Thursday, June 30, 2011

UFM

Kredit : Ufm.blogspot.com

UFM..sebuah stesyen radio universiti PERTAMA di Malaysia di bawah universiti Teknologi MARA telah di tubuhkan pada Oktober 1997 pada 93.6 mhZ. Pada waktu itu, radio ini telah di namakan dengan Radio 3 Shah Alam dimana ketika itu di bawah ITM.

Pada tahun 1998, stesyen radio tersebut telah di tukar kepada Radio Malaysia Selangor dan kemudian kepada UFM oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu telah menukar ITM kepada sebuah universiti sehingga sekarang.

Radio internet UFM di perkenalkan pada tahun 2010 menerusi www.ufm.uitm.edu.my dan juga www.ufm.blogspot.com.

Antara yang menarik terdapat dalam radio ini ialah para penyampai yang terdiri daripada warga anak didik UITM sendiri. Salah seorang daripadanya kawan piha di bawah ini...

DJ IS ( ISA ZUBIR )
kredit : Isa FB

Juruhebah yang sangat berbakat mempunyai tona suara yang menarik, gaya penyampaian yang sentiasa ceria...

Kalau nak dengar suara beliau, bolehlah tune kan frequency anda ke 93.6 jika anda berada di kawasan Lembah Klang dan juga menerusi www.ufm.uitm.edu.my / www.ufm.blogspot.com jika anda berada di luar kawasan...=)

UFM...INFO MUZIK TERKINI...best!

Wednesday, June 29, 2011

CRUMPLE CHOCOLATE MUFFIN

Alhamdulillah..percubaan yang kedua menjadi meskipun bawahnya hangus. GOOD TRY PIHA!


THE RESULT

Sunday, June 26, 2011

AKU MINTA MAAF ADAM

Tolonglah..faham keadaan saya...andai saya juga buat anda begitu...mungkin anda juga akan merasai benda yang sama..

Adam...Mohd Adham..
Kadangkala, gurauan kau beri kegembiraan untuk aku...dan baru kali ini aku merasakan pedihnya sedikit..kerana kau melakukan benda yang aku tak suka berulang kali...aku tahu niat engkau hanya bergurau adam...=(

AKU SECARA JUJUR MEMOHON MAAF pada engkau..kau kawan aku..kawan terbaik aku...lama kita berkawan..dan tak mungkin aku akan remove kau dari hidup aku...aku minta maaf andai kata- kata aku guris hati engkau..

Ini merupakan kata- kata engkau sebaik sahaja selepas beberapa minit aku marah pada engkau..dan kata- kata ini membuatkan aku mengalirkan air mata...

AKU MINTA MAAF ADAM...AKU MINTA MAAF...
MAAFKAN AKU

KAWAN
Bukan "1" tapi bejuta ... Bukan untuk diguna tapi untuk dijaga ... Bukan untuk dimusuhi tapi untuk disayangi ... Bukan untuk sementara tapi untuk selamanya ... Bukan untuk dilupakan tapi untuk diingati ... Bukan untuk ditingalkan tapi untuk dirindui ... Bukan hanya disini tapi dimana-mana ... Bukan setakat ini tapi hingga ke hujung nyawa ... (^_^)

Saturday, June 25, 2011

HARI MUZIUM ANTARABANGSA

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Johor julung-julung kalinya diadakan sebagai hari memperingati sejarah serta memperkenalkan kepada lapisan masyarakat khususnya remaja kepada peninggalan nenek moyang kita apa yang berlaku sebelum zaman kemerdekaan. Pada tahun ini, sambutan Hari Muzium yang bertemakan MUZIUM DAN KENANGAN amatlah bertepatan seperti apa yang kita sedia maklum muzium merupakan sebuah tempat pameran artifak, bukti2 serta tercatatnya susunan sejarah di sana yang dijadikan sebagai KENANGAN untuk pelapis kita di masa akan datang.

Muzium Kota Tinggi tersimpannya khazanah Kesultanan Melayu dahulu

Amatlah rugi kiranya, sekiranya kita yang hidup di abad yang ke 20 tidak mahu mengambil langkah dan inisiatif untuk mengetahui serba sedikit sejarah tentang apa yang telah berlaku suatu ketika dahulu, ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka serta tokoh- tokoh yang telah memberi banyak sumbangan yang tidak ternilai harganya untuk negeri serta negara.

Acara tahunan ini telah di adakan di daerah Kota Tinggi secara 2 tahun berturut- turut dimana tahun lepas telah di adakan Pertandingan Gasing bertempat Laman Gasing, Kampung Makam Kota Tinggi dan InshaAllah perancangan tahun hadapan adalah dekat Tanjung Balau pula.

Berbagai acara telah diatur sebagai salah satu tarikan kepada hari muzium ini selain daripada Pameran- pameran daripada muzium- muzium di serata Johor yang mengambil bahagian.

Antara aktiviti yang telah di adakan ialah Pertandingan melukis dan mewarna bagi kanak- kanak

Pertandingan mewarna di adakan dalam kawasan muzium

Kanak- kanak ni berusia 4 tahun

Selain daripada itu ada juga pertandingan mewarna mural, congkak, batu seremban serta demonstrasi pembuatan layang- layang, demonstrasi pembuatan sandal tradisional

Kasut sandal kulit kambing tulen berharga RM95

PEMBUATAN CENDERAMATA

Ini merupakan acuan untuk pembuatan cenderamata, rasa seperti jelly

Demonstrasi pembuatan acuan di atas


Ini di antara bentuk2 yang di buat

Piha mencuba buat 1 cenderamata..

