Saturday, February 16, 2013

RECAP SEMESTER 4

credit : google

Alhamdulillah...satu lagi sem hampir menutup tirainya...ini bermakna kami ada lagi 2 semester sebelum secara rasminya kami bergelar alumni, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran), UiTM Shah Alam. Semester hadapan sem 5...lepas tu semester 6, praktikal...

Jujur piha katakan..semester 4 ni daripada awal sem sampai ke cuti mid sem memang RELAX...sampai piha fikir.."hai..tak ada assignment ke aku ni???"...ada tu memang ada assignment..tapi macam sikit aje assignmennya...

Sem ni banyak juga subjek core dan elektif yang piha ambil termasuk buat production berita TV..Kalau sem lepas recording radio 1 jam...ni buat berita TV pula...kita record lah konon2 baca berita live..

Subjek semester 4 :

ELECTRONIC MEDIA MANAGEMENT
RADIO/TV NEWS
ELECTRONIC MEDIA MARKETING STRATEGIES
FRENCH LANGUAGE II
LEADERSHIP COMMUNICATION
STRATEGIC COMMUNICATION MANAGEMENT

ELECTRONIC MEDIA MANAGEMENT

Jadi...untuk subjek Electronic Media Management ni..Paling best sekali yang ajar piha untuk subjek ni adalah lecturer masa diploma...boleh gitu??..apa pun terima kasih sir idrees(lecturer script writing masa diploma)...rupanya beliau alumni MassComm juga..=)untuk subjek ni...kami tak ada final exam..tapi kami ada final group assignment dimana kami kena pergi ke broadcast company..dan kami ke BERNAMA RADIO, memandangkan TV8 tak respon call kami..

untuk subjek ni..kami kena interview untuk mengetahui bagaimana sesebuah stesyen radio/tv tu arrange rancangan, jual time dekat advertiser, aktiviti diorang, organisasi, sumber berita dan macam2 lagi..

RADIO/TV NEWS



Ni subjek production...kami kena buat TV NEWS..kena highlight hard story dengan light story..buat liputan dari lokasi dan masuk buat satu video. Pembaca berita???..nah..ni dia tuan tanah kedaung punya blog ni yang membaca...

Pengalaman pertama duduk depan prompter..baca skrip yang berjalan daripada reflected screen..pada mulanya memang seram eh..jangan main2..baru depan kawan2 yang sama2 belajar..memang menggigil juga dibuatnya..tapi alhamdulillah..lepas beberapa take barulah lancar sikit..


ni lah prompter..teks akan keluar dekat reflector tu..


Maria sebagai wartawan lokasi (stand upper) bersama azim. Kami buat liputan tentang Banjir dekat Kuala Langat Selangor dan isu Sampah dekat Klang. Ok..masa dekat Kuala Langat tu..bagi piha ni adalah pengalaman yang best sebab yelah pertama kali buat assignment yang nampak REAL. Sepanjang kami dekat sana..air dah surut..kebanyakan orang kampung balik bersihkan rumah masing2..

Puan Producer kami..

Duduk : isa (cameraman)
Berdiri dari kiri : Piha (Newscaster), bella (producer), Maria (Broadcast Journalist 1 ), Fanura (Asst. Producer) dan ada lagi sorang Azim (Broadcast Journalist 2)



Sempat kami pusing2 kampung tu..memang air sangat dalam..malah ada lagi rumah yang bertakung dengan air...piha sendiri pun ada pengalaman juga meredah banjir dekat kampung dulu..tapi memandangkan rumah piha rumah atas..jadi yang becak hanya dekat tanah...dan banyak kali jugalah tergelincir lumpur....tapi dapat bayangkan macamana nak bersihkan rumah yang berlumpur..nak basuh..sebab bau lumpur tu kuat ye.. Alhamdulillah..perjalanan kerja kami baik..interview beberapa orang kuat dekat dewan pindahan banjir disitu.

Untuk azim punya liputan pula...kami ke Klang dan membongkar isu sampah. Masalah sampah yang dibuang dekat tepi2 jalan, dalam semak meskipun dah ada papan tanda denda tertera..tapi masih lagi diabaikan..Untuk record ni..haa...ada problem sikit..bila kena record buat kali kedua..sebab recording dalam tape hilang..berpatah balik...

at last..semuanya alhamdulillah..kak tot tolong edit..

