Friday, February 15, 2013

BROADCARE : ERAT 1


Mengaplikasikan apa yang di pelajari dari dalam ke dunia realiti. Itulah objektif program Eksplorasi Rantaian Kasih yang juga di kenali sebagai Program ERAT. Sebuah projek anjuran pelajar semester 4, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media,Penyiaran UITM bagi membantu masyarakat di luar sana.


Program yang bertemakan " Kami jelajah, Kami bantu " adalah selari dengan tujuan utama program ini untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan yang juga di kenali sebagai Corporate Social Responsibility ( CSR). Program ini berlangsung selama 2 hari di mana daripada 8 hingga 11 mac 2012.

Ia juga merupakan satu kredit dan juga peluang untuk kami pelajar penyiaran untuk belajar tidak hanya di dalam kelas, malah di luar suasana bilik darjah di mana kami di beri pendedahan tentang apa yang berlaku di sekeliling kita.



Piha, sebagai salah seorang daripada ahli Broadcasters juga tak melepaskan peluang untuk turut sama menjayakan program ini. Program ini di adakan dekat Pulau Pangkor, Perak juga secara tidak langsung menjadikan ini adalah peluang kedua piha melakukan aktiviti CSR dekat Pulau Pangkor di mana pengalaman pertama masa zaman diploma dahulu di bawah subjek Corporate Communication di bawah tunjuk ajar Encik Nazri Yassin.



Pada hari pertama kami bertolak dari UITM, Shah Alam lebih kurang jam 8.00pagi dan mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk tiba di Jeti Lumut, Perak. Tak lama kemudian kami menaiki feri untuk ke Pulau Pangkor. Cuaca pada hari tersebut agak suram, hujan renyai turun seakan rahmat menyambut kedatangan kami ke sana. Alhamdulillah lebih kurang 30 minit di atas feri, kami tiba ke destinasi yang di tuju.



Kami tinggal di Uptown Beach Resort...lokasi yang sangat strategik, betul2 berhadapan dengan pantai. Selepas kami check in hotel, kami di hidangkan dengan masakan kampung dan bebas untuk melakukan aktiviti masing2 sebelum malamnya kami mempunyai taklimat.

Kami mengambil peluang untuk menyusuri di sekeliling kawasan. Ada yang bermandi manda, ada yang mengambil peluang berehat di dalam bilik...



Malamnya,kami di bahagi kepada kumpulan sebelum melakukan aktiviti seterusnya pada hari esok.

No comments:

Post a Comment