Monday, March 28, 2011

BROASCASTING DINNER

SALAM

alhamdulillah..selesai sudah BROADCASTING DINNER yang bertemakan FANTASI. Walau ini juga merupakan salah satu daripada pengalaman baru semenjak berada di sini, namun kenangan bersama kawan- kawan sekelas sepanjang berada di sana menjadikan kami semakin rapat antara satu sama yang lain. Piha juga boleh menarik nafas panjang sedikit kerana persembahan untuk malam itu juga sudah pun berlangsung dengan jayanya walau pun ada sedikit kesilapan teknikal.

____________________________________________________________________

Tanggal : 25 mac 2011


pagi itu, piha kekelas photo comm, untuk mendengar assignment berkenaan dengan PHOTO ESSAY 40% sebagai final project kami untuk semester ini. Piha yang siap sedia dengan beg, terus membawa beg masuk ke kelas. Bak kata shana, roomate piha " piha..awak pergi 3 hari 2 malam saja...bukan 3 minggu...."yaa..memang piha akui, piha tak reti estimate kan barang dengan sewajarnya. Piha cuba untuk meminimakan barang, namun....GAGAL..piha main punggah saja semua barang2 ke dalam beg...termasuk segala props berlakon..


Kami bertolak dari UITM lebih kurang pukul 10.30 pagi dan terus berkumpul di PETRONAS , LEBUHRAYA PERSEKUTUAN. Dalam perjalanan kami semua dalam keadaan gembira. Kami sekelas menaiki satu bas..tetapi dalam perjalanan kami terpaksa untuk bertukar bas, kerana tiba2 gear bas tersebut patah..haihhh...ini baru cubaan yang pertama...FINE..kami meneruskan perjalanan ke Melaka dengan menukar bas menuju ke RUMAH ORANG TUA CHENG.


Banyak pengalaman piha sepanjang berada di sana, tertama melihat wajah2 ibu yang tua. Entahlah...kita tak tahu apa yang terjadi pada diri kita di masa hadapan kan??..piha sentiasa berdoa agar suatu hari nanti, keturunan piha tak akan membuat piha sebegitu...

selepas selesai di rumah orang tua, kami terus balik untuk check in hotel. EMPEROR HOTEL, sebuah hotel yang best, makanan yang sedap dan sebagainya...malam itu, adalah aktiviti bebas..jadi kami sekelas pergi makan dekat dengan Dataran Pahlawan. perjalanan yang agak jauh..tapi puas..sebab dapat berjalan kaki pergi dan balik. Then selepas itu, pergi karaoke ramai2..

__________________________________________________________________

TANGGAL : 26 MAC 2011

pagi itu, kami menyertai EXPLORACE. OK...peengalaman yang tak akan piha lupakan bila piha berlari menyertai aktiviti tu dengan memakai wedges. Salah diri sendiri tak bawa kasut sukan. walau pada mulanya memang piha sertakan sekali kasut di dalam beg, tapi piha keluarkan sebab beg terlampau berat!!!...

Alhamdulillah...kumpulan kami menang...5 check point berlari di bawah panahan matahari dan naik turun tangga..

Selepas selesai, pukul 2 petang kami terus rehersal untuk persembahan LOGIKA..THE MUSICAL untuk malam itu...piha yang agak kelam kabut dengan mencari kelengkapan props yang patah2 dan sebagainya, dapat di bendung dengan pertolongan dari rakan2 yang lain..Sekalung terima kasih buat zaf, anis, eyqa dan maria sebab menolong piha dan akan yang lain untuk persembahan. Semakin dekat dengan jam persembahan, semakin seram piha di buatnya.

