Tuesday, February 14, 2012

HUTAN BANDAR JOHOR BAHRU

Semasa fatin berada dekat Johor, berpeluang lah hang out dengan dia sebelum dia balik semula ke Kolej Perubatan Johor, Nilai, Negeri Sembilan. Perjalanan yang dirancang nak ke Hutan Bandar Johor Bahru kira- kira 1 jam perjalanan daripada rumah piha.


Pada asalnya rancangan ni adalah semasa kami ke Johor Premuim Outlets tu..ingat lepas balik daripada pusing2 dekat JPO tu nak drive terus lah ke hutan bandar, tapi sebab nak pusing balik jauh, maka kami batalkan hasrat dan ketika itu kami terus shoot ke Pizza Hut, Masai. Bukan sahaja merancang nak makan dekat hutan bandar, malah merancang ke nak ke Stulang Laut, dan bermacam lagi...


Piha jarang ke sini, memandangkan kawasan ini hidup bermula waktu petang hingga malam sebab ada tarikan CHICKEN CHOP HUTAN BANDAR dekat situ. Chicken chop dekat sini katanya best, jadi fatin mencadangkan untuk kami ke sana.

Tengah hari tu, piha drive direct ke bandaraya Johor Bahru. Alhamdulillah tak jammed...kami ke Danga Bay dulu untuk terminate Maxis Broadband piha then teman fatin beli tiket bas, kemudian lepas asar barulah kami ke Hutan Bandar.

( hadapan rumah Johor )

Pusing2 menjelajah kehijauan alam persekitaran dalam hutan bandar...memang ramai yang beriadah serta mereka yang berjalan menghirup udara bersama keluarga masing- masing. Hutan bandar ini dijaga sepenuhnya oleh Jabatan Landskap.

_________________________________________________________________

INFO HUTAN BANDAR

Keluasan : 20.23 Hektar
Lokasi : Di antara Jalan Yahya Awal dan Jalan Tasek Utara, berhadapan dengan Sultan Ibrahim Girl School.
Operasi : Bermula pada tahun 1987
Konsep : Taman Rekreasi Keluarga

Hutan bandar ini telh di pilih sebagai salah satu destinasi dalam program Bandaraya Sejahtera yang di anjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( World Health Organisation : WHO ).

( di tapak refleksologi )

Rimbunan pohon menghijau , kolam mandi kanak- kanak serta taman permainan serta kedamaian tasik yang terdapat di dalam kawasan hutan tersebut membuatkan mereka yang datang ke sana tidak sabar untuk meneroka setiap pelosok penjuru yang terdapat di dalam hutan bandar tersebut.


PERINCIAN

1. Laman Tembusu


Kawasan ini terletaknya Pusat Informasi dan Pejabat Jabatan Landskap MPJBT bagi pengunjung yang singgah serta ingin mendapatkan kemudahan di dalam kawasan hutan bandar ini.

2. Medan Selera

juga di kenali sebagai Gerai Atap Belian yang terletak berdekatan dengan pintu masuk Hutan Bandar. Terdapat beberapa kedai yang menyediakan pelbagai juadah makanan dan minuman untuk pengunjung yang mengunjungi tempat ini. Harga yang murah dan berpatutan pasti tidak dapat lepaskan peluang sepanjang berada di sana.

3. Laman Permainan Kanak- Kanak

Juga dikenali sebagai Children Adventurous Park. Berbagai aktiviti serta permainan terdapat di hutan bandar pasti dpat menggerakkan minda dan juga fizikal kanak- kanak.

4. Kawasan Tasik

Terdapat 7 tasik di dalam kawasan hutan bandar Johor Bahru. Sesuai bagi mereka yang suka memancing!

5. Tapak Perkhemahan

Sesuai untuk aktiviti berkumpulan dimana hutan bandar Johor Bahru ini juga menyediakan kemudahan seperti chalet, " jungle tracking ", bilik persalinan, dewan ceramah, bilik air serta BBQ. Bayaran berpatutan dikenakan.


Jadi bagi mereka yang sukakan kedamaian, cintakan kehijauan dan kesunyian, Hutan Bandar Johor Bahru pasti dapat menyelesaikan masalah andai semua.


No comments:

Post a Comment