Friday, February 15, 2013

BROADCARE : ERAT 3


Program ERAT pada hari ketiga merupakan hari yang amat penting untuk program kali ini, dimana perasmian akan di lakukan beberapa jam sahaja lagi. Seperti biasa pada awal pagi, sebaik sahaja kami bangun dari tidur dan berisp, kami terus bergegas ke dewan makan untuk bersarapan.

Setelah selesai,kami semua bergerak kembali ke Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor untuk mendengar taklimat dan bersiap sedia untuk majlis perasmian.Kami yang telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan aktiviti yang telah dia arahkan. Piha selaku ahli kumpulan 6 bertanggungjawab untuk menolong orang kampung dan juga para suri rumahtangga di dapur untuk menyiapkan juadah makan tengahari. Resipi lauk yang cukup istimewa dimana hidangan kampung menjadi pilihan.



Ikan asin masak lemak, ulam- ulaman, ikan kembung goreng serta sambal belacan menjadi hidangan. Dari awal pagi lagi, kelihatan orang kampung mula bertungkus lumus untuk menyiapkan barang- barang memasak.

Bermula jam 8.00 pagi hingga lebih kurang jam 9.30 pagi acara perasmian di mulakan. Para pelajar menanti akan kehadirah ayahanda UITM, Naib Chanselor kami Y. Bhg. Dato' Prof Ir Dr Sahol hamid Abu Bakar sebagai VVIP untuk merasmikan program kali ini.


Ramai lagi tetamu yang hadir terutama Menteri Besar Perak sendiri turut turun padang untuk tidak ketinggalan menyertai Program ERAT. Tidak di lupakan penaja utama kami, VALE Malaysia Minerals Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat bertaraf antarabangsa. Sesuatu yang menarik pada syarikat ini akan di update pada entri akan datang..


Selepas ucapan daripada semua pihak, acara seterusnya iaitu ayahanda kami, melawat tempat pembersihan kami iaitu di lokasi rumah Mak Munah yang tidak jauh daripada sekolah. Alhamdulillah cuaca yang agak baik, melancarkan segala perjalanan majlis pada hari itu. Piha dan rakan yang lain turut menunggu dekat Rumah Mak Esah, namun kerana kesuntukan masa ayahanda kami yang akan bergegas ke Penang pada sebelah poetangnya, kawasan rumah Mak Esah hanya di lawati oleh ayahanda fakulti kami iaitu Prof Adnan. Alhamdulillah,kami di beri kata- kata pujian dan beliau amat berbangga kepada kami.



Beliau juga turut menyatakan ucapan sekalung tahniah daripada ayahanda UITM kami kerana kami berjaya melakukan aktiviti kemasyarakatan yang masih belum dilakukan oleh fakulti lain. SYABAS para senior kami atas usaha mereka yang kuat dan padu dlaam menjayakan aktiviti ini.



Pada sebelah malamnya, MALAM ERAT telah di adakan..dimana kami semua bersuka ria sambil menikmati hidangan yang telah di sediakan. Sesi karaoke juga turut tidak ketinggalan. Inilah salah satu cara kami untuk menghilangkan penat lelah selama 2 hari berturut- turut di rumah Mak Munah, Mak Esah dan juga Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor.

No comments:

Post a Comment