kredit : Google
Tercapai hajat nak tengok KL Gangster, lepas ni 3..2..1..CINTA pula dan mungkin piha tak akan kembali untuk ke City Square Johor Bahru, tetapi akan ke Pasaraya TODAYS, yang terletak dekat Ulu Tiram, lebih bdekat..dan yang penting sekali..tak JAMMED!
Piha dengan kawan piha, Zaleha dah lama bercadang nak tengok KL Gangster, hasil air tangan anak tempatan yang tidak asing lagi, anak kepada penerbit filem terkemuka tanah air, tetapi malangnya, ini adalah kali yang ketiga, piha terpaksa delaykan plan kami atas sebab yang tertentu..hihihi...
Dengan jalan yang sangat jammed, dan berkelajuan hampir 10KM/J, membuatkan kami tiba lambat dekat sana, mujur kali ini mungkin kerana hari persekolahan, tak ramai yang datang untuk menonton..dan atau mungkin kerna filem ini dah lama ditayangkan...dan mungkin piha adalah antara orang yang paling lambat untuk menontonnya...mungkin juga...
Jadi, selepas 1jam setengah meredah kesesakan lalu lintas yang agak dahsyat,akhirnya,kami selamat sampai..terus book ticket dan selepas itu ke Kenny Rogers.
Bagi piha, filem KL Gangster ni hebat dan terbaik..sebab idea yang dicetuskan tu adalah satu idea yang pengarah lain mungkin belum terfikir untuk membuat filem mengenai kongsi gelap 100%. Dengan pelakon yang hebat Aaron Aziz, Ady Putra telah menaikkan watak dalam filem tersebut. Turut membantu aksi Zizan juga telah menghangatkan kekecohan jalan cerita tersebut dan tidak hanya tertumpu hundred percent pada watak yang serius dan pergaduhan.
Cuma mungkin ini adalah pendapat piha dimana, falling action cerita tersebut agak cepat dan piha tak sangka itu adalah ending nya. apa pun, jalan cerