Friday, February 15, 2013

KOTA TINGGI - NUSAJAYA - JOHOR BAHRU


Lama rasanya kami tak spend time bersama..last pun rasanya masa kami masih di bangku menengah...sejak kami masing2 habis SPM, masing2 mula membuat arah masing2...Kami bertiga dulu agak rapat..kalau nak ceritakan balik kenangan2 zaman sekolah memang 10 page blog ni..bukan setahun dua kami berkenalan..tetapi lebih daripada 10 tahun...


Fatin zalifah dan Faradila...kenangan kami berjalan kaki sama2, kena tinggal bas sekolah, merempit naik motosikal..dan dah hilang pun Honda lama piha tu...paling best...mungkin kenangan kita bersama2 meredah banjir dulu??..ingat lagi tak masa kita nak UPSR dulu??..musim hujan pula tu...hihi...ok2 malu...

Alhamdulillah...masing2 dah berjaya sekarang ni dengan cara masing2...Fatin dah mula kerja sebagai Pharmacist dekat Puteri Specialist Hospital dan Dila pula dah bekerja dekat Majlis Perbandaran Pasir Gudang...inshaallah..lihat korang dah kerja..dalam hati kecil ni pun tak sabar nak habis...dah tiba masa nak balas jasa abah dan arwah mak...^_^..tahun depan final year..inshaallah!!..semoga diberi lorong perjalanan...=')



Perancangan yang tak berapa nak merancanglah sebenarnya...dah lewat petang..baru diri ni teragak nak mandi Air Terjun dekat Kota Tinggi...nak release tension sebelum balik Shah Alam..yelah..naik je dah ada 2 test..dengan nak settle macam2 dengan rakan2 disana...lagi pun asal balik JB mesti perginya ke bandar..apa salahnya sekali sekala kita back to nature...terus mesej dia orang...


kalau dapat gelongsor ni..mesti best..tapi ramai orang masa ni..='(
Ok lah...mereka setuju..lepas masak tup..tap..tup..tap...pukul 11.oopagi juga gerak ke Kota Tinggi..singgah isi minyak then terus direct ke sana..sampai lebih kurang tengahari..memang ramai orang..weekend lagi..memang lah..so kami cari port atas2 sikit..huhhh..pun sama juga...ok lah cari mana2 yang agak kosong terus lepak dekat port situ..sedikit info tentang AIR TERJUN KOTA TINGGI ;

Lokasi : 
Kota Tinggi, Johor ( 15KM daripada bandar Kota Tinggi )

Koordinat :

Sumber Air :
 Sungai Kecil & Air Terjun

Kemudahan : 
Tapak perkhemahan, 46 bilik moden + 12 chalet lereng bukit, Kedai makan, gelongsor air, surau, bilik air

Bayaran :
RM7.50 - Dewasa
RM3.00 - Kereta ( ada kawasan luar tak berbayar )
ada lagi beberapa bayaran yang dikenakan untuk motosikal dan bas...



Semput ok naik tangga ni..agak curam..kita orang nak pergi level atas..bawah snagat pack..
Kawasan yang sangat selesa dan convenience. Ramai juga pelawat asing yang datang bermandi manda dekat sana.




Kami dekat sana tak berapa lama sebab semakin lama semakin ramai orang yang datang. Jadi terus siap2 untuk ke destinasi seterusnya..iaitu ke NUSAJAYA, JOHOR.

Ini adalah kali pertama piha datang ke kawasan baru Nusajaya ni selepas event besar-besaran KARNIVAL NUSAJAYA diadakan. Agak dekat dengan Danga Bay, boleh juga ikut laluan daripada Taman Perling dan Kulai, juga boleh ikut Gelang Patah. 

Setibanya kami dekat sana..memang teruja.,.tak sangka pembangunan yang sangat pesat dalam kawasan Nusajaya ni..ala2 Putrajaya..sama..exactly!!..dengan bangunan yang sangat cantik, pusat pentadbiran yang harus dibanggakan..bagi sesiapa yang datang ke Johor..jangan lupa untuk ke sini..percayalah..tak menghampakan..



Dekat Nusajaya ada LEGOLAND, HELLO KITTY, LAT'S STUDIO, PUTERI HARBOUR...jadi jangan teragak2 nak datang..

LEGOLAND :



Semua orang mesti tahu keunikan tempat ni. Ya memang cantik..ada Mall Medini untuk sesiapa yang dah penat main dalam legoland..nak lepak2..memang sesuai. Ada banyak zon dalam tu....ada Hotel Legoland dan bermacam lagi..tiket masuk dan Annual Pass juga semua pasti sudah sedia maklum..

Masa kami datang ni memang banyak yang tengah nak dibangunkan lagi. Mana yang dah datang sekarang..jangan lupa datang lagi nanti..sebab pasti banyak perubahan berlaku dekat LEGOLAND tu...

HELLO KITTY :



Ia terletak betul2 dalam bangunan dan bersebelahan dengan Puteri Harbour. Piha tak pasti apa yang ada dalamnya sebab tak sempat masuk..kesuntukan masa. Nak bawa anak2 memang sesuai..

LAT'S STUDIO :
Ini pun piha tak pasti apa yang ada dekat dalamnya..tapi of course akan pamerkan karya2 kartunis hebat ni..=')

PUTERI HARBOUR :



Ia adalah pelabuhan untuk bot2 peribadi / bot2 perantau asing yang singgah dekat Johor. Dekat jeti tu memang banyak kapal2 yang cantik2 dan kebanyakannya piha tengok berasal daripada US. Dekat situ juga ada bar, restaurant dan dekat atas restaurant tu macam bilik meeting / tempat lepak2...tapi kalau datang malam lagi cantik lah...Kawasan ni dilengkapi dengan kamera...



Lepas puas kami ronda satu nusajaya..termasuklah ronda2 dekat DATARAN MAHKOTA, PUSAT PENTADBIRAN KOTA ISKANDAR, bangunan2 pentadbiran yang lain...memang Johor sebenarnya masa akan datang boleh jadi kawasan tarikan pelancong paling ramai satu hari nanti...selepas Kuala Lumpur..




Oklah..hari dah petang..kami terus direct ke HUTAN BANDAR nak pekena chicken chop paling murah dan sedap yang pernah piha rasa. Kalau dekat bandar harga sepinggan chicken chop mahunya hampir RM10.00 paling murah...tetapi..jika anda datang ke Johor chicken chop oleh tangan anak bujang ni hanya RM5.00# SAHAJA. memang banyak, sos yang sedap...memang ummpphh!!!..rugi tak rasa..




CHICKEN CHOP HUTAN BANDAR:

tersenarai antara makanan yang popular dekat Johor
RM5# sahaja ( chicken chop & fish and chip )
Operation hour bermula jam 6.30petang..
Lokasi dekat Hutan Bandar berdekatan dengan RTM Johor

So..apa lagi!!..jom!!..rancang perjalanan anda..

No comments:

Post a Comment