Saturday, February 26, 2011

UPDATED

UPDATED!

banyak kerja...tak sempat nak bercerita..
nnati ada kelapangan InshaAllah..
Piha akan aktif semula=)

Friday, February 25, 2011

SELAMAT HARI LAHIR PIHA=)

Credit : Google

hari ini setahun lagi umur kamu beranjak daripada 20 tahun ke 21 tahun..
ALHAMDULILLAH
Berterima kasihlah kepada tuhan yang memberi kamu kudrat untuk terus menikmati anugerahnya di bumi ini

TANGGAL 25 FEBRUARI 1990

Mungkin waktu ini emak sudah pun berada di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
selepas mendapat tanda untuk melahirkan seorang cahaya mata..entahkan putera..entahkan puteri..
yang juga bakal pewaris Haji Hasim bin Abdul Majid serta pewaris dirinya..
Hajjah Sakuah @ Maskiah binti siaan. Teringat sewaktu emak berada di dalam wad pembedahan untuk melahirkan aku yang ketika itu tidak sabar- sabar untuk melihat dunia, sementara abah pula yang menangis di depan bilik tersebut...Tapi, akhirnya...

Tepat jam 6.00 pagi, terdengar tangisan anak kecil perempuan seberat 4.2KG, menagis tak berhenti...begitulah yang diceritakan pasangan suami isteri tersebut...
Anak kecil itu di jaga oleh ibu tirinya Hajjah Mahtom binti Yahya sepeninggalan ibunya yang berada di hospital akibat komplikasi pembedahan untuk melahirkan anak kecil yang sangat istimewa itu.

ITULAH AKU

Sejak daripada kecil, "awe"..gelaran untuk memanggil ibu tiriku sehingga sekarang...
ya..memang puas aku dijaga oleh awe sepanjang emak berada di hospital akibat kesan pembedahan yang luka selepas melahirkan aku..
Aku yang kuat menangis dari dahulu, dapat di diamkan oleh awe..
Terima kasih sebab menjaga " aku "

Aku di besarkan oleh pasangan suami isteri tersebut dengan penuh kasih sayang..belai dan manja..
apa yang aku hendak, jarang sekali untuk di tolak..kalau tak dapat yang besar, pasti aku akan mendapat yang kecil benda yang serupa..
Aku sangat menyayangi mereka berdua..
sepasang pasangan yang telah di anugerahkan seorang aku untuk membantunya kelak..

Emak...seorang insan yang tabah, sabar, baik serta penyayang...
kau lah heroin dalam ceritera kisah hidupku..kau lah Master Chef ku..
apa yang aku hendakkan suatu makanan, jarang sekali untuk di tolak..

yaa..emak..emak..emak..
sekarang aku berusia 21 tahun..
emak tiada lagi di sisiku..
beliau telah pun dipanggil menghadap ilahi semasa aku berusia 17 tahun..seorang aku yang bakal menghadapi peperiksaan SPM akibat komplikasi buah pinggang yang serius...
ketika tahun terakhir untuk aku membuktikan kejayaan aku kepadanya..
Aku redha...aku tabah dengan ujian yang sudah tercatat di atas..
mungkin hikmah yang sudah tertulis ..
kini..aku hanya punya seorang abah, seorang hero...
hanya padanya tempat aku mengadu dan bermanja untuk menggantikan arwah emak ku...
orang kata rupaku seperti abah ku...
jadi, tiada sedikit rupa emakkku yang terletak pada rupa parasku..

Sejak daripada itu, aku mencuba untuk hidup berdikari. Aku akui, kasih sayang ibu tiri ku tidak sama seperti arwah emakku..namun, aku terus berdiri di atas kaki sendiri..
InshaAllah, aku akan melakukan yang terbaik..

TERIMA KASIH EMAK
tanpamu, aku tiada di dunia ini..
tanpamu, aku rugi untuk menghirup rahmat Ilahi...

