Wednesday, June 15, 2011

SEJARAH : KOTA JOHOR LAMA

Warkah khazanah Tun Sri Lanang menyusun sejarah melayu pada zaman dahulu merungkai segala kisah silam zaman kesultanan melayu di negeri Johor. Tun Sri Lanang seorang yang hebat.


Zaman kesultanan melayu di negeri Johor telah bermula sejak kesultanan melayu Melaka yang datang menakhluk negeri Johor. Semasa pemerintahan sultan Melaka, selain negeri Johor, baginda juga pernah menakhluk sehingga ke utara tanah melayu termasuk negara Indonesia. Namun, selepas jatuhnya kegemilangan sultan melayu Melaka setelah di takhluk Portugis, warisan kesultanan negeri Johor telah bertukar pemerintah oleh keturunan Temenggung atau dikenali sebagai Bendahara.

KOTA JOHOR LAMA/ OLD JOHOR FORT bermula seawal 1540 sebagai pusat perdagangan yang terpenting semasa di bawah pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II. Antara barang dagangan yang di bawa ke negeri Johor ketika itu adalah rempah ratus. Menurut sejarah, pusat perdagangan ini merupakan antara kubu yang terbaik di antara kubu- kubu yang lain di pesisiran lembah Sungai Johor. Bentuk geografi yang semulajadi telah menjadikan benteng pertahanan di Kota Johor Lama menjadi antara kubu yang terbaik dan memudahkan untuk mengawal perairan daripada musuh.

Sayangnya, zaman kegemilangan Kota Johor Lama hanya dapat bertahan selama 48 tahun sahaja selepas ditakhluki Portugis pada tahun 1584. Seluruh kota ini telah di bakar dan dimusnahkan, manakala segala senjata telah dirampas. Semenjak daripada peristiwa itu, Kota Johor Lama tidak boleh lagi di gunakan dan telah mencatatkan sejarah pada hari ini.


Hari ini,piha dengan abah berkesempatan dan terpanggil untuk menjejaki satu lagi tempat bersejarah yang sentiasa menitikkan air mata mengenangkan kenangan zaman berzaman ini. Satu lagi tempat istimewa, Kota Johor Lama atau Kampung Johor Lama kini sunyi sepi, tidak seperti dahulu, 500 tahun yang lalu.

Terpana, terpancar jelas bekas tapak benteng batu tersusun rapi yang telah di selimuti tanah yang diperbuat daripada batu laut telah menjadikan kubu pertahanan perdagangan suatu ketika dahulu.



Pada mulanya, tapak sejarah ini telah di kaji dan dicari gali sebanyak 2 kali. Pertama pada tahun 1960 oleh warga inggeris dan kali kedua pada tahun 2004 sekali gus telah bina Pusat Informasi atau dikenali sebagai Muzium Kota Johor Lama sekarang.

Pada mulanya pada tahun 1960, warga inggeris telah menggali semula tapak benteng ini, nemun begitu, penggalian terpaksa dibatalkan kerana tiada persetujuan daripada kerajaan Johor, terus membantutkan kerja cari gali mereka dan menimbus balik tanah yang telah digali.

Namun begitu, selepas beberapa dekad berlalu, tanah bekas tapak pusat perdagangan terbabit kemudiannya telah dijadikan kebun buah-buahan oleh penduduk kampung di situ. Seterusnya, ahli sejarah kemudiannya pada tahun 2004 telah mengambil inisiatif untuk mengkaji semula Kota Johor Lama dan mencari balik arkeologi dan artifak yang masih tersembunyi di bawah tanaman mereka.


Apa yang dijumpai hasil daripada galian tersebut ialah bekas pinggan mangkuk berwarna biru dan putih yang dipercayai daripada Dinasti Ming dan telah di pamerkan di muzium itu sehingga ke hari ini, termasuklah makam dan nisan yang turut dipercayai daripada Acheh.


Kawasan galian itu kemudiannya telah dibeli oleh pihak muzium negara ( sejarah ) daripada penduduk kampung dan dibangunkan dengan pembinaan Pusat Informasi pada tahun 2006 dan siap pada tahun 2007.


Sruktur binaan muzium itu adalah bentuk rumah tradisional melayu dan dibina tanpa paku hanyalah menggunakan tanggam. Dan dibelakang muzium itu terdapat makam lama yang dipercayai MAKAM ALMARHUM SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH II.


Tambahan, di kawasan kampung tersebut juga terdapat MAKAM TEMENGGUNG JOHOR


dan KUBU LAMA

Benteng ini dipercayai luas kawasannya yang mengepung seluruh kampung Johor Lama dan mungkin sebenarnya ada lagi artifak di bawah binaan rumah orang kampung tetapi masih lagi tidak di cari.


Sebenarnya, banyak lagi makam2 lama di lembah singai Johor ini, tetapi ada yang masih lagi tak dapat di kenalpasti identiti milik pusara lama tersebut.


Mudah- mudahan segala sejarah yang telah tercipta dan yang ditingalkan akan dikenang sehingga bila2. Piha kadang2 agak mengarut bila piha nak rasa zaman kesultanan terdahulu, nak rasa apa yang mereka rasa, biar sedar diri ini..

Semoga roh mereka di cucuri rahmat, dan di letakkan dalam kalangan orang2 yang dicintai NYA.
AL-FATIHAH

strategik..tempat dagangan berlaku pada tahun 1540-1584

12 comments:

  1. artikel yg perfect..mables!!!!

    ReplyDelete
  2. =)...shidar orang johor ke???...sengaja kongsi info..

    ReplyDelete
  3. menarik.teruskan menulis.

    ReplyDelete
  4. inman : terima kasih sudi membaca sedikit cerita dlm blog saya..

    ReplyDelete
  5. wow, membantu utk tugasan PBS penulisan essei sejarah tentang kampung Johor Lama. ada apa2 lgi info tentang kampung ni?

    ReplyDelete
  6. Hai cik ira....yep...saya pun sebenarnya baru tahu akan kewujudan Kota Johor Lama oleh ayah saya, lantas ziarah ke sana,kawasan masuknya agak terpencil sedikit..dan kawasan kampung yang agak suram dikelilingi dengan pokok getah..dekat sekitar kampung Kota Lama juga terdapat beberapa pusara yang tak pasti akan pemilik pusara tersebut. Ini yang ringkas saja mengenai Kota Johor Lama..sebab ini apa yang diberitahu oleh pihak muzium pada saya..=')..

    ReplyDelete
  7. Ada beberapa kesilapan fakta dan sedikit kekeliruan mohon diperbaiki untuk mengelakan salah tanggapan khususnya tentang Temenggung dan Bendahara.

    ReplyDelete
  8. Temenggung ambil alih tahun 1876 masa era kejatuhan sultan Ali..

    ReplyDelete
  9. thankyou for this great article kak piha . saya kena cari bahan untuk lawatan ke muzium kota johor lama ni .

    ReplyDelete
  10. Wa pnah naik 125z dri jb sorang2 lepak kat wakaf kubu tu smata nk 'feel' suasana kehidupan yg brusia 400 tahun. Tp wa suka msuk mlalui kg panchor trus ke sg. sembilang berakhir dgn sgelas teh tarik dn mee goreng udang di teluk sengat.
    Prjalanan adalah mlalui kbun2 sawit dn hutan2 kecil yg sunyi. Kerap brhenti dspanjang jln utk mneroka pmukaan tanah, ada jg trjumpa serpihan seramik.
    Paling mnarik ktika mneroka pantai, trdapat bnyk serpihan seramik. Wktu trbaik adalah ktika air surut.
    Tp jgn trkejut jika koleksi seramik wa yg lengkap tnpa pecah dn retak wa jumpa di Sungai Layang! Sungai yg brhadapan dgn teluk sengat diseberang sana di Sungai Johor. Sayang skali bukti sejarah telah pn trtimbus gara2 pmbinaan empangan sg. layang. Malah serpihan batu nisan brtabur hancur disodok jentolak ktika pmbinaan. Tak salah jika wa mndakwa serpihan seramik dipantai sg. layang lebih bnyak dri yg di kg. makam. Duit syiling lama jga dh bnyak wa jumpa, kbnyakan duit british dn duit naga 'cooper coin', smua wa jmpa di sungai layang!
    Sejarah sg. johor adalah brlapis2, jadi bukti sejarah yg wa jmpa juga kkdg mngelirukn. Yg mna 1 kpunyaan johor lama, atau pmerintah british atau ktika pndudukan jepun?
    Yg pastinya seramik tempayan dn mngkuk kecil yg dicipta brpicitkn jari yg jelas tekanan jarinya bserta sketul batu nisan brukir cantik btulisan jawi pasti sudah brusia lebih 400 tahun, duit2 syiling british brtarikh skitar ptengahan 1800 dn duit2 naga china sudah pn brusia lebih 100 tahun dn serpihan2 pluru dn kelongsong bom tembaga tntera jepuj dn buckle talipinggang tentera british eagle 1942 bserta koleksi antik botol2 arak yg amat rare dn bnyk lagi yg sungguh penuh emosi bila disentuh.. hehen

    ReplyDelete
  11. Seolah sejarah/zaman Kota Lama ini tidak mahu digemburkan,siap dikambus balik.

    Adakah sebab bangsa kayangan yg skang xnak puzzle laksamana Mati dibunuh dikembur??

    Adakah bagsa

    ReplyDelete