Friday, February 15, 2013

BROADCARE : ERAT 2


Aktiviti kami pada hari jumaat bermula pada jam 8.00pagi, sebaik sahaja selepas kami semua bersarapan di Dewan Makan. Pada hari ini, kami mula melakukan aktiviti kemasyarakatan iaitu dengan membaiki rumah yang terpilih. Sebelum aktiviti kemasyarakatan kami bermula, taklimat telah diberikan terlebih dahulu mengenai apa yang perlu kami lakukan sepanjang berada di rumah berkenaan.

Di dalam tentatif yang telah di atur,kami perlu membersihkan sebanyak 3 tempat iaitu di rumah Mak Esah, Mak Munah serta Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor. Piha selaku ahli kumpulan 6 berkolaborasi bersama kumpulan 3 untuk bersama- sama membersihkan kawasan rumah Mak Esah. Untuk ke sana kami perlu menaiki van / teksi pink kerana lokasi rumah tersebut yang agak jauh.

Sepanjang perjalanan, banyak benda yang bermain dalam fikiran piha terutama sekali keadaan penghuni rumah berkenaan. Setibanya kami di sana bersama rakan yang lain, memang tak dapat di gambarkan keadaan rumah Mak Esah yang sangat usang . Keadaan sekeliling yang agak bersemak samun agak menghalang perjalanan kami.



Kami tiba dan terus masuk. Kelihatan nenek tua sedang terbaring dan itulah Mak Esah. Agak menyedihkan. Kmai berbual mesra bertanyakan kesihatan Mak Esah dan tak lama kemudian, kami memulakan aktiviti pembersihan. Piha serta beberapa rakan yang lain membersihkan bahagian dapur. Kami membuang apa nyang tak berkenaan,yang mana buruk, tak pakai kami asingkan.

Tepat jam 12.30 tengahari, kami pulang ke sekolah semula untuk menikmati makan tengahari dan merehatkan badan. Selepas habis solat jumaat, barulah kami sambung semula kerja yang tak siap.

Namun begitu, lain pula dengan piha apabila waktu petangnya, piha bertukar melawat serta membantu rakan lain membersihkan di rumah Mak Munah, lokasinya tak jauh daripada sekolah, hanya beberapa ratus meter sahaja. Nasib yang menimpa Mak Munah lebih kurang dengan kisah yang menimpa Mak Esah. Mereka sangat tabah dalam menjalani kehidupan mereka.

Betul kata pepatah melayu mengatakan, jika kita merasakan nbahwa kita sudah cukup susah sekarang, ingatlah bahawa ada lagi orang yang lebih susah hidupnya daripada kita. Brsyukurlah apa yang telah di kurniakan kepada kita semua.

Kami pulang dengan keadaan yang agak keletihan, dan pada malamnya, kami melakukan aktiviti masing- masing..dan ada juga yang mengambil masa tersebut dengan merehatkan badan di dalam bilik.


No comments:

Post a Comment