Saturday, June 11, 2011

BATU PAHAT

Kalau sejarah Pasir Gudang bermula dengan kisah gudang pasir, namun berbeza pula dengan sejarah Batu Pahat. Setelah penat memandu 200KM, akhirnya sejarah terungkai juga.

Hampir 300 tahun yang lalu, di sinilah tempat nya, di tepi lautan luas Kampung Minyak Beku, sejarah tercipta. Perigi Batu Pahat, sebuah perigi yang telah di pahat oleh askar siam pada suatu ketika dahulu sebagai inisiatif untuk membuat kawasan tadahan air pabila datang ke Tanah Melayu. Namun begitu, pasukan askar siam kemudiannya telah melarikan diri ke Muar selepas di serang oleh Sultan Melayu Melaka III pada waktu itu, dan bersempena dengan pembuatan perigi tersebut, nama Batu Pahat tercatat sehingga sekarang.

Perigi sedalam 4 kaki ( sekarang ), seluas satu pemeluk tidaklah seperti apa yang piha sangkakan. Piha juga turut membayangkan bagaimana askar2 siam pada waktu itu memahat batu dan membuat saliran air sepanjang batu batan di situ.



Namun begitu, bukan sejarah Batu Pahat sahaja yang piha jumpa, tetapi sejarah Kampung Batu Puteh dan sejarah Parit Asam Kumbang. Sangat menarik..

Kawasan di mana Kampung Batu Puteh mendapat nama...



Kampung Batu Puteh jelas menyatakan " batu puteh " yakni batu yang berwarna putih...Menurut sejarah orang lama2 yang di ceritakan orang tua ayah piha suatu ketika dahulu, Kampung Batu Puteh ini mendapat nama apabila terdapat beberapa batu besar yang berwarna putih tumbuh di satu tempat tetapi tidak di kawasan yang lain. Tambahan pula, batu tersebut akan tumbuh tinggi dan pabila sampai di satu takat ketinggian, batu tersebut akan patah, dan ianya akan tumbuh lagi. Memang betul..apa yang piha pegang, rupanya seperti tanah liat, namun ternyata salah, ia merupakan batu..dan batu tersebut agak rapuh..ada bahagian yang boleh dipatahkan. Sehingga hari ini, bersempena dengan batu tersebut, kawasan perkampungan di situ di beri nama KAMPUNG BATU PUTEH.

Di sinilah sejarah Asam Kumbang terlakar, pokok asam kumbang yang ditebang orang kampung di dalam parit ini tidak hanyut di bawa air.Ini kerana ketika air pasang, batang pokok asam kumbang akan masuk ke dalam parit ini dan pabila air surut, batang asam kumbang akan hanyut semula ke laut. Begitulah ia berlaku setiap hari sehingga kampung ini di beri nama PARIT ASAM KUMBANG.

Seterusnya, sejarah PARIT ASAM KUMBANG. Dengar seperti agak lucu pada mulanya. Namun, ia juga terdapat sejarah di sebalik nama tersebut. Parit asam kumbang ni adalah kampung ayah piha, tempat ayah piha membesar dari kecil sehingga besar. Abah piha sekolah di Kampung Mampan iaitu di Sekolah Rendah Mampan dimana sekarang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Penghulu Salleh. Sesiapa yang familiar dengan Batu Pahat, pasti kenal siapa itu Penghulu Salleh.

Pokok Sagu, tempat dimana abah dan orang kampung dahulu mencari sagu dan daunnya dibuat atap. Tetapi sekarang, semuanya hanya tinggal kenangan.

Seperti yang piha ceritakan dalam blog piha dulu, Panglima Salleh atau Penghulu Salleh ini adalah seorang yang sangat dikenali dan kuat orangnya dalam melawan musuh ketika zaman darurat dahulu di Batu Pahat.

Sekarang, kampung abah piha hanya tinggal pusaka tanah kelapa sawit sahaja sebagai kenang kenangan. Piha juga kadang- kadang membayangkan bagaimana keadaan abah dan keluarga pada masa dahulu ketika zaman darurat, dimana orang kampung tak dibenarkan keluar pada waktu malam selepas pukul 11 malam, makan nasi kawah, mencuri sayur cina, sembunyi dalam rumah dalam keadaan gelap dan sebagainya.


Abah selalu berpesan pada piha, betapa takutnya bila zaman dahulu akan kembali satu hari nanti. Arwah Atuk piha dan juga Nenek lari bertempiaran bila musuh datang.

Semoga roh atok dan nenek di cucuri rahmat dan semoga sejarah dan warisan tidak akan hilang dan luput dek zaman dan vandelisme.

Tak sah kalau sampai Batu Pahat, tak makan ini..
NASI BERIANI MOHD SHAH
PESERAI, BATU PAHAT
JOHOR

2 comments: