Sunday, June 19, 2011

MAKAM CIK SITI 99

Akhirnya, terungkai kisah Cik Siti 99 atau dikenali sebagai Cik Siti Jalang. Kisah seorang anak pembesar istana ( tidak dinyatakan tahunnya ) yang mempunyai epik kisah yang sangat menarik. Cik Siti diberi nama, di anugerahkan wajah jelita dan kaya orangnya. Kisahnya di sebut sehingga hari ini kerana berkahwin dengan 99 orang suami. Ini kerana setiap kali perkahwinan di antara Cik Siti dan suaminya, pasti sang lelaki akan meninggal pada keesokan harinya.


Semua di sebabkan Cik Siti yang mempunyai misteri dimana setiap kali bersama pada malam pertama, akan keluar binatang bisa daripada tubuh badannya, dan ia berlaku sehingga 99 kali. Oleh sebab yang demikian, Cik Siti telah menetapkan kepada sesiapa yang ingin berkahwin dengannya, perlu menyediakan 3 PAPAN KAIN KAFAN dan SEBUAH KERANDA untuk pengebumian keesokan harinya. Sungguh pun begitu, ramai lelaki yang ingin berkahwin dengan Cik Siti dan dia tidak menolak.


Kisah Cik Siti Jalang berakhir dengan perkahwinan bersama suami yang ke 100~

Makam Cik Siti terletak di hujung kampung di bawah jambatan Kota Tinggi dan bersebelahan dengan Kampung Kelantan dimana Laksmana Bentan disemadikan bersama dengan Dang Anum dan anaknya yang popular dengan kisah belah perut yang di sebabkan sebutir nangka Sultan Mahmud yang telah dimakan oleh isteri Megat Seri Rama ( Laksmana Bentan ), akibat kemurkaan sultan, perut Dang Anum telah dibelah hidup2 dan juga menyebabkan seorang laksmana yang patuh kepada sultan telah bertukar menjadi murka membunuh baginda. Akibat yang demikian, keturunan Bentan telah di sumpah muntah darah daripada Jambatan Kota Tinggi sehingga ke kampung Kelantan sehingga 7 keturunan, dan kisah ini di ingat zaman berzaman...


Di samping itu, makam Cik Siti yang agak semak samun menyukarkan lagi perjalanan piha bersama abah untuk menjejaki pemilik pusara tersebut. Agak banyak kali bertanya, baru jumpa..manakan tidak, jalan untuk ke makam tersebut sudah hilang.


Setelah berpusa hati, piha dan abah teruskan perjalanan ke Tanjung Sedili,untuk menghirup udara pantai di sana, sebelum pulang ke Pasir Gudang~~

Sebuah kampung nelayan

Ombak kuat menghempas pantai

Khazanah dasar

Rekreasi bersama keluarga di hujung minggu


TAMAT MENGKAJI SEJARAH DI KOTA TINGGI~~

11 comments:

  1. Salam...Piha, thanks utk catitan Makam Siti 99. Sayangnya kisah seperti itu tak dipelihara dgn baik bahkan keadaan serta makam tersebut tak diberi perhatian sewajarnya....

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam..=')...terima kasih sebab sudi baca artikel dalam blog piha..memang benar..dulu masa piha nak menuju ke makam ni pun emmang tak ada papan tanda yang spesifik...tanda-tanda memang tak ada...abah piha ingat sikit2...dan lebihnya tanya dekat orang lain..=')..

    ReplyDelete
  3. Salam...tahniah piha dpt mmembongkar sejarah melayu lame yg dh ditelan usia dan zaman

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam...tahniah piha dpt mmembongkar sejarah melayu lame yg dh ditelan usia dan zaman

    ReplyDelete
  6. Salam...tahniah piha dpt mmembongkar sejarah melayu lame yg dh ditelan usia dan zaman

    ReplyDelete
  7. Terima kaseh berkongsi maklumat sejarah yang mungkin anak sekarang tak tau dan mungkin ramai orang2 lama tak tau

    ReplyDelete
  8. Baru tgk citer cik siti semalam..best sgt

    ReplyDelete
  9. ramai yg xtahu kisah2 lama begini tksh kongsi cerita.

    ReplyDelete
  10. Thanks utk perkongsian. Budak2 zaman skrg kena tahu kisah2 silam melayu ni supaya tak dilupa ditelan zaman.

    ReplyDelete
  11. Thanks utk perkongsian. Budak2 zaman skrg kena tahu kisah2 silam melayu ni supaya tak dilupa ditelan zaman.

    ReplyDelete