Wednesday, December 17, 2014

#THROWBACK ANAK TUNGGAL

Ahhh..malam ni terasa pula nak buat #throwback kenangan semasa menjadi anak kecil..yang tak pernah fikir apa-apa..yang tahu masa tu cumalah melalak..melolong...lepas tu abah dengan emak pujuk lah pancing dengan duit..bla..bla..

Ramai yang cakap menjadi seorang SUPIHA atau lebih spesifik menjadi anak tunggal ni adalah sangat seronok..

Bak kata orang "cuba sarung kaki dalam kasut kita"..rasakan..seronok apa tak menjadi TUNGGAL ni...dan sebenarnya pun piha tak lah tunggal sangat sebab piha punya adik beradik dengan mak tiri dan adik-beradik dengan ayah tiri..

It's complicated..but yeahhhh...piha sangat2 enjoy dapat hadir family yang macam ni...walau tak ada adik beradik betul..tapi atleast dapat rasa ada adik-beradik tiri pun kira ok lah juga..dari nan hadoooo...walaupun feelings adik beradik betul dan tiri sangatlah berbeza...

Sebab abang dengan kakak tiri semua dah tua bangka..so..nakajak gurau lebih2 nanti katanya tak hormat pula...so...terdapatlah GAP disituuuuss...

kesahnya!

Jadi anak tunggal ni tak semestinya tak pernah kena bantai...tak semestinya tak pernah kena marah dengan mak dengan abah..

selalu ok..

#THROWBACK

  • Kena sebat dengan abah sebab mandi parit...ni semua angkara rahsia bocor....zaaappp...berbilai dekat punggung
  • 1st day di Tadika Yuh Chyun...panjat pagar sekolah sampai Cikgu Kim tarik masuk dalam kelas dan terpaksa mangga pintu...masa tu teringat lagi..arwah mak duduk tunggu dekat luar...belajar memang tak fokus...mata asyik tengok dekatemak je masa tu..lama juga lah arwah mak terpaksa menunggu depan kelas sebab nak biasakan piha dengan keadaan..LEMAK KAU PIHA..LEMAK..LEMAK..LEMAK...
  • Pernah satu masa dulu...masa kecil...awe (emak tiri) jaga piha...dan piha pernah tak nak balik..tak nak duduk dengan arwah emak..sebab dah dimanjakan dengan emak tiri...
  • Masa kecil- kecil dulu abah selalu cakap..."kalau adik dah besar...dah berjaya...dah belajar rajin-rajin...adik nak apa..abah belikan"..dan yaaa...abah memang belikan apa yang piha minta..dari kereta, motor, handphone, laptop, DSLR Camera, baju, makan...semua..TQ abah.

Saturday, December 13, 2014

PENGECUALIAN PEMBAYARAN BALIK PTPTN

Pengecualian pembayaran balik PTPTN...




Bagi piha merupakan salah satu inisiatif yang baik untuk membuat pengecualian kepada pelajar yang mendapat penganugerahan Ijazah Kelas Pertama untuk pelajar sepenuh masa dan membuat ijazah dengan kepujian..

Jadi dengan adanya sistem pengecualian balik PTPTN ( Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ) ni, ia boleh menaikkan semangat kita untuk belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang baik..

Berbeza dengan sesiapa yang meminta bantuan pembiayaan pendidikan melalui MARA, terdapat beberapa klasifikasi CGPA yang membolehkan seseorang pelajar itu membuat pembayaran balik. Contoh, 

3.50-4.00 : biasiswa
3.00-3.49 : bayaran balik 10%
2.50-2.99 : bayaran balik 25%
2.00-2.49 : bayaran balik 50%


berbanding dengan PTPTN

Ijazah Kelas Pertama dengan Kepujian dari mana2 universiti yang diperakui oleh MQA : BIASISWA

jadi sesiapa yang dah mendapat Ijazah Kelas Pertama untuk keseluruhan CGPA, terdapat beberapa prosedur sebelum memohon. Antaranya:


  • Dapatkan borang Pengacualian Pembayaran dari Pejabat PTPTN
  • Fotokopi skrol dan transkrip dan dapatkan pengesahan daripada Pejabat Pendaftar yang mengeluarkan ijazah universiti masing- masing (Unit Rekod dan Konvokesyen)

dah lengkap semua ni, hantar teruske Pejabat PTPTN. Keputusan dalam masa 3 hingga 6 bulan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi nak dijadikan cerita, piha nak buat pengecualian untuk ijazah. Maka memaksakan diri piha untuk berpatah balik ke Shah Alam untuk mendapatkan cop pengesahan.




Bertolak dari Johor Bahru 9.30pagi, dan sampaidi UiTM hampir pukul 2.30petang. Penat memang penat, nak pula dalam bas tu penumpang seat depan ni dia pergi adjust seat sampai ke belakang...nak tegur kesian sebab tengah pregnant, nak tak nak...tahan juga lah hingga 4jam stengah...


Syukur, Penolong Pendaftar ada di pejabat, maka sekejap saja urusan piha...dalam pukul 4.00petang dah siap...terus gerak ke PKNS brunch dekat sana sebelum bertolak ke Kuala Lumpur..beli tiket tren dekat sana..naknaik bas memang tak larat..baik naik tren...


Bertolak dari KL Central pukul 11.00malam dan sampai dekat Johor Bahru Central pukul 6.30pagi..dalam tren juga tak boleh tidur sebab bising..jadi tidur ayam jelah...

sampai rumah terus mandi dan top up tidur...

Monday, December 1, 2014

WANITA DAN KERETA

Wanita dan kereta...

Berapa ramai wanita boleh betulkan kereta bila kereta mereka rosak???
atau boleh jangka kerosakan yang terdapat pada kereta mereka??

Jawapannya mungkin hanya kurang daripada 50%
dan yang selebihnya..lagi 50% tu termasuklah diri ku sendiri...
langsung tak boleh buat apa bila kereta tiba2 breakdown...
yang tahu hanyalah..... "kenapa dalam banyak2 kereta dekat sini..kereta aku yang rosak??..kenapa bukan kereta orang lain???..."

"apa yang tak kena ni??"
"apa yang berbunyi ni???...ni cuntdown nak meletup ke"
"FFFFFFFFFFFFFFFFFF^&*(%%...(mumbling in F words)"

see??
i cant even do anything...

maka bermulalah satu cerita..

Dalam 2 hingga 3 hari sekali..piha akan ke pasar basah tau lebih tepat akan ke Kip Mart...berbelanja barang dapur...beli ikan...ayam...apa2 yang dah habis..

Nak dijadikan cerita....masa dalam perjalanan ke Tesco nak mencari barang2 kering..kereta masih dalam keadaan ok..siap pasang CD Lady Gaga dan volume tune ke 16 (agak kuat juga lah)

ia terjadi bila dah habis berbelanja di Kip Mart..nak start kereta..terus meter kereta tak menyala..lampu kereta mengerlip..

ahh..sudah..jam dah pukul 5.00ptg..kemudian..relax dulu...kotttt lah kereta ok selepas beberapa minit...

but still....siap ada penambahan tet..tet..tet..tet..tet pada meter kereta..hati ni tak tahu rasa nak panik atau nak nangis.....

kemudian cuba lah reach beberapa orang kawan...mungkin ada yang boleh datang tengokkan kereta...tapi malangnya..semua yang call cuma kasi explanations...ckp suruh check ini lah itu lah...dengan bateri handphone tinggal 8%.....dan..ini bukan masanya nak dengar all those explanations....dalam hati dah geram..."kenapa kau tak datang je sini...tolong akuuuuuu??"

so..what would u do??


nak contact siapa??...

ok..jam pukul 5.20ptg..try contact Pusat Servis PROTON Pasir Gudang.. dan memang "lucky" sangat bila pusat servis call tak berangkat...mungkin dah tutup atau hari ahad diorang memang dah tutup..

HAHA..

nombor bengkel Uncle Kuang pula tak ada..plus hari ni AHAD...jadi memang tak banyak bengkel yang buka....

mulut pula segan nak minta tolong mana2 lelaki yang lalu lalang..walau ada beberapa juga yang tanya "kereta rosak ke""...dan piha hanya jawab "tak lah"

urghhh...i dont trust strangers...bukan maksud sombong...

maka...duduk teleku tepi kereta...

nak tak nak..elak daripada kena marah dengan abah..jam pun nak pukul 6.00ptg..atlast...call kak long...dia datang dengan suami dia...

YES!....Fatin sampai..untuk teman...dan tak lama kemudian.akhirnya kak long sampai..dan suami kak long check kan kereta...dia try buka kunci dan cuba buka on lampu kereta...

dan...betul...sangkaan...bateri kereta habis...

Kak long call kan sepupu dan minta bawakkan bateri kereta...tukar bateri dekat pasaraya tu juga..

phewww...

RM180 charge dikenakan..