AL-FATIHAH

p/s : Selamat hari lahir juga pada(25 februari 2011 ) :

Fahmi..( rakan unisel )
Azwan...( rakan kesatria, UITM )
Safwan...( rakan lama )

Thanks :

EMAK : lahirkan saya
ABAH : Memberi nafkah dengan sebaiknya
Pendidik : Cikgu dan pensyarah yang banyak menolong memberi ilmu
RAKAN-RAKAN : Atas ucapan dan nyanyian<3<3



Tuesday, February 22, 2011

PROFESIONAL

Selamat petang...

Minggu ini piha mempunyai 1 test, 1 presentation
Minggu hadapan piha punya 1 presentation..
Minggu dan minggu hadapan lagi piha punyai test, assignment group dan etc!!

Ya Allah...
hanya tuhan saja yang tahu...

Piha ambil ia dari sudut positif..
Tetapi...satu saja ketidakpuasan hati piha...
kalau itu luahan yang kasar..
piha nak luahkan sebagai kekangan...

Kesatria...
piha akui, sekarang kami pelatih Kesatria akan mengadakan PERSAK di sekitar UITM dan Tasik Shah Alam yang akan berlangsung pada 26 Februari ini..Ok..piha tidak kisah..tetapi..
Piha agak letih dengan latihan yang diadakan setiap selang semalam...
Piha banyak kerja yang perlu di buat..
termasuk assignment dan macam- macam lagi..
Bukan piha kata piha tak profes

Monday, February 21, 2011

SAJA BERKONGSI

Selamat Pagi..
Mata tak mengantuk, jantung berdegup kencang..
Siang semalam penat mengambil gambar, berpatah, berulang alik dari hulu ke hilir bersama kamera menjelajah di celah2 kesibukan kota Kuala Lumpur...
Ramai street photographer yang piha jumpa sepanjang berada di sana..
Tidak hairan lah mengapa bilangan fotografer baik profesional dan amatur semakin ramai di Malaysia..

Piha pun ada juga serba sedikit menyimpan hasrat untuk menjadi fotografer...masih tidak terfikir untuk menjadikan ia sebagai profesional..banyak lagi teknik serta shot dan angle yang baik untuk piha apply kan menjadi seorang yang pro...banyak yang perlu dipelajari..kata orang masih hijau lagi..Tapi InshAllah...satu hari nanti sebagai sambilan...mana lah tahu kan...

Semalam..sehari suntuk duduk di ibu kota untuk menyiapkan assignment fotografi. Piha dan Wanie yang telah pun menemani piha sepanjang berada di sana. Terima kasih juga untuk wanie yang membawa rakannya untuk mengajar piha selok belok menggunakan kamera dan set exposure dengan betul...Terima Kasih!

Selepas penat pusing2 mengambil gambar, piha dan wanie berjalan di sekitar Plaza Sungai Wang dan BB Plaza dengan tujuan asal hendak mencari baju untuk dinner yang akan datang. Namun, masih tidak menjumpainya dan piha tekad untuk membelinya di sekitar Shah Alam sahaja. Warna tema untuk digayakan pun masih lagi tidak di putuskan.

Kami pulang ke ke Shah Alam lebih kurang pukul 8.00 malam dan tiba di Seksyen 2 hampir pukul 9.00 malam. Badan sangat letih..

p/s : gambar akan di upload kemudian=)

Sunday, February 20, 2011

SIBUK


Selamat Pagi 20 Februari 2011. Semoga hari ini akan membawa seribu kegembiraan untuk piha, serta rakan2 blogger yang lain. Sejak kebelakangan ini, piha tidak punya kesempatan untuk meng update sebarang entri di dalam blog yang serba serbi usang ini. Piha akui, kekangan masa serta kerja dan komitmen yang banyak menyekat peluang dan masa piha untuk menceritakan diari piha di sini.

Namun, piha akan mencuba untuk mencuri masa untuk berkongsi serba sedikit berkenaan diri piha, dan apa yang piha lalui setiap hari. Kalau dahulu MOMENTOS HATIKU menjadi medium piha untuk menceritakan perihal harian piha, namun sekarang DARI HATI KE JARI menggantikan tempatnya. Walaupun piha merindui segala entri piha disana yang akan piha update setiap hari sehingga cerita yang merepek pun piha masukkan sekali, memang piha menyesal akan virus yang telah menyerang masuk ke dalam website piha.

Alhamdulillah, pagi ini, piha merasakan kehidupan piha berada di tempat pembelajaran yang baru semakin baik bersama rakan yang sangat baik dengan piha, ambil berat tentang piha dan tidak lupa yang selalu bersama piha. Tidak tersenarai di sini untuk piha mention setiap nama yang berada di kelas. Hari- hari menjadikan piha dapat mengenali mereka dengan lebih rapat walau kami berasal daripada latar belakang pelajaran yang berlainan.

Kalau adik2 yang berada di dalam kelas yang sedang membaca blog kak piha, kak piha mengucapkan SELAMAT DATANG ke DUNIA KOMUNIKASI MEDIA. Kak piha harap adik2 tidak akan menyesal dan enjoy apa yang ada di depan mata sekarang. Kadangkala, ini adalah yang terbaik untuk anda. Percayalah..dunia komunikasi dan media ini sangat menyeronokkan.

Ok, hari ini, piha akan mengambil gambar untuk assignment photography yang seterusnya. Terlalu banyak kerja termasuk test dan presentation yang akan berlaku minggu hadapan. Semoga semangat yang kuat ini akan memberikan yang terbaik. Semalam pula piha telah menghadiri ceramah KEMAHIRAN INSANIAH dan ceramah KESATRIA.

Friday, February 18, 2011

NALURI ANAK


ini lah yang di katakan naluri seorang anak...mungkin kegagalan piha untuk menelefon abah tempoh hari telah memebri kan piha andaian yang tepat dalam hati yang kerdil ini..

Semalam, ketika piha dapat mendengar suara abah, nafas seakan kembali keasalnya, kerana hampir seminggu piha tidak dapat mendengar khabar abah di kampung halaman atas kesibukan kerja sebagai seorang pelajar di sini. Syukur..abah di dalam keadaan yang sihat wala'fiat walaupun sesudah itu piha di khabarkan, abah telah terjatuh ke atas meja kaca lebih kurang pukul 3 pagi hari isnin lalu. Alhamdulillah abah di dalam keadaan yang baik...walau terdapat luka sedikit pada badannya.

ABAH...

anakmu di sini sentiasa mendoakan kebaikan ke atas dirimu di sana....


Monday, February 14, 2011

14 FEBRUARI

Kredit : Google

Hari ini, entah pukul berapa...tepat 2 tahun yang lalu... ditinggalkan seorang rakan yang terlalu rapat dengan piha yang turut dikenali sebagai KEKASIH. Entah lah..tiada alasan yang kukuh mengapa piha teringatkan hari ini sewaktu piha bangun daripada tidur. Bukan lah piha hendak buka cerita hitam dan publish untuk public baca. Tapi, ini lah salah satu daripada kenangan yang tak mungkin piha lupakan setelah 3 tahun bertaut sayang dengannya, dan hubungan kami tergugat selama setahun, sering berlawanan pendapat dan sebagainya, jadi sebagai solusi kami berakhir dengan keretakan apabila piha mengetahui siapa kamu yang sebenarnya...........

Yaa...piha akui, dialah insan yang pertama piha dan bertekad untuk menjadikannya yang terakhir.. namun, gagal......

2 tahun masa berlalu, dan kini piha terus menjalani hidup sebagai seorang yang SINGLE...terkadang ingin juga berjumpa dengan MR RIGHT, tapi..biarlah masa yang menetapkan dan biarlah ia datang dengan sendiri...Terkadang pabila melihat kegembiraan rakan2 dengan pasangan masing2 yang saling care each other dan bermacam lagi serba sedikit mengingatkan piha pada si dia.....namun, piha takut untuk mengambil risiko sekali lagi...

Komitmen piha sekarang lebih berat untuk merealisasikan impian orang tua piha yang telah membesarkan piha selama 20 tahun dan beberapa hari saja lagi untuk menjangkau ke 21 tahun. Kejayaan kakak piha sebagai graduan UKM membakar semangat piha untuk turut berjaya juga menjadi "seseorang".

Semoga sekarang ini piha telah mengambil satu langkah yang bijak untuk piha menempa kejayaan di masa akan datang.

P/S :

Saturday, February 12, 2011

URUSETIA DAN PERASMIAN SUKOL

Telah pun berlangsungnya Majilis pembukaan SUKOL UITM untuk tahun ini, dan alhamdulillah, Kolej Melati merangkul tempat kedua dalam pertandingan lintas hormat di hadapan Datuk Timbalan Naib Chanselor malam tadi.

Majlis WACANA DAFTAR PENGUNDI MUDA di Hotel INTEKMA UITM serta piha merangkap kepada URUSETIA semalam yang turut di hadiri oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan beberapa lagi.

Friday, February 11, 2011

DEAN LIST MEETING

Alhamdulillah..sekali lagi piha tersenarai untuk penerima Anugerah Dekan bagi sesi tahun 2010. Kali ini, piha hadirkan diri ke UNISEL untuk menghadiri meeting bagi majlis yang akan berlangsung di Hotel De Palma pada 28 Februari 2011. Tetapi, Sebelum itu piha yang di kejutkan dengan SMS yang di hantar oleh rakan piha dari UNISEL serta pertanyaan dari Facebook yang mengajak piha untuk datang ke UNISEL. Piha yang pada mulanya kurang yakin dengan mesej ringkas tersebut membuatkan piha bertanya dengan semua rakan piha dan akhirnya memang betul. Piha melangkah sekali lagi ke UNISEL dengan hati yang sangat gembira kerana kali ini, piha akan berjumpa dengan sahabat baik piha sendiri daripada di awal semester 1 sehingga semester 7 kami bersama. Persahabatan kami bermula ketika kami satu dorm dan satu kumpulan.

Piha yang tidak mempunyai kelas pada pagi itu, bertolak ke UNISEL pada tepat jam 11.30 pagi. Piha estimate time dan menjangkakan tiba di UNISEL tepat jam 12.15tengah hari. Alhamdullilah, piha tiba pada masa yang telah di tetapkan. Piha yang bergegas keluar daripada teksi terus menuju ke kafeteria UNISEL. Setibanya di UNISEL, piha berjumpa dengan Kay, Iejam, serta Wan Nash. Agak riuh suasana di kafe tersebut dan terus memori piha bermain semula saat piha dan kawan- kawan yang lain selalu " lepak " di kafe sebaik sahaja kami tamat kuliah.

Kami terus ke Fakulti memandangkan aina dan az juga turut berada di sana. Dalam fikiran piha sudah pun membayangkan muka mereka masing- masing. Setibanya piha ke dalam fakulti, piha terpandangkan az dan aina dahulu. Kami saling berpelukan dan tidak dapat menahan kerinduan kami. Sangat- sangat merindukan mereka. Masing- masing sudah pun menjalankan kehidupan sendiri. Namun, syukur, 3 bulan sudah berlalu, namun persahabatan kami masih seperti dahulu, saling gelak ketawa dan mengimbas kenangan dahulu tidak kekok.

Namun, yang paling mengejutkan piha pabila piha di maklumkan az bahawa Madam Gina juga turut berada turut berada disana. Piha sangat terkejut dan tak semena- mena air mata piha mengalir. 10bulan Madam berada di sana menjalankan kehidupan sebagai seorang anak rantauan di negara orang. YA ALLAH...sangat tak sangka yang kami akan berjumpa lagi. Kali terakhir kami berjumpa di sana ialah ketika FAREWELL PARTY untuk Madam Gina dan teringat lagi pesanan terakhir madam kepada kami.

Piha tak tahu bagaimana piha nak meluahkan kegembiraan ini dengan kata- kata. Seorang lagi pensyarah yang banyak memberi sokongan moral kepada piha baik ketika belajar bersama beliau sehingga sekarang, kami para pelajar tetap keep in touch di dalam Facebook dan Blog. Madam bersama Ryan the lion yang sangat gebu. Kami berborak sementara menunggu mesyuarat dimulakan.

Mesyuarat dimulakan tidak lama kemudian. Dinner yang akan di adakan pada :

TARIKH : 28 FEBRUARI 2011
TEMPAT : HOTEL DE PALMA
TEMA : GLAMOUR

Kami di minta untuk datang awal untuk melakukan rehearsal untuk majlis yang akan di adakan pada malam itu. Syukur pabila pada hari tersebut, piha tiada sebarang kelas. Selepas itu, kami bergambar bersama para pensyarah namun sayangnya pabila seorang lagi pensyarah kesayangan piha tiada di sana iaiitu Madam AA.

Fakulti memang banyak berubah. Ramai pensyarah baru yang mengajar di sana. Tidak lama piha berada di fakulti kerana piha perlu mengatur masa untuk piha pulang ke UITM untuk menghadiri kelas pada petang itu dan mengambil test. Piha bersama rakan ( az, ayna, wan nash, iejam dan kay ) membuat keputusan untuk makan bersama- sama di Restoran Khulafa berhadapan dengan UNISEL. Sekali lagi piha teringat ketika kami selalu lepak dekat sana dari pagi sehingga lewat pagi dan terutama sekali kenangan ketika piha TERJATUH di depan Khulafa sehingga seluar terkoyak di lutut. MALUUUUUUUU....



Kami berborak sementara menunggu kelas iejam dan kay yang akan mula pada pukul 2. 30 petang dan pila bertolak pulang ke UITM pada pukul 3.30 petang memandangkan kelas piha bermula pada pukul 4.00 petang. Rasa sangat gembira dapat berjumpa insan yang selama ini piha merindukan mereka.

P/S : Cant wait to see u again

Tuesday, February 8, 2011

DANGA BAY VS ZOO JOHOR

Alhamdulillah..cuti telah pun berakhir, dan hari ini ialah hari pertama piha menjalankan hari hari biasa sebagai seorang pelajar yang memikul tanggungjawab yang agak berat demi ingin menunaikan impian dan hajat orang tua yang berada di kampung halaman.

Namun, cuti selama seminggu tidaklah memberikan piha cuti dari segi segi mental dan fizikal, tetapi hanya cuti daripada menghadiri kelas. Terlalu banyak kerja dan nota yang perlu di buat sepanjang berada di rumah. Piha ambil sebagai pembakar semangat untuk piha berjaya di masa hadapan.

Selain daripada itu, piha juga turut mengambil kesempatan semasa cuti untuk menyelesaikan borang Yayasan Pelajaran Johor untuk mencuba memohon biasiswa selepas piha gagal untuk mendapatkan tajaan PTPTN. Sebaik sahaja sehari piha pulang ke rumah, piha terus ke Pejabat YPJ berpandukan " google map " sebagai petunjuk arah untuk piha kesana, dan selepas itu terus piha menuju ke Danga Bay untuk menyiapkan kerja fotografi yang telah pun di tugaskan oleh pensyarah piha untuk menyiapkannya semasa cuti semester. Alhamdulillah, piha tidak keseorangan untuk menyiapkan segala kerja di sana kerana kawan baik piha iaitu atika sangat murah hati untuk menemankan piha sepanjang jalan dan sepanjang piha berada di bandaraya Johor Bahru.


Kenangan yang berada di Danga Bay terukir pabila ini adalah pertama kali untuk piha memandu sendiri kereta dan abah memberikan piha kebenaran untuk ke sana tanpanya. Alhamdulillah, ALLAH menyelamatkan perjalanan piha sepanjang di sana dan kami tidak terlibat dengan sebarang kemalangan yang hampir sahaja berdekatan dengan kami pabila ketika kami berada di lebuhraya Johor Bahru dan hanya jarak nbeberapa buah kereta terdapat kemalangan langgar berantai di sana yang melibatkan MyVI dan beberapa buah kereta. Jalan di lebuhraya sebenarnya pada pagi itu tidak lah begitu sesak, dan mungkin inilah yang dinamakan sebagai " malang tidak berbau " pabila kemalangan berlaku dimana- mana sahaja dan bila- bila masa sahaja.

Selat Melaka

Perjalanan kami selamat sepanjang ke Danga Bay. Piha meneruskan misi untuk mengambil gambar demi menyiapkan tujuan utama piha iaitu mengambil gambar. Piha di tugaskan untuk menyiapkan gambar ZOOM MALAYSIA dan SIHAT MALAYSIA. Dimana kami sekelas diminta untuk mengambil shot slow speed, stop action, minimum depth of field, maximum depth of field dan panning. Piha memilih Daga Bay sebagai destinasi Zoom Malaysia kerana tempat yang agak menarik dan suasana yang agak kondusif kerana pelancong sering bertandang ke sana untuk melancong setiap tahun baik pelancong local dan luar negara. Walaupun piha datang awal, dan sekitar Danga Bay belum lagi memulakan operasi mereka, namun ia tidak menghalang untuk piha mengambil gambar termasuklah tragedi berasa seorang anggota polis yang menggunakan tricknya untuk menganali kami.

Jejak langkah kami bermula pabila piha menanyakan waktu operasi Danga Bay kerana pada waktu baru menunjukkan pukul 2 petang. Sorang anggota polis yang menjaga kawasan Danga Bay itu meminta nombor piha sebaik sahaja piha mengatakan piha ingin melakukan photoshoot untuk assignment piha. Namun, tactic piha untuk tidak memnerikan nombor piha kepada orang yang tidak piha kenali. Namun, polis itu sekali laghi tidak berputus asa pabila polis tersebut yang tidak di ketahui identitinya meminta alamat Facebook piha pula. Dia juga mengekori pergerakan kami sepanjang kami berada di sana sehingga kami tidak selesa berada di sana. Piha yang cepat- cepat menyiapkan tugasan dan terus beredar di sana. Ok..atika juga turut membahan piha piha bersama "abang polis " tersebut. Tidak mudah untuk piha memberikan sebarang ombor piha kepada insan yang piha tidak kenal=)

Kami keluar dari kawasan Danga Bay dan berniat untuk tidak kembali ke sana kerana mengkhuatiri jalan akan sesak lewat petang. Kami terus menuju ke ZOO JOHOR untuk menunaikan hajat piha yang sudah sekian lama tidak ke sana. Seingat piha, kali terakhir piha kesana ketika bersama abah dan arwah emak entah pada umur berapa dan bila ketikanya. Sykur sekali lagi, ALLAH mengizinkan piha untuk menjejakkan kaki kesana sekali lagi. Teringat ketika abah membelikan keropok dan piha memberikan keropok tersebut untuk gajah. Terkadang puha sangat merindui kenangan piha ketika kecil dahulu. Sering dimanjakan oleh abah dan arwah emak.


Tiket bernilai RM3 memberikan kami peluang untuk berpusing ke sekitar zoo dan melihat pertunjukan haiwan. Juga sempat untuk kami bergambar dengan " tommy and jerry " yang tidak tahu entahkan yang mana satu tommy dan jerry tersebut. AWESOME!


Piha dan atika kemudian singgah ke City Square dan makan di tempat makanan kegemaran piha tak lain tak bukan ialah SECRET RECIPE. Kek chocolate banana menjadi pilihan piha. Kemudian kami pulang mengikuti PANDAN dan selamat tiba di rumah tepat jam 8 malam.


p/s : kredit untuk atikah=)...rindu arwah emak=(