Kuda kepang kebanggaan warisan tradisi Johor

Kompang dan gendang daripada kulit kambing tulen daripada Wandarisno

serta pembuatan kuih tradisional. Manakala antara muzium yang turut serta dalam pameran hari muzium ini ialah

MUZIUM BUGIS, PONTIAN

Kitab Bugis

Pakaian pengantin Bugis lelaki

Pakaian pengantun Bugis Wanita

Keturunan kami

Rantai pada baju pengantin perempuan hasil seni yang halus

Piha juga sempat merasa kuih tradisional bugis iaitu bangkit bugis dan kuih bijan. Rasa kuih bangkit agak berlainan dengan bangkit yang selalu kita makan.

MUZIUM LAYANG-LAYANG, PASIR GUDANG

Booth Layang- Layang

Demonstrasi pembuatan wau bulan

MUZIUM TIONG HUA ( betulkan jiha piha silap ), JOHOR BAHRU

Demonstrasi kaligrafi masyarakat Cina

Antara berus yang di gunakan

Menarik!..SUNGAI SEGGET( BERHADAPAN CITY SQUARE SEKARANG )yang dahulunya di jadikan tempat perdagangan untuk pedagang - pedangang menaikkan dan menurunkan barang suatu ketika dahulu.

GALERIUM UTM, SKUDAI

Tarikan..RUMAH DAENG KEBOK peninggalan keluarga zaman- berzaman.
Ini merupakan hasil kerja sekumpulan pelajar UTM

MUZIUM NELAYAN, TANJUNG BALAU

Pameran alat penangkapan ikan tradisional

Nelayan memegang pancing buluh

Lukah, yang di gunakan untuk memerangkap ikan air tawar ( sungai )

SATU- SATUNYA DI MALAYSIA...pertandingan melayar kapal yang di adakan setiap tahun dekat Tanjung Balau, Kota Tinggi. Kapalini akan di lepaskan di atas laut dan di biarkan belayar sendiri, siapa punya yang paling jauh dialah pemenangnya.

Di atas merupakan contoh- contoh pembuatan kapal yang di gunakan KAYU PULAI

Contoh kapal yang sudah siap

Sedang memberi penerangan kepada abah


Abah dan nelayan...hihi

GALERI SENI JOHOR, JOHOR BAHRU

Replika, BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH

Tulisan Khat..

GALERI DATO' ONN

Ahli politik yang di segani
Gambar2 Dato Onn semasa kecil

bendera- bendera negeri Johor...13 kali pertukaran

GALERI TOKOH JOHOR


dan banyak lagi.

Hari muzium ini di adakan selama 3 hari bermula daripada 24-26 Jun 2011.




Replika nisan- nisan yang berada di sekitar lembah Sungai Johor, Kota Tinggi

Thursday, June 23, 2011

PIZZA HUT

Petang tadi..piha keluar dengan kawan piha yang tak lain tak bukan Zaleha, kami ke Masai untuk survey kamera kosmetik dan saja keluar makan di Pizza Hut, meskipun tempat itu sudah lama di buka,namun kali ini baru piha berkesempatan menjejakkan kaki dan meluangkan masa sedikit.


Agak rugi pada pendapat piha bila Pizza Hut di situ masih lagi tidak mempunyai WIFI untuk kemudahan pelanggan untuk mengakses internet. Jadi alternatif untuk mencari WIFI di KFC juga menemui jalan kegagalan sebab di KFC juga tidak mendapat coverage nya juga..=)


PIZZA HUT harus pantas bertindak sebelum Pizza Hut di situ mengalami kerugian angkara tiada WIFI...huhu



P/s : Dengarkan UFM (UITM RADIO ) di 93.6FM jika anda berada di kawasan lembah Klang dan juga boleh melalui UFMONLINE

Tuesday, June 21, 2011

A CUP OF CAKE


Percubaan pertama dalam dunia baking. Sebelum ini, telah banyak resipi yang piha cuba,namun masih temui jawapan yang sama...TAK JADI

Entah manakan silapnya...abah yang turut membantu piha dalam pembuatan kuih ini, serba sedikit menaikkan semangat piha untuk tidak berputus asa. Namun begitu abah...setiap kuih adik..mesti diakhiri dengan kekecewaan...tapi...=)..

Hari ini, selepas hampir 3 hari tangguh nak buat kek cawan..akhirnya..hari ini, terlaksana juga..semua barang piha beli atas nasihat KAK NOR di kedai BAKE WELL yang terletak bersebelahan dengan KIP MART.. kak nor seorang kakak yang sangat berpengalaman dalam pembuatan kek yang jarang dan mungkin tak pernah FAIL dalam bakar membakar kuih..

Tanpa berfikir panjang piha terus :

Memukul Tepung kek ( NONA ), 3 biji telur gred A, minyak dan air

Kemudian..gaul sehingga sebati ( kalau boleh gunakan mesin pengadun sehingga " fluffy " )

Susun mangkuk comel ( Piha gunakan mangkuk yang bermotifkan harimau..sebab this is my favourite design...)

Selepas itu, masuk kan ke dalam mangkuk sama rata..lebih kurang suku daripada mangkuk tersebut )

Ini lah dia...OVEN tradisional piha..yang menggunakan api dapur di bawah dan bara di atasnya..memang cepat masak kek piha..Periuk ni zaman berzaman, sebab abah beli masa zaman dia muda2 dulu..semasa ibu tiri piha selalu buat kuih...dan sehingga turun ke tangan piha =)

Lihat...naik dengan cantiknya!!

Dough naik dengan cantik dan berkilat=)

Apa lagi..piha terus lah design se kreatif mungkin untuk abah=)..selepas siap kesemuanya, piha susun dalam peti ais...ingatkan nak suruh abah buka nanti dia akan terkejut..TAPI...

TERKEJUTNYA piha bila ini yang terjadi...=(..

Dan..terus jatuh...

Luluh nyaa...=(