Friday, February 15, 2013

LEGARAN SEGGET, JOHOR BAHRU


Legaran Segget yang dahulunya dikenali sebagai Sungai Segget terletak betul-betul di tengah kotaraya Johor Bahru bersebelahan dengan Jalan Wong Ah Fook. Ia telah dibangunkan dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2005 dengan kos lebih kurang RM6 million. Legaran ini dijadikan sebagai " pedestrian mall" juga yang bertemakan "creating human experience". Legaran Segget dahulunya adalah tempat para pedagang untuk menurunkan barang dagangan mereka. 

Legaran Segget ini telah dibangunkan adalah untuk menghubungkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain selain daripada menyediakan tempat untuk para pelancong serta penduduk lokal negeri Johor sendiri sambil mengingati sejarah Sungai Segget ini sendiri...ohh...sungguh nostalgia..

Apa yang menarik apabila kita berada di tengah- tengah Bandaraya Johor Bahru ini, selain daripada membeli belah dekat Shopping Mall yang terletak di Jalan Wong Ah Fook ( City Square ) dan Jalan Trus ( Galeria kotaraya), kita juga boleh membeli belah di atas Legaran Segget ini juga....bermacam yang di jual di sini terutama sekali untuk para pelancong dari luar negeri atau negara.



Koleksi seni hasil seni jalanan AUR ( Art Untuk Rakyat ) terletak di Zon C, Legaran Segget Johor Bahru pasti membuatkan mata peminat tegar seni rambang mata untuk memilih hasil kerja tangan anak negeri Johor ini sendiri. AUR dan ARAH telah di kendalikan sendiri oleh Encik Taib Abdul Razak bersama rakannya Encik Abdul Rashid Abdul Hamid. Dengan berbekalkan kertas, charcoal dan warna air sekali pandang, lukisan mereka sangat simple dan mudah. Tetapi cerita di sebalik lukisan itu sendiri adalah tinggi nilainya. Kepada para pelancong yang datang ke Legaran Segget ini, boleh membuat lakaran lukisan anda sendiri dengan harga yang berpatutan. Mereka boleh di hubungi melalui ;



Selain itu..pada sebelah malamnya, berdekatan dengan Legaran Segget ini sendiri, Di tengah Kotaraya Johor Bahru, terdapat juga Bazar JB @ Pasar Karat!.


sumber : Google
bermula pada dari jam 6.00petang hingga 12.00malam...Jadi jangan lepaskan peluang anda sepanjang anda berada di negeri Johor!..sinonim dengan nama "BAZAR", di Bazar JB terdapat banyak barang daripada barangan keperluan biasa ( baju, jam dll ) hingga barang yang luar biasa(unik). Juga terdapat jualan makanan serta minuman dan hiburan seperti karaoke.



Sumber ; Google
Jika anda sesat!..jangan mudah panik, di KIOSK PELANCONGAN yang terletak dekat Laman Tun Sri Lanang betul-betul berhadapan dengan JB Waterfront, anda akan dilayan mesra oleh kakitangan Kiosk Pelancongan Johor. Disana, anda boleh mendapatkan pakej tempat yang menarik di negeri Johor selain mendapatkan informasi terkini tentang aktiviti yang bakal di adakan sepanjang tahun dan!! yang paling penting buah tangan untuk di bawa balik sebagai kenang- kenangan sepanjang anda berada di negeri selatan tanah air ini.

Dapatkan info sepenuhnya di :


Rancang lekas-lekas percutian anda! dan di ucapkan...

SELAMAT DATANG KE NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM!


No comments:

Post a Comment