Thursday, December 29, 2011

SEMALAM

Alhamdulillah....once again...we had so much fun..


kami berkelah di tasik....makan bersama2 sambil gurau senda...


Sejak kebelakangan ni especially semester 2, piha dapat rasakan keintiman relationship antara kami semua....semakin rapat...alhamdulillah...serba sedikit piha dah dapat biasakan diri dengan keadaan yang bertambah baik..terima kasih Allah sebab kau pertemukan aku dengan rakan2 yang baik, caring each other....


Inshaallah, aku akan kekalkan hubungan dengan mereka...dan engkau rahmatilah hubungan kami serta berikanlah kepada rakan- rakanku segala amal kebaikan yang paling tinggi darimu...


i will miss all these handsome and beautiful faces!!!

bella

anis
maria


fahmi

azim

DJ Isa

ezi
.........................................................................................................




Wednesday, December 28, 2011

SOLAT HAJAT


Alhamdulillah...

Malam tadi telah berlangsungnya majlis solat hajat sempena dengan minggu peperiksaan yang bermula pada 6 Januari 2011.

Majlis yang di atur oleh rakan- rakan : maria, bella, isa, azim dan juga fahmi

Solat hajat ini diadakan dekat rumah Ezi...


Piha, anis dan ezi selaku " orang dapur " menyiapkan makanan..agak mewah dengan makanan, kami menyediakan bihun sup, popiah, kek coklat, lengkung ( ezi ), dan juga wedges...


Majlis yang bermula pada seawal waktu maghrib, mereka solat sama- sama dan kemudian diteruskan dengan bacaan Yaasin dan tazkirah. selpas itu terus ke solat isya' dan solat hajat..




Semoga dengan solat hajat ini, kita semua mendapat ketenangan semasa manjawab exam akan datang..


dan semoga aktiviti ini menjadi aktiviti setiap semester antara rakan- rakan..

Monday, December 26, 2011

IFTAR DURIAN & ICITY

Having fun with them!!!

Piha, maria, che nabila, isa, fahmi, azim..
larikan diri sekejap nak release tension..


Lebih kurang 2 minggu, memang tak cukup tidur..dengan nak siapkan semua final assignment dan juga presentation..agak kelam kabut, tidur tak menentu...=)..tapi kami sambut ia sebagai cabaran sebelum menepuh ke alam pekerjaan..
mungkin kalau tak persiapkan diri sekarang...dan tiba masa kita kerja di industri..tak biasa dengan keadaan macam ni seperti stress, tekanan, tak tidur malam dan sebagainya...susah bukan...

Jadi..alhamdulillah, selepas berhempas pulas menyiapkan semua kerja dalam masa yang ditetapkan..akhirnya habis juga semua walau kawan2 piha ada yang masih ada kelas dan final test masa study week mereka...

Petang tu kami semua makan durian dekat Seksyen 7 dan malamnya pula kami ke ICity...

Dekat seksyen 7,kami pekena RM30 durian..berasamaan 6 biji durian ditambah dengan rambutan...memang best...iftar ramai2..makan sama2...best moment dengan mereka semua..sambil gelak ketawa...

Malam tu pula kami ke I City nak lepak2 katanya...so sebulat suara bersetuju dengan cadangan tu...namun begitu setibanya kami dekat sana, memang jammed yang teruk berlaku sepanjang laluan masuk ke I City...tambahan lagi cuti Hari Krismas..

Nak di bandingkan keadaan I City sekarang dengan dahulu memang banyak bezanya..sebab dah ada fun fair, dah ada banyak lagi lampu2, snow walk, mini zoo dan sebagainya...


Jadi..kami just snap a few pictures dan main game!!!

Ini part yang paling lawak masa main game tangkap itik ni...dimana pancing itik..kalau bawahnya ada nombor macam 1, 2, 3 akan dapat teddy dan kalau " O" tak dapat apa pun..

isa mencuba nasib...

" confuse..nak pilih itik mana satu..."

Tapi yang peliknya..abang jaga game tu boleh dapat detect itik yang mana ada nombor dan mana yang kosong...memang puas kami di mainkan..tactic apa yang digunakan pun tak tahu lah...

i won..

isa pun dapat bear yang sama....

then..he gave his bear to bella....hihi...sooooo..gentleman..

so..piha dengan isa dapat luck lah juga...tak dapat teddy yang besar...dapat yang kecil pun jadilah...dapat pulang balik duit token kami tu...


I swear that i'll miss this moment ever.....

maria, bella, isa,fahmi, azim, emi...dan semua2..thanks for being my good friends..

always make me smile...and make me stronger...

i love u...damn much!

Saturday, December 24, 2011

WEEK OF STUDY

Huuu..diam tak diam..habis semester 2...sekejap nya..semalam kelas terakhir dekat kelas...berakhir dengan presentation CMP...dengan sir Hafidz...

Paper akan bermula pada 6 JANUARI 2012~~

so..good luck!!

MESRA TANI BERSAMA BERNAS & PELAJAR UITM 2

Sambung cerita pada hari kedua...

Awal- awal pagi bangun solat subuh, piha ternampak emak buat kuih donat dengan masak bihun..emak bangun pagi pukul 4.00pagi...rupanya emak memang dah biasa sebab emak memang masak untuk kantin sekolah...so..no wonder lah!!

Pagi tu..kami makan bihun..piha pula apa lagi..memang sedap kot emak masak..bertambah lah!!..plus minum tongkat ali..hihi..sedap juga air tu..

Manakala abah pula makan sikit ja...sebab abah kata, dia kalau pagi kena makan nasi..sebab masuk bendang kena guna banyak tenaga....ooo..patutlah.....then lepas tu kami siap2 untuk ronda kampung!!..wooohooo!!!..memang tempat yang piha nak jejak sangat!!!....kawasan bendang!!...

Pagi tu..piha dengan anis ronda kampung sekejap naik motor abah..then ternampak kawan2 kami semua dah dekat tengah bendang..apa lagi...piha dengan anis pun bergegas dan kelam kabut lah turun ke atas batas sawah padi tu...

Berkaki ayam...dengan usung kamera dan handbag nya..memang sangat lawan ok...


selepas habis ke penghujung..kami naik ke atas jalan raya...berjalan kaki ramai2 terus ke surau semula untuk breakfast..ishh..makanan dekat sana..memang sedap kot...dah lah banyak...asyik makan je...phuuuuuuu~~

XTVT diteruskan lagi dengan membaja padi dengan menaiki LORI...

atas lori okeh!!..belakang kiri tu emi..dan abang gigi lawa tu pahmi...

ramai2 panjat lori..then duduk dekat belakang sama2.....sangat excited okeh!!....the best part dekat sawah padi tu tak ada pacat dan lintah..dont worry!!


Then kami terus ke PALONG untuk main2 air..ngeee..bestnyeeewww!!....piha just main2 dekat kaki je..air nya keruh...macam air gambut...

Dah puas...kami balik terus untuk bersiap sedia packing barang untuk balik ke Shah Alam tengah harinya....memang masa sangat singkat...='(

Acara penyerahan semula anak angkat berlangsung tengah ahri..huu..sedih kot....piha menangis dengan anis hah!!...

sebelum balik..kami makan sekali lagi dengan keluarga angkat..then bertolak balik...

**credit : anis pictures

Friday, December 23, 2011

MESRA TANI BERSAMA BERNAS & PELAJAR UITM

Terima Kasih untuk PUAN HAYATI atau di sapa manja dengan panggilan MAMA, seorang pensyarah bagi subjek Effective Speaking sebab memberi piha peluang untuk menyertai PROGRAM MESRA TANI BERSAMA BERNAS & PELAJAR UITM.


Program yang berlangsung selama 17 dan 18 Disember 2011 banyak memberi piha pelajaran dan pengajaran tentang selok belok kehidupan sebagai seorang petani. Memang di akui, masa yang begitu singkat seakan- akan tak mahu melepaskan kami untuk pulang ke Shah Alam. Sangat menyeronokkan, disamping dapat belajar banyak benda daripada orang kampung, kami juga telah diambil sebagai ANAK ANGKAT. huhu....

Perjalanan yang memakan masa selama 2 jam lebih kurang, dimulakan dengan lawatan ke Kilang Bernas, dimana satu tempat untuk mengumpul hasil tuaian padi daripada bendang masing- masing..Kami juga diterangkan dengan bermacam proses dari sebutir padi menjadi beras.

The delicious dish!!..tak tahu apa nama..tapi dalam pot kecil tu bubur beras bersama durian..sedap okeh!! ( isa zubir..tambah 2 kali...mampu??)


The best part is....piha snagat excited bila nampak sekam membukit yang dikumpulkan dekat satu kawasan..i'm look so jakun..T_T..

these are how a paddy become a rice!


Tak lama pun kami dekat situ, then terus bertolak ke KAMPUNG PARIT 5 SETENGAH, SABAK BERNAM sebab orang kampung sudah menunggu kami.


Then setibanya kami di situ, memang muka masing2 excited dan paling tak sangka nya, kedatangan kami disambut dengan paluan kompang!!...

woww...sebenarnya, dalam masa yang sama..piha tengok..jeling juga muka mak dengan bakal ayah angkat piha, setiap sorang piha buat kira2..adakah yang ini..adakah yang itu..hehehhee...

Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ketua Kampung dan dirasmikan oleh Pihak BERNAS sendiri..kemudian disusuli dengan penyerahan anak angkat kepada keluarga anak angkat mereka...dan alhamdulillah..piha mendapat seorang ibu dan abah yang best!!


Piha duduk serumah dengan anis...so kami di bawa dengan menaiki kereta ke rumah keluarga angkat kami..dan setibanya kami di rumah mereka, piha terkesima sebab kiri, kanan, belakang semuanya dikelilingi sawah padi...manakan tidak..rumah piha walaupun kampung, hanya penuh dengan kelapa sawit dengan getah sahaja, tak lah sedamai dan setenang piha rasakan sepanjang berada dekat sana yang dipenuhi dengan kehijauan sawah padi...

Setibanya kami dekat rumah, Puan SARAH atau mesranya kami panggil emak terus membuat cekodok pisang untuk kami..memang superb..apa lagi..piha dengan anis pun tolonglah dekat dapur...duk ketang ketung dekat dapur..hihi..sambil2 tu emak cerita tentang kehidupan dia dekat belakang rumah tu...manakala abah pula duduk dekat luar...

Then kami makan sama, sambil buat dokumentari tentang keluarga emak..banyak yang kami dapat....

Pada petangnya pula..kami di ajar buat NASI AMBENG dengan **** KEPING iaitu sejenis bubur orang banjar..kami semua berkumpul dan masak bersama- sama orang kampung...best!!


malamnya pula kami membuat malam kebudayaan dimana semua pelajar membuat persembahan masing dengan lagu P. RAMLEE..memang havoc...serta disleangi dengan persembahan daripada anak kampung itu sendiri.


ni lah HASSAN..anak jati kampung tu yang tengah buat lawak....YE BETUL!!!

PAK CIK!!....tak tahu ayah angkat siapa..menyanyi...suara sedap woo!!


Lebih kurang pukul 12.00 malam..kami balik dan merehatkan diri dekat rumah...=)