ELECTRONIC MEDIA MARKETING STRATEGIES

Ok..untuk subjek ini..kami cuma buat presentation tentang Branding..apa function branding..bla..bla..bla..walaupun pada mulanya kami kena buat interview dengan any electronic media company..tapi..tak dapat feedback...kami dibahagikan topik untuk present..

Tak tough sangat untuk subjek ni..tapi ada final exam...

LEADERSHIP COMMUNICATION

Leadership!!..kami kena dengan Madam Tengku lah...=)..lecturer yang sproting dan bersahaja..tengah sarat mengandung..

Subjek ni..kami kena interview leader dari mana2 organisasi dan tanya tentang soalan yang berkaitan dengan leadership dan camana leader tu deal dengan foreign worker..ha..jawab..jawab..

Kami interview Cik Shima..thanks to adik bella...sebab dia yang deal dengan cik shima ni...again group dengan emi dan akyda...Cik shima ni owner dekat syarikat supply pekerja dari luar negara ye...=')..kisah daripada mula dari bawah..sampai berjaya sekarang..sangat memberi inspirasi...

STRATEGIC COMMUNICATION MANAGEMENT



Untuk subjek SMC..kami kena buat event..Piha sebagai setiausaha..bekerjasama dengan Zafliey daripada kelas major. Semua berjalan dengan baik..alhamdulillah....


Walaupun berhadapan dengan beberapa krisis kecil..tapi dengan semangat dan kesatuan daripada kami semua..event tu berjaya dilaksanakan. Event yang bertemakan MAKANAN haaa...memang sangat sesweiii lah nak tarik audience untuk datang dekat event kami..

MASS FOOD MUNCHIES : TAKE YOUR HEALTHY TUMMY ROUND THE WORLD

Disini, kami 2 kelas..gabungan meletup kelas major dan minor organize event yang menjual berbagai jenis makanan daripada beberapa buah negara seperti JEPUN, ITALI, ARAB, MELAYU dan beberapa lagi...


Alhamdulillah..bertempat dekat Foyer SnT, Fakulti Kejuruteraan..bertemankan cuaca yang agak cerah..walaupun hujan sikit pada sebelah petangnya. Manakala waktu malam kami ada Talk kesihatan daripada panel jemputan. Oh ya!!..thanks to ISA sebab sudi jadi emcee malam tu...


THANKS pada Madam Tengku, kawan2 seperjuangan sebab berkerjasama melaksanakan event ini dengan jayanya..syabas..=')



FRENCH LANGUAGE II

FRENCH!!..haaa...boleh dah cakap sikit2 bahasa french ni..tapi basic ajelah ye..sem ni macam biasa final project kami buat video..


credit : Mohd Helmi's FB

Ye...kali ni group bertambah dengan adanya Mohd Helmi..alhamdulillah..senang bekerja dengan dia..walaupun ada beberapa kekangan...demam..ifwath denagn fiefie..macam biasa...orang2 yang senang nak coorperate, nak deal time meskipun kami berlainan kelas..

Credit : Mohd Helmi's FB

Paling tak tahan sekali..sesi final editing video..stay up sampai 6 pagi..mata memang rabak....waktu hujung2 nak ke subuh tu..mood memang dah tak betul dah..
balik2..tak boleh tidur..hew3

Ok!!..err..sem ni juga ada DEAN'S LIST AWARD CEREMONY.






pergi AQUARIA


Rasanya ni kali pertama pergi KL sekali dengan member lelaki. Selalu kami2 perempuan aje...cadangan oleh Emi dan memang hari tu dia yang paling excited..


Macam biasa..pergi naik train..turun dekat KL Sentral dan tukar LRT ke KLCC..Walaupun hari hujan waktu tu, masih lagi dapat meneruskan perjalanan kami ke sana. Saja keluar release stress katanya...


agipun piha first time juga ke Aquaria ni..sama naik je excited nya..HAHA..
ceritanya ada dekat entri sebelumnya..

OK...rasanya ini sajalah yang di hadap sepanjang sem lepas..
Sem depan adalah final sem dekat kampus!!
jadi kakak seniorita!

No comments:

Post a Comment