEDIA STUDIES, PUBLIC RELATION dan akan berakhir dengan kertas PSYCHOLOGY pada 10 Mei 2011. Namun begitu, masih belum penamatnya lagi apabila piha perlu menyertai perkhemahan Sekretariat Mahasiswa Fakulti di Sepang pada 11,12 dan 13 Mei 2011.

Selepas itu, inshaallah piha akan ke Kedah dan Kelantan untuk pergi melawat ibu saudara dan sahabat di sana sehingga penghujung bulan Mei terus ke Johor Bahru. Seperti yang telah dikhabarkan sebelumnya, cuti IPTA selama 4 bulan hampir membuntukan kepala piha. Perancangan ingin menjadi guru sandaran..Tetapi prosedur nya masih lagi menjadi tanda tanya..

Inshaallah, segala perancangan selepas peperiksaan akan difikirkan kemudian. Kita akan berjumpa di entri yang akan datang!!

Ilalliqa'
Wassalam..

IPOD TOUCH..idamanku..


Monday, April 11, 2011

AYNA'S ENGAGEMENT ( 10 APRIL 2011 )

TAHNIAH ayna...di atas pertunangannya yang sudah pun berlangsung dengan selamatnya di Taman Ukay Perdana pada hari ahad tepat jam 11.00 pagi. Piha bersama rakan sekelas UNISEL tak lain tak bukan az, wan nash, azwan, adham, mus dan faisal.

Memang tak dapat nak cakap apa lagi. Piha sangat gembira atas kegembiraan ayna bersama tunang tersayang Fizwan. Tali ikatan pertunangan yang diikat selama setahun akan berakhir hujung tahun ini dengan ikatan nikah yang sah. Piha minta maaf andai piha menangis dan memeluk ayna semalam sebab piha memang gembira sebab inilah yang selama ini ayna mahukan. Lagi satu sebab piha macam tak sangka yang kawan baik piha sudah punya ikatan dengan seseorang. Sebab inilah kali pertama kawan baik sendiri bertunang. Walau di kampung piha, agak ramai rakan sebaya yang telah berkahwin, tapi inilah antara moment yang sangat menggembirakan hati piha.

Kami tiba di rumah ayna sebaik sahaja rombongan lelaki sedang makan. Ini bermakna majlis tersebut hampir selesai. Bila ayna melangkah kaki keluar bertemu dengan kami semua, memang tak dapat nak cakap apa...ayna yang sangat cantik bersama pakaian berona peach, sedondon dengan palmin yang di sediakan, memang sangat ayu...

Tak lupa kami bergambar bersama- sama sebelum pulang ke shah alam...

p/s : gambar akan di upload kemudian

Friday, April 8, 2011

CHECK IN - MCDONALD SECTION 3

Sedang enak mereka melelapkan mata di atas katil dan bantal yang serba serbi empuk, kami di MCDONALD....piha, fatin dan bella..masih lagi terkebil- kebil menahan mengantuk mata masing- masing. cerita bermula begini.....


pada mulanya kami bercadang untuk ke MCD adalah untuk menyiapkan kerja kursus kami yang sepatutnya dihantar pada 8 APRIL 2011 bagi matapelajaran TITAS( TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA). Kami bercadang untuk menyiapkannya sekali gus membuat latihan subjek yang sama tetapi dengan membuat soalan tahun lepas.

1 jam kemudian...


OK..kami bertolak lebh kurg pukul 8 malam dan terus mencari port terbaik untuk kami bertiga. Tetapi..sedang enak membuat kerja..tiba-tiba handphone berdering menunjukkan panggilan daripada rakan sekelas, Azim...yang memmbawa khabaran kurang enak untuk didengar bahawa tiba- tiba kelas kami CANCEL! untuk hari esok...


jadi..kami dengan semegah- megah pada mulanya, terus luluh hati bagai di panah petir pabila mendengar berita tersebut...hmmmm...tapi..kami meneruskan juga kerja kami di sini sambil di selimuti angin air cond yang amat dahsyat sejuknya!...lebih kurang 10 jam kami berada di MCD ini...berbagai ragam yang kami lihat di sini...


hmmm..termasuklah pesanan kasih sayang daripada rakan sekelas kami yang stay berada di kolej masing- masing....hehehehe...

Jadi...sekarang jam sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi...kami ada masa lebih kurang 2 jam setengah untuk CHECK OUT daripada MCDONALD seksyen 3 ini....=D



hehe...


Tuesday, April 5, 2011

DIA DAH NAK MAIIIIIII...

Ohh..final exam...anda akan menjelma hujung bulan April ini....
Piha belum lagi bersedia..banyak lagi kerja yang masih tergendala yang masih belum berhantar..
Tak mengapa..piha akan sedaya upaya melakukan yang terbaik...

akan tetapi..piha sebenarnya agak gusar dan mungkin menjadi pelik jika piha katakan selama cuti 4 bulan ini piha nak jadi Guru sandaran...hmmm...


SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI( SMF )

Alhamdulillah...

Piha sekarang telah pun menjadi salah daripada EXCO Aduan dan Kebajikan untuk Sekretariat Mahasiswa Fakulti merangkap mata2 MPP Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UITM. Kiranya jawatan ini sebenarnya sebagai pengawas dan melihat permasalahan yang terdapat di dalam fakulti...jadi..pendek cerita..kalau ada masalah dalam fakulti, piha akan mengadu kepada MPP terlebih dahulu dan MPP akan melapor kepada pihak atasan...

Walau sebenarnya piha tak menyangka yang piha akan terpilih selepas temuduga yang telah dijalankan beberapa minggu sebelumnya...Terima kasih para MPP yang memberi sepenuh kepercayaan untuk piha menyandang jawatan yang pada piha agak berat ini...

Inshaallah..piha akan menggalas tugas dengan sebaiknya...=)

TERIMA KASIH!