Alhamdulillah..piha dengan abah baru saja balik dari meronda- ronda lebuhraya yang baru siap dekat daerah Kota Tinggi. Dua anak beranak saja dekat rumah..apa lagi..asyik " abah tengok adik dan adik tengok abah saja "..sekali sekala abah ajak berjalan...bukan kemana pun...
ke SENAI-PASIR GUDANG- DESARU EXPRESSWAY
itulah nama highway dekat kampung piha. Piha tak pasti lebuhraya tu di bawah syarikat apa. Hehe..ini semua bila abg piha dr kota tinggi datang ke rumah, borak2 beritahu lebuhraya tu dah boleh digunakan sebab sebelum ini, masih ditutup hanya lepas ke ULU TIRAM sahaja, tetapi sekarang, dah boleh ke SENAI, PASIR GUDANG, MASAI, JOHOR BAHRU, KOTA TINGGI, DESARU dan KUALA LUMPUR.
Tapi bagi piha highway ni agak mahal, sebab dari rumah piha ke Ulu Tiram sangat dekat kalau ikut jalan Loji Air Sultan Iskandar berbanding dengan highway ni yang perlu di bayar sebanyak RM4.70 sehala...tambahan banding masa pun lama..jauh pun jauh..
Tapi satu sajalah..tak jammed!..boleh pecut selaju- lajunya..
Tak boleh berhenti di atas jambatan
Setakat ini, laluan ke Kota Tinggi masih lagi percuma, tak perlu bayar se sen pun!..tapi tak tahu lah sampai bila.
Disebabkan highway ni satu line saja, dan tak ada besi pembahagi jalan di tengahnya, kita tak di benarkan untuk U-TURN..kalau sesiapa yang salah jalan tu, atau nak berpatah balik, janganlah sesekali nak U-TURN, piha dah dapat notisnya=D..
Sesiapa yang U-TURN akan dikenakan denda..mengikut kelas kenderaan anda..=D
Ini adalah kad transit macam dekat lebuhraya biasa tu..cuma yang ini gunakan kad keras, macam kad ATM kita lah..
Sturktur jambatan ni lebih kurang Jambatan Pulau Pinang, cuma bezanya tak lah sepanjang jambatan tu, yang ini pendek sahaja, di kelilingi Laut China Selatan.
Namun begitu, perjalanan ke Desaru memakan masa selama 30 minit untuk sampai ke Plaza Tol Kota Tinggi sejauh 35KM dan selaju 90KM/H...
Manakala perjalanan balik piha melalui jalan EXIT Ulu Tiram, yang memakan masa hampir 1 jam untuk sampai kesana, sejauh 57KM dari Plaza Tol Kota Tinggi dan 26KM dari Plaza Tol Cahaya Baru, selaju 90KM/H .
Di Ulu Tiram
Air Horlick Ais
Teh Tarik untuk abah
Mee Goreng Mamak
huhu...habis...menanti esok pula untuk ke Batu Pahat, seperti biasa, melawat kampung dan kebun kelapa sawit..di samping piha nak mencari ini
Bukti...Tempat dimana Batu Pahat mendapat nama di Kampung Minyak Beku, Batu Pahat...ESOK!
salam, highway senai desaru ni dari senai hingga desaru satu lane je ke? ke hanya dari desaru sampai ulu tiram je satu lane yg lain dua lane?
ReplyDeletelepas daripada jambatan dari kedua2 arah satu lane je..kecuali jambatan ada 2 lane..lane laju...=)
ReplyDeleteManarik sangat Jambatan ni.
ReplyDeleteEL-EMEER : yep...satu perkembangan di negeri Johor..)...sekarang dah tak jauh berbanding 1 - 2 jam nak ke Kota Tinggi
ReplyDelete20 minit aje dari BP ke PG..
ReplyDeletebanyak kemalangan berlaku berhampiran jalan yang bertukar kepada satu lorong tuh..berhampiran exit masai... malam raya haji hari tuh...tanker buat u-turn dan dengan tiba2 sebuah proton wira yg dinaiki sekeluarga merempuh tanker tersebut...saya tak pasti mangsa masih hidup atau telah meninggal. memang tak logik highway ni. setiapp minggu itula laluan saya untuk balik kg.. tol pun mahal..
ReplyDeletelyez ajamil : YEP2..BETUL TU...MASA SEMAKIN SINGKAT KALAU NAK IKUT JALAN LAMA=)
ReplyDeleteAFNI ; SUNGGUHKAH BEGITU???...BETUL2...KADANG2 SAYA PUN JARANG JUGA NAK LALU HGWAY TU SEBAB MAHAL SANGAT...JALAN PUN AGAK SEPI LAGI KAN...=)...hmm..RASANYA PIHAK TOL TERSEBUT KENA AMBIL LANGKAH LAIN SEBELUM BANUAK KEMALANGAN DEKAT SITU BERLAKU