Lebih kurang pukul 6 petang, selesai rehearsal, kami terus bersiap untuk malam tersebut.
Piha juga merangkap sebagai jurusolek pada petang itu, menggigihkan diri make up rakan2 piha...satu pengalaman yang sangat best..kepada anis, zaf, fifie, sya dan eiqa..piha minta maaf kalau ada kekurangan....

ok...dinner berjalan dengan lancar..termasuk persembahan Logika..the Musical....tucapan terima kasih piha buat abang Audio yang menemani piha dalam kegelapan bilik audio pada malam itu, tak lupa juga abang yang sering tanya " ehh..puteri santubung, lama lagi kah awak punya cerita ni??...tape dah nak habis "....walau agak tertekan di situ sehingga tersalah lagu yang masuk...tetapi akhirnya..piha mendengar dari mulut rakan2 bahawa cerita kami di beri pujian...Alhamdulillah.....


Event yang berakhir pada jam 11.30 malam, tamat dengan sesi pergambaran di antara kami...alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...



______________________________________________________________

TANGGAL : 27 MAC 2011

Piha terpaksa bergegas balik ke Shah Alam dengan menaiki bas Transnasional kerana urusan PTPTN untuk penyerahan dokumen..Alhamdulillah...selamat tiba di Shah Alam 2 jam berikutnya...Terima kasih MARIA sebab teman piha balik ke sini...dan maaf EIQA sebab terpaksa meninggalkan eiqa sendirian dalam bilik...

Manakala rakan2 yang lain menghadiri TALK yang di adakan pada pagi tersebut...

______________________________________________________________

permulaan pengalaman yang agak menyeronokkan sepanjang 3 bulan berada di sini....



Wednesday, March 23, 2011

LIVE UPDATE

SALAM

Alhamdulillah...piha dan rakan2 sekarang berada di NR dimana kami menyiapkan Research Psychology kami yang sudah pun siap. Ok..sekarang piha akan bergerak ke Klang untuk mengambil Costume untuk dinner 2 hari daripada sekarang, then lepas tu terus bertolak ke SACC Mall untuk bayar Broadband dimana sejak daripada semalam sudah memberi isyarat lambat, terus selepas itu melatih pelakon2 di Laman Galeri Shah Alam..

fffuuhh....

Thursday, March 17, 2011

LOGIK KAH..THE MUSICAL

SALAM

Alhamdulillah...sepanjang sepeninggalan piha mendiamkan diri ini, banyak benda yang piha buat..
terlalu banyak..sehinggakan piha tak tahu nak mulakan yang mana..
Banyan benda yang piha belajar sepanjang 3 bulan berada di sini..
Piha cuba sebatikan diri dengan keadaan sekeliling, terutama suasana dan cara belajar...
namun..masih ada kelam kabutan yang membelenggu...

Kalau di UNISEL dulu,
tidaklah se"busy" di UITM..
dulu..semakin nak exam, semakin kita free untuk mengulangkaji dan semakin free nak buat assignment..
namun, keadaan ini sudah tidak sama seperti dahulu lagi...
apabila, semakin nak exam di sini, semakin banyak kerja yang haru di selesaikan...
dateline pun semua dekat2...
Tapi, tak mengapa...macam yang abah cakap " BELAJAR TAK ADA YANG SENANG"
ya...betul..piha ambil ia sebagai pengorak langkah untuk berjaya di masa hadapan....

Syukur..
latihan pertama untuk teater muzikal " LOGIKA THE MUSICAL " sudahpun menjalani latihan sesi pertama pada hari jumaat yang lalu di Galeri Shah Alam..
Piha selaku orang yang bekerja di sebalik tabir bersama seorang lagi rakan sekelas piha, Helmi..
bertanggungjawab untuk mengendalikan teater ini bagi " DINNER BROADCASTING" yang bakal diadakan di sebuah hotel di Melaka pada 25, 26 dan 27 Mac 2011. Bertemakan FANTASI dimana kami semua di minta untuk memakai pakaian fantasi, dan ini lah yang masih lagi membuatkan piha tak senang duduk, pabila piha masih berfantasi untuk merealitikan tema fantasi tersebut pada malam itu...

Jadi, kami sebagai pelajar semester pertama di minta untuk membuat satu persembahan pada malam itu.Dimana kami telah bersepakat untuk mempersembahkan TEATER MUZIKAL yang di adaptasi daripada cerita dongeng melayu iaitu " BAWANG PUTIH & BAWANG MERAH, PAK PANDIR, SI TANGGANG dan juga BADANG ".

Dimana jalan ceritanya berkisahkan tentang percintaan bawang putih bersama badang telah di cemburui oleh bawang merah. Namun, pada akhir nya, si merah bertemu dengan Si tanggang yang datang belayar ke kampung tersebut. Cerita ini juga telah di campur aduk kan pabila pak pandir juga menyukai si putih ini...haha...jalan cerita yang sangat REMIX..

Alhamdulillah, semua pelakon yang terdiri daripada rakan kelas piha sendiri yang juga telah memberikan komitmen yangs angat baik sepanjang latihan diadakan tak lain tak bukan tulang belakang Emi dan juga para artis2 MC23S1B bella, syaida, isa, azim, fifie, zaf, anis, fahmi, syasya..

Harap2.semoga kita menjadi THE BEST PERFORMANCE malam itu..
yeahhh...
JZKK..


Sunday, March 13, 2011

SCHEDULE MENJELANG FINAL EXAM

15 MARCH - TEST BROADCASTING & PUBLIC RELATION PRESENTATION
17 MARCH - SUBMIT CRIME NEWS
18 MARCH - TEST PHOTO COMMUNICATION & SUBMIT REPORT TITAS
23 MARCH - TEST TITAS
24 MARCH - SUBMIT REPORT PSYCHOLOGY& TEST PSYCHOLOGY
30 MARCH - MASS COMM PRESENTATION
31 MARCH - REVISION PSYCHOLOGY


LEPAS SATU...SATU LAGI..

Kredit : Google

Kuasa Allah untuk memberikan yang baik dan yang buruk kepada manusia..
Selepas kejadian tsunami, letusan nuklear pula yang terjadi di negara tersebut..
Semoga Allah melindungi rakyat di sana..

Terkadang..hendak menitik air mata melihat kejadian yang berlaku tanpa di duga..
tetapi, jumlah korban yang berlaku tidaklah sehebat yang berlaku di Banda Acheh pada 2006 lalu..
Kejadian yang datang tanpa di duga..
ketika mereka sedang enak mengutip ikan yang bergelimpangan di landai pantai..
Sedang mereka sedang enak melihat " garisan putih " di tengah laut..
Mereka tidak tahu bahawa itu adalah musibah yang sedang datang menghampiri mereka..

Sahabat..
semoga Allah akan memberikamu 1001 kerahmatan di sebalik musibah yang berlaku..
InshaAllah..
Kami, yang berada di sini, sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu di sana...

Kredit : Google

Ya Allah..
engkau yang Maha Besar..
Maha Berkuasa
Menakhluki seluruh alam..
Kau berilah kekuatan kepada mereka untuk mengharungi segala kejadian yang sedang menimpa diri mereka Ya Allah..

Friday, March 11, 2011

TETAMU TAK DI UNDANG

Kredit : Google

Tanpa di duga, ia datang tak dijemput, pulang tak di hantar
Itulah ia : TSUNAMI
Tuhan sudah uji, namun masih ingkar

Sekali lagi gelombang meragut nyawa menjemput mangsanya..
Kini, daerah Jepun menjadi sasaran utama
Gempa sekuat 8.9 latitud setakat ini telah meragut sekurang- kurangnya 5 mangsa.
Namun masih ramai lagi mangsa yang masih tidak di ketahui.
Berdasarkan BBC News, sejak awal pagi tadi Jepun telah dilanda gempa bumi dan setakat petang tadi, amaran Tsunami telah di keluarkan.
Malaysia juga merupakan salah satu negara yang di jangka terkena sisipan air tsunami tersebut

Akhir zaman..
bencana datang tanpa di duga, tanpa amaran..
Semoga Allah menyelamatkan hamba- hambanya
Wallahu'alam
ALLAHU AKBAR




Thursday, March 10, 2011

TIPAH TERTIPU

Selamat pagi;
Ok mungkin ini adalah salah satu hari yang paling KALUT piha,
Perkara yang agak kurang bijak sedangkan piha dah lama berada di UITM dan bergelar mahasiswi di sini..

APA YANG PIHA BUAT?
Fine, malam tadi piha tidur pukul 10.00 malam, kononnya sekejap lagi nak stay up untuk buat note Broadcasting..
Ok lah, piha set alarm pukul 1.30 malam kemudian,..
Piha snooze kan alarm sehinggalah pukul 1.00 pagi..
Kemudian piha bangun dan study seperti biasa, buat note dan sebagainya..
sehinggalah pukul 4.00 pagi...
Bercadang nak tidur balik sebab takut kelas Prof. Amelia piha mengantuk dalam kelas..
Al- maklum lah, kelas beliau memang tak boleh menguap langsung..
memang dia suruh pergi cuci muka..

Ok..piha tidur dan set alarm sekali lagi pada pukul 6.30 pagi..
entahkan kenapa..piha just simply matikan alarm tu dan tidur semula!!
OMA..piha langsung tak sedar waktu itu, dan pabila tersedar jam sudah pun 7.30 pagi!!
Piha dengan kelam kabut bangun, terus pergi ke bilik air dalam keadaan berlari!!..
masakan tidak, piha takut tak sempat!!

Bila piha balik dari bilik air, tiba2 mata terpandang dekat Notice board piha...bahawasanya kelas adalah pada pukul...








10.30 PAGI!!!



TIPAH TERTIPU!!
come on piha..mcm mana awak boleh tak ingat kelas awak hari ini pukul 10.30 pagi!!!!!
memang mati2 piha ingat kelas pukul 8.30 pagi!!
Arrrrggggghhhhhhhhhhhhhh...!!!!
ok..SUPIHA HASIM...awak dah siap mandi semua2..
then..

ok lah...
lain kali jangan buat mcm ni lagi ya??
kelas dah pun di penghujung semester..
itu pun tak ingat ke???
kelas pukul berapa????

Wednesday, March 9, 2011

AKHIRNYA.....


Alhamdulillah...akhirnya...
PTPTN diluluskan!

Tapi..YPJ ( Yayasan Pelajaran Johor )
Piha masih menunggu jawapan....


Tuesday, March 8, 2011

5 MINGGU

Salam sejahtera;
Piha baru saja balik daripada kelas PR tepat jam 5 petang tadi walau sebenarnya kelas telah pun habis sejam sebelumnya.

Sebenarnya, piha tengah risau akan PEPERIKSAAN AKHIR yang akan tiba tidak lama saja lagi.
Entah kenapa, peperiksaan pertama sebagai seorang pelajar Ijazah ini membuatkan piha sedikit gerun dan berdebar2.
20 Credit Hour membuatkan piha takut...
yelah kalau diploma dulu cuma 15 Credit Hour sahaja..

InshaAllah
5 minggu dari sekarang akan piha persiapkan dari segi mental dan fizikal..
dan..selepas pepriksaan, 4 bulan cuti masih tiada perancangan..
mungkin seperti biasa, duduk di rumah, menjaga ABAH KESAYANGAN!
dan MENCUBA RESIPI MASAKAN BARU!!!


Monday, March 7, 2011

HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar malam tadi..
Piha dan rakan bilik AMA telah pun selamat menghantar rakan bilik kami, SHA yang sakit malam tadi...di Hospital Klang dengan menaiki ambulan UITM..
OK...ini lah pengalaman pertama kali piha menaiki ambulan untuk menghantar orang yang sakit...


Kejadian yang sangat tidak di duga pabila rakan bilik piha menangis akibat tidak dapat menahan kesakitan tekak nya yang sangat perit di tambah pula tak makan sehari suntuk..
Piha pula yang baru balik daripada Modul 1 agak terkejut walau pada mulanya piha sedar akan dia demam sejak semalam lagi..
Untung nasib ada menyimpan nombor BIRI KEBAJIKAN DAN ADUAN kolej Melati, jadi piha merangkap kepada AJK ARAS melakukan tanggungjawab dengan menelefon AJK ADUAN dan mengadu nasib kami..
Alhamdulillah, tidak lama kemudian selepas piha mandi kerbau, piha dan ama terus menghantar sha ke Hospital memandangkan UITM tiada sebarang KLINIK PANEL yang berhampiran melainkan Pusat Kesihatan UITM sahaja=(
Ambulan yang merempit di tengah jalan hampir sahaja membuatkan piha hendak gugur jantung. Mungkin ini dikatakan jakun apabila tidak pernah menaiki ambulan=(
dan lepas ni INSHAALLAH tidak akan berlaku lagi perasaan seperti ini lagi...

Setibanya di sana, kami diiring oleh EN HADZRIL melapor nama sha dan kami di minta untuk menunggu giliran. Tetapi malam tadi emmang ramai sangat orang, piha yang juga membawa nota PR untuk study terkebil2 melihat orang sekeliling piha. Ramai yang kemalangan, kulit tersiat, darah fresh dan bermacam lagi. Tapi yang paling penting ramai pesakit insia malam tadi=D


Cuma, satu saja yang masih terngiang dalam fikiran piha ketika piha melihat kaki warga emas india yang berselirat besi yang terjulur keluar dari dalam kakinya..SANGAT SCARY!!!..ibarat PENCAWANG TV!!...hanya tuhan yang tahu...

Mungkin sebab kemalangan agaknya..
Dan...3 Jam kemudian, kami balik...

SHA..
semoga kamu cepat sembuh!
ILYSM!
mmmeeeemmmuahhhh

Sunday, March 6, 2011

Kemahiran Insaniah

14.02 waktu bumi
sekarang berada di dalam BK 16
sesi LDK untuk slot ke 4
Alhamdulillah..kenyang sudah makan nasi vs ayam vs acar nenas..
Lagi beberapa minit saja menunggu fasilitator masuk
Tapi sempat juga mengupdate blog sementara menunggu beliau masuk ke dalam kelas ni untuk meneruskan agenda kami..
FFFUUHHH...
PR tak habis study lagi..
Rasa takut, seram, scary semua nya ada..
=(

Saturday, March 5, 2011

BELOG=(


Oh blog..
pada kamu sajalah piha melepaskan segalanya...
pada kamu lah piha nak bercerita..
kamu lah semua..kamu lah ini..kamulah itu..

Tapi kan blog...
kenapa kadang2 nasib ni jarang sangat nak menyebelahi kita???
Adakah kita akan berjumpa dengan yang lebih baik daripada itu??
betul kah belog??

Betul kah orang kata...??
betul kah???
tapi bila????

Hai lah blog...
Entah kan bila...

FULL STOP

I FOUND U
ONCE AGAIN

FULL STOP
thank u awak!

SENGAJA

Sengaja mengasah bakat nyanyian di UITM. TRY AND ERROR bak kata orang. OK..siang tadi piha punya berlatih dengan gigih lagu zapin Tetapi audition piha akan berlangsung pada 1 APRIL 2011 bertemakan kasih sayang. InshaAllah..kalau ada rezeki ada lah. Sengaja mengasah bakat di sini.

Esok pula akan diadakan MODUL KEMAHIRAN INSANIAH 1 selepas 2 minggu yang lalu piha sudah pun menghadiri untuk MODUL 5. Ok..seperti yang kita tahu, sebagai warga UITM sebelum kita graduate, kita perlu melengkapkan modul ini. Kalau tak past, alamatnya, next sem lah kita grad...

OK..OPTIMIS, POSITIF DAN PROFESIONAL!

SELAMAT MALAM!..JZKK SEMUA!


Friday, March 4, 2011

KL DAY OUT

Ahad lepas, piha dan bella telah pun menyiapkan kerja untuk fotografi yang telah di arahkan oleh para pensyarah kami. Namun, keputusan untuk ke Menara Kuala Lumpur adalah salah satu daripada cadangan piha untuk pergi ke tempat yang terdapat elemen tarikan pelancongan. Sebelum ini ada juga assignment yang lain berkenaan dengan fotografi tetapi baru kali ini piha ingin berkongsi dengan semua.


Alhamdulillah, penat lelah daripada Shah Alam menuju ke Kuala Lumpur yang memakan masa hampir 45 minit telah kami tiba dengan selamat pergi dan balik. Tiada sebarang kekangan yang berlaku sepanjang perjalanan kami walaupun kaki yang sangat letih dan badan yang sangat penat. Walaupun agak lama piha tidak mengunjungi bangunan tertinggi di dunia itu, tiada banyak perubahan kecuali penambahan zoo dan laman kebudayaan sahaja.

Setibanya kami di sana, piha dan bella degan gigihnya mendaki bukit annas tu sehingga ke atas menara dan mengambil gambar serta beberapa shot untuk di hantar sebagai assignment kami. Walaupun cuaca sangat baik, tetapi ketika kami tiba di platform pemerhatian daripada atas menara, cuaca sangat berkabus dan jerebu!..Luluh hati bila tengok keadaan Kuala Lumpur yang tidak begitu cantik.

Piha dan bella yang pada mulanya ingin mengambil shot matahari terbenam terpaksa menggagahkan juga diri ini untuk tetap mengambil gambar kerana kami sudah tiada pilihan. hmmm...

Tetapi..sepanjang perjalanan jauh kami di sana, piha dan bella terjumpa dengan seorang insan Allah yang sanat istimewa. Siapakan dia tidak perlulah piha nyatakan di sini kerana pada piha tidak salah untuk beliau mencapai cita- citanya tetapi tidak di restui oleh kedua orang tuanya. Piha agak kesian dengannya kerana mungkin itu adalah impiannya, tetapi tida mendapat kerestuan. Mungkin ada sebab lain. Piha tidak pasti sehingga dipinggirkan keluarga. ADAKAH KERANA ENGKAU AHLI MUZIK KEBUDAYAAN, ENGKAU TIDAK DAPAT MEREALISASIKAN IMPIAN KAU?..


Piha doakan semoga kamu akan berjaya kerana, percayalah jika tiada kamu, siapa lagi yang akan mewarisi budaya kita yang penuh dengan adat resam ini.

Thursday, March 3, 2011

FCM GALA NIGHT DINNER


Alhamdulillah..selesai sudah Malam Gala Fakulti Komuniukasi Media UNISEL yang telah diadakan dengan jayanya pada 28 Februari 2011 bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam.

Malam yang penuh gala PENUH GLAMOUR.
Sesuai dengan tema GLAMOUR APPROPRIATE membenarkan kami para almuni dan para pelajar junior Diploma Komunikasi dan Media dan juga Ijazah Sarjana Muda untuk mengenakan sebarang pakaian namun Beretika dan sopan.

Piha yang agak pening pada mulanya untuk memilih pakaian yang sesuai memandangkan dress yang tidak mengizinkan ketinggian piha untuk memakainya. Jalan terakhir ialah piha memilih untuk mengenakan KAFTAN dan Tudung FAREEDA 3 lapis pada malam itu. Sesuai dengan warna pink sedondon dan kasut VINCCI berona putih krim=)


Acara yang telah diaturkan dengan ucapan pihak pengarah majlis, SJ atau nama sebenarnya ialah Yusoff yang berjaya mengandalikan majlis yang agak besar dengan sebaiknya.

Tidak lupa juga ucapan daripada Dekan Fakulti dan VVIP jemputan. Disamping itu makan malam yang sangat special.


Alhamdulillah, sekali lagi piha sebagai penerima anugerah dekan 2 kali berturut- turut walaupun pada akhir semester pointer piha agak jatuh. Alhamdulillah zaman diploma telah pun berakhir dengan segala kenangan yang tak akan piha dapat lupakan segala bait kenangan yang telah tercatat sirah hidup piha.


Malam yang sangat menggambirakan bila dapat berjumpa dengan rakan seperjuangan diploma yang telah banyak memberikan kenangan manis, kawan ketaa dan menangis, kawan kerja dan sebagainya. Alhamdulillah, walau pun semua telah membawa haluan masing- masing, namun kami tetap bersatu baik di luar, mahupun di dalam talian internet. Semoga perhubunagn ini akan berkekalan INSHAALLAH!