Sunday, February 17, 2013

CAMERON TRAVEL : 12 FEB (DAY 2)

Hari kedua..erm...ok hari kedua pagi tu bangun awal..nak gerak awal cadangnya...semalam dah naik ke Tringkap..menghadapi jammed teruk..jadi hari isnin lagi lah jammed sebab raya Cina. Keputusan dibuat dengan memutuskan untuk turun ke Tanah Rata!!...nak ke ladang teh, MARDI dan Healthy Strawberry Farm nak petik strawberry.

Dalam pukul 9.00pagi kami keluar..rancangannya nak ke Pasar Siang dekat dengan hotel kami, tapi masa tu pasar tu tak buka lagi..terus kami direct ke kedai..breakfast dulu..sebelum nak drive turun. Pagi tu piha pekena kuih muih, harga macam dekat bawah juga..manakala fatin, dila dengan zaleha pekena nasi lemak. Sedap katanya..

Dah isi perut semua..kami terus ke bawah. Wah..memang semakin teruja lah kan!!..second time nak turun ke ladang teh..Jalan masa ni dah start jammed..

CAMERON VALLEY


Lokasi pertama kami. Mujurlah masa ni parking masih lagi berbaki untuk kereta kami. Sesampainya terus turun dan masuk ke shop ni..haha..awal2 lagi dah borong fridge magnet dengan flavoured tea..


Masa ni masa kami baru nak turun tangga nak ke celah-celah pokok teh..

Subhanallah..sangat cantik pemandangan dekat sini..tenang je..hijau je..


Pengunjung2 tak nak lepaskan peluang..dah datang sini, memang tak sah lah kalau tak turun ke ladang teh...


Masa mula2 nak turun. Disebabkan bukit yang curam..maka kena berhati-hati sikit..nasib baik tak hujan..kalau tak..dah tentu licin tanah merah ni..


Dekat Cameron Valley ni pun ada juga section yang diorang dah  bunuh sebahagian pokok teh..mungkin nak tanam baru kot..


It's time to pose..pose..pose!!!


Teruja tau..petik setangkai dua pucuk teh..tak berbau..piha pun rasa oke..teruk tak??..ok rasa dia pahit..


Suka gambar landscape macam ni..=')


aha..ini lah dia...flavoured tea dalam bottle..sebotol RM2..rasanya boleh tahan sedap..ada beberapa flavour..yang dila minum ni perisa apple, ada strawberry dan juga mango. Dia macam bergas sikit even air teh..sebab ada asid sitrik..


Fatin...haa..nah...promote sikit produk tempatan...=D


Pun sempat menghala lens Nikon D60 ke muka sendiri..


Sangat2 suka dengan gambar ni!!!...ini lakonan semata2!!


Itu apa??!!


Pihak Cameron Valley kalau terbaca blog piha..agak2 memerlukan model untuk produk mereka..boleh contact piha..haha...mereka boleh jadi model..^_^


Berangan sekejap bila piha rasa bestnyeeee lahai kalau rumah dekat dengan Cameron ni..tension2 je naik cameron minum teh..dah release turun lah balik..keh3..


Menghirup udara segarrrrrrr....


Pucuk yang sama...cuma berganti2 pegang..


Ini mak cik berangan...

Dah lepas puas berposing dekat pokok teh..around pukul 11 gitu kami naik..dan duduk sekejap dekat Tea House. Ingatkan nak pekena Teh makan dengan scone ke kan..tapi sebab nak kejar tempat lain..takut jammed teruk dekat mana2..kami duduk sekejap lepas tu terus gerak..


Ini lah dia..teh berperisa strawberry...





MARDI

Tempat kedua yang kita orang lawati. Taman Agroteknologi Cameron Highlands yang dikenali juga sebagai MARDI. Itu pun sebab semalam mak cik yang berniaga dekat Pusat Kraf, Brinchang yang suggest kami datang ke sini.

Kami jalan menuju naik semula ke Brinchang, tak jauh daripada ladang teh tu, jumpa lag signboard MARDI ni..okeh..bayaran masuk RM3 seorang, boleh duduk berapa lama nak ada dekat dalam tu. Pekerja dekat MARDI pun ramah2 belaka..=')


Pintu gerbang Laman bunga. Memang lawa2 bunga dekat sini..geram tengok..kalau tanam dekat rumah..ada aje yang tak hidup






Antara bunga-bungaan yang ditanam dekat MARDI..














Bukan itu sahaja..ada juga herba2 yang ditanam..semua gemuk2 belaka pokok dia serius cakapppp...



ada juga pokok strawberry..tapi dekat MARDI ni tak boleh petik...kalau nak makan strawberry choc ada lah..







Oke...pose sikit2 sebagai kenangannnnn..










tak lama kita orang dekat sini..tengok2 pokok aje..tapi kalau mana yang nak beli pokok bunga pun boleh...

Terus kami direct ke...

HEALTHY STRAWBERRY FARM


Masa on teh way nak kesini..jalan memang terlampau sesak..sampai polis trafik suruh kami ikut jalan lain...entah jalan belakang bukit mana..jalan dah lah kecik. Bila kereta kami bertembung dengan kereta lain..hah..memang tak tahu nak ketepi kemana..kalau kami yang ketepi memang jatuh lah kereta kami ni..sebab kami betul2 tepi cerun. Siap ada tanah runtuh bagai..memang serammmm...


Dekat pintu masuk Healthy Strawberry Farm..dekat sini nak park kena hati2 sikit..sebab kawasan sempit sikit..tapi still ok kalau pandai adjust..


Dekat pintu masuk dah nampak longgok jagung...



Strawberry!!..terujaaa...nak petik!!!

SEKOTAK = RM25 
2 orang aje yang dibenarkan masuk untuk sekotak..



Last2...tak petik pun..haha..sebab ingat nak tengok dekat kasimanis...Lagipun tak ada orang pun yang petik strawberry dekat sini..

so pekena ice cream..jelah..



3 flavoured ice cream dengan strawberry slices, strawberry syrup + choc syrup =RM5

dekat Johor boleh buat sendiri ni..='D


Ni diaaa...strawberry choc!!..alahai..cuma whip cream + choc syrup + strawberry = RM9

Dari sini..piha rasa strawberry ni agak masam..tapi dah lawan dengan choc..jadi sedap ler..

Fatin dengan dila sempat borong beberapa jenis pokok untuk dibawa balik Johor..


Piha geram dengan pokok periuk kera ni..


Fatin grab pokok periuk kera ni..RM12 aje kot..


Piha dengan zaleha yang tak beli apa2 cuma rolling around ajer..



Fatin beli bunga rose ni...kombinasi warna merah + pink dlaam satu pasu..RM15 tak silap


Dila dan pokok kaktusnya...


Mak cik bawah ni tengok aje..abah tak aksi beli pokok..sebab sampai rumah confirm mati!!...sebab tiap2 hari lupa nak siram..


Terus kami ke destinasi seterusnya...

KASIMANIS STRAWBERRY FARM

Sesampainya dekat sini pun..kami tengok..tak ada orang pun yang nak petik strawberry..jadi piha try tanya dengan auntie dekat situ.

Rupanya musim sekarang strawberry tengah masam..sebab musim hujan dekat Cameron....jadi macam rugi pula nak petik buah ni..tambahan lagi, buah strawberry yang jual dekat sini pun diambil dari luar juga...

so no wonder lah memang tak da sapa nak petik..so..mission nak petik strawberry tak tercapaiiiiiii....just jalan2 dalam ni..piha beli cookies aje..



Dila beli kaktus lagi..piha yang tengok ni pun  geram sama...haihh..pasal teringat pesan abah aje..kalau tak....





So lepas tu kita orang terus balik hotel...sebab..petang keluar pergi pasar dekat Brinchang pula!!..continue shopping!!


Ini wajib....


Fridge magnet..satu lori okeh...loggok dalam besen aje..


Tomato kuning..tak sure kacukan apa..



Teh..teh..teh!!!...




Apa yang menarik dekat pasar malam Brinchang ni???...


JAMBU EPAL...

 apa yang dikhabarkan pada piha..buah ni kacukan..tapi memang manis..luar rasa epal hijau..dan dalamnya buah jambu...ada lagi satu EPAL STRAWBERRY..rupa yang sama..tapi luarnya warna pink..pada piha sedap lagi jambu epal ni..=')

HANYA DI 
CAMERON HIGHLANDS

No comments:

Post a Comment