Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Johor julung-julung kalinya diadakan sebagai hari memperingati sejarah serta memperkenalkan kepada lapisan masyarakat khususnya remaja kepada peninggalan nenek moyang kita apa yang berlaku sebelum zaman kemerdekaan. Pada tahun ini, sambutan Hari Muzium yang bertemakan MUZIUM DAN KENANGAN amatlah bertepatan seperti apa yang kita sedia maklum muzium merupakan sebuah tempat pameran artifak, bukti2 serta tercatatnya susunan sejarah di sana yang dijadikan sebagai KENANGAN untuk pelapis kita di masa akan datang.
Muzium Kota Tinggi tersimpannya khazanah Kesultanan Melayu dahulu
Amatlah rugi kiranya, sekiranya kita yang hidup di abad yang ke 20 tidak mahu mengambil langkah dan inisiatif untuk mengetahui serba sedikit sejarah tentang apa yang telah berlaku suatu ketika dahulu, ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka serta tokoh- tokoh yang telah memberi banyak sumbangan yang tidak ternilai harganya untuk negeri serta negara.
Acara tahunan ini telah di adakan di daerah Kota Tinggi secara 2 tahun berturut- turut dimana tahun lepas telah di adakan Pertandingan Gasing bertempat Laman Gasing, Kampung Makam Kota Tinggi dan InshaAllah perancangan tahun hadapan adalah dekat Tanjung Balau pula.
Berbagai acara telah diatur sebagai salah satu tarikan kepada hari muzium ini selain daripada Pameran- pameran daripada muzium- muzium di serata Johor yang mengambil bahagian.
Antara aktiviti yang telah di adakan ialah Pertandingan melukis dan mewarna bagi kanak- kanak
Pertandingan mewarna di adakan dalam kawasan muzium
Kanak- kanak ni berusia 4 tahun
Selain daripada itu ada juga pertandingan mewarna mural, congkak, batu seremban serta demonstrasi pembuatan layang- layang, demonstrasi pembuatan sandal tradisional
Kasut sandal kulit kambing tulen berharga RM95
PEMBUATAN CENDERAMATA
Ini merupakan acuan untuk pembuatan cenderamata, rasa seperti jelly
Demonstrasi pembuatan acuan di atas
Ini di antara bentuk2 yang di buat
Piha mencuba buat 1 cenderamata..
Kuda kepang kebanggaan warisan tradisi Johor
Kompang dan gendang daripada kulit kambing tulen daripada Wandarisno
serta pembuatan kuih tradisional. Manakala antara muzium yang turut serta dalam pameran hari muzium ini ialah
MUZIUM BUGIS, PONTIAN
Kitab Bugis
Pakaian pengantin Bugis lelaki
Pakaian pengantun Bugis Wanita
Keturunan kami
Rantai pada baju pengantin perempuan hasil seni yang halus
Piha juga sempat merasa kuih tradisional bugis iaitu bangkit bugis dan kuih bijan. Rasa kuih bangkit agak berlainan dengan bangkit yang selalu kita makan.
MUZIUM LAYANG-LAYANG, PASIR GUDANG
Booth Layang- Layang
Demonstrasi pembuatan wau bulan
MUZIUM TIONG HUA ( betulkan jiha piha silap ), JOHOR BAHRU
Demonstrasi kaligrafi masyarakat Cina
Antara berus yang di gunakan
Menarik!..SUNGAI SEGGET( BERHADAPAN CITY SQUARE SEKARANG )yang dahulunya di jadikan tempat perdagangan untuk pedagang - pedangang menaikkan dan menurunkan barang suatu ketika dahulu.
GALERIUM UTM, SKUDAI
Tarikan..RUMAH DAENG KEBOK peninggalan keluarga zaman- berzaman.
Ini merupakan hasil kerja sekumpulan pelajar UTM
MUZIUM NELAYAN, TANJUNG BALAU
Pameran alat penangkapan ikan tradisional
Nelayan memegang pancing buluh
Lukah, yang di gunakan untuk memerangkap ikan air tawar ( sungai )
SATU- SATUNYA DI MALAYSIA...pertandingan melayar kapal yang di adakan setiap tahun dekat Tanjung Balau, Kota Tinggi. Kapalini akan di lepaskan di atas laut dan di biarkan belayar sendiri, siapa punya yang paling jauh dialah pemenangnya.
Di atas merupakan contoh- contoh pembuatan kapal yang di gunakan KAYU PULAI
Contoh kapal yang sudah siap
Sedang memberi penerangan kepada abah
Abah dan nelayan...hihi
GALERI SENI JOHOR, JOHOR BAHRU
Replika, BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH
Tulisan Khat..
GALERI DATO' ONN
Ahli politik yang di segani
Gambar2 Dato Onn semasa kecil
bendera- bendera negeri Johor...13 kali pertukaran
GALERI TOKOH JOHOR
dan banyak lagi.
Hari muzium ini di adakan selama 3 hari bermula daripada 24-26 Jun 2011.
Replika nisan- nisan yang berada di sekitar lembah Sungai Johor, Kota Tinggi
No comments:
Post a Comment