Wednesday, February 10, 2016

SOLO TRAVELER - YOGYAKARTA - JAKARTA - SINGAPORE : DAY 1

Maka hari yang di tunggu pun dah tiba. Maka di pagi 13 Januari 2016 piha bergegas ke airport. Check in flight dah pun di sempurnakan seminggu sebelum flight. Sebagai keselamatan kot ramai orang yang nak check in tak ke naya kita time tu nak check in flight time tu nak check in beg..

Jadi flight piha lebih kurang jam 12.15pm, so piha masa tu sampai ke airport lebih kurang pukul 9.00pagi. lepas check in beg, terus ke Departure Hall. Agaklah masa tu sedih, sebab pergi sendiri tak ada member yang teman. 5 hari 4 malam nak survive sendiri. 


 Jujur kata tak menangis sebab tiba2 rasa menyesal pula sebab keputusan mcm ni. Tapi ni tak patahkan semangat untuk teruskan perjalanan. Tips untuk wanita yang terasa nak pergi ke luar negara secara solo, anda dinasihatkan untuk simpan semua nombor kecemasan dekat wilayah yang anda lawati.

Sebagai contoh selalunya setiap daerah akan ada website pelancongan dia sendiri, so dekat situ mesti akan ada nombor2 kecemasan macam hospital, balai polis, ambulans dsb. Jadi ringan- ringankan tangan dan print kesemua nombor tu.

Untuk keselamatan. 


Sejam sebelum depart.


Flight masa ni delay 30mins sebab aircond tak berfungsi. Jadi agak lewat lah nak sampai ke Jogja. On the way ke sana cuaca tak begitu elok.

Baru tahu yang dekat Indonesia masa ni tengah musim tengkujuh. Jadi ada lah merasa sikit tarbulence.


Lebih kurang jam 3.00pm alhamdulillah sampai di Adisujipto Internartional Airport. Airport ni kecil je tak besar sangat.Masa nak lepas imigresen tangan seram sejuk sebab semua orang ada kawan yang piha cuma sorang2 terkulai tak tahu apa nak buat cuma ikut orang lain.

Lepas check imigresen, akan ada satu borang Custom Declaration. Kena isi dan serah pada pegawai bertugas. Lebih kurang mcm singapore juga.

So, lepas claim beg semua, piha pun terus keluar pintu, tak sangka masa depan pintu keluar tu beratur supir teksi menunggu..

"ibu..mahu kemana??..ayo saya hantarkan"

Buka sorang, bukan 2 orang..tapi tak tahulah berapa orang yang tunggu dekat depan tu. aku ni dah lah takut kau mengekor aku sampai jauh..

Sampai lah berjumpa dengan Pak Saiful. Dia tegur piha dulu untuk hotel. Piha tunjuk alamat hotel dan dia hantar. Dalam perjalanan

" Mba..sama siapa kesini"

Jadi piha opun ceritalah yang piha pergi sorang..bla..bla..bla.. kemudian minta pak saiful behentikan piha dekat kedai tepi jalan beli sim card Indonesia. Tak mahal sangat cuma RP40ribu ntuk 3gb internet. 

Orang di sana memang ramah tamah seboleh2 dia nak kita naik kereta dia. Sampaikan dia offer samada kita dah ada supir ke nak berjalan dekat Jogja. Tapi kita tolak lah dengan cara baik.

Sesampainya dekat hotel, piha di sapa mesra oleh receptionist di Pandanaran Hotel. 


Hotelnya agak kondusif. Wifi semua lengkap. Hotelnya juga strategik tak jauh dari bandar. Piha check in lebih kurang jam 4.00pm. Jadi sampai dalam bilik memang lega sangat2.

Hari dah hampir malam. Yang membuatkan jakun sikit rupanya dekat sana jam 6.30pm dah maghrib ok. dah gelap. 

Jadi piha pun decide malam ni nak pergi ke Jalan Malioboro. Diorang kata kat sini shopping heaven. So..dah sampai takkan duduk dalm hotel.


Masa ni baru pukul 7.00pm. Banyak snagat kereta kuda, jakun memang jakun.


Jalan2 menyelinap di sudut kedai yang padat dengan orang.

Puas berjalan piha makan dekat dalam Mall Malioboro ni.


Bakso Campur


Es kuwut.

Lebih kurang jam 9.00malam. balik hotel.

End of Day 1

##

SOLO TRAVELER - YOGYAKARTA - JAKARTA - SINGAPORE : PART 1

Assalamualaikum silent reader..

Selepas hampir 2 minggu pulang dari travel ke Indonesia, baru ni lah masanya nak update cerita..sedikit perkongsian untuk sesiapa sahaja terutama "SOLO TRAVELER WANITA" yang ingin memulakan langkah anda setapak ke hadapan dengan pergi melancong berseorangan.

Takut?..risau keselamatan? bahaya?..yep..memang piha akui yang piha juga melalui benda yang sama. siapa yang tak takut nak pergi sendiri terutama dengan keadaan seorang WANITA. Tapi.. percaya dengan yang atas membuatkan piha lagiii lah yakin nak gerakkan diri berseorangan..

well..piha dekat JB ni pun dah selalu juga jalan sendiri..bukan sahaja shopping..tengok wayang..tapi drive sendiri tanpa sebab pun selalu (well..hidup tak berteman lelaki..gitu lehhhhh gamaknya). OK! tapi apa yang penting sekarang piha nak buat perkongsian kepada anda tentang pejalanan piha ke Yogyakarta - Jakarta - Singapura selama 5 hari 4 malam..

PRE-PLANNING

TIKET PENERBANGAN

Piha dah book tiket flight untuk semua laluan perjalanan piha dari November 2015 lagi..survey cuma di Air Asia saja..maklumlah everyone now cn fly kan..means 2 bulan sebelum piha bertolak. Al-maklumlah percutian bajet maka piha pun mencari lah hari yang menawarkan tiket paling murah iaitu pada:

13 Januari 2015 - 16 Januari 2016

 RM99 Senai - Yogyakarta.

RM159 Yogyakarta - Jakarta


+/- RM160 Jakarta - Singapura


semua tak termasuk airport tax dan juga bagasi.

HOTEL

Piha book awal hotel ni melalui AGODA dan juga TRIVAGO. Dekat Jogja piha stay dekat Pandanaran Hotel dan Jakarta di FavePuri Hotel.

PANDANARAN HOTEL


FAVE PURI HOTEL


Passport kebetulan tahun ni mati..so renew siap2.

BUDGET

RM4000 : 9,730000.00rp (Indonesia Rupiah)
RM1000 : SGD 334 (Singapore Dollar)
RM100 (Malaysia Ringgit)

Emergency Money :RM1000

Emergency money standby dalam bank. So, untuk traveller, actually senang juga yang mana kita boleh aktifkan bank untuk withdrawal antarabangsa. tak kira bank apa sekali pun cuma aktifkan dekat ATM machine then nyatakan date yang kita nak sampai lah date kita balik. Tapi tertakhluk juga charge untuk setiap pengeluaran.

BAGASI

Untuk bagasi, piha tak bawa beg besar dan banyak sangat pun cuma 1 beg saja, cukup pakai.. takut termembeli belahd ekat sana so tak lah susah nak membawa semua balik Malaysia. Tips nak masukkan baju dalam beg..jangan lipat..malah gulung jadi space akan jimat dan banyak ruang.

Sediakan juga set travel untuk toiletries. Make up bawa yang basic je.

So! ready untuk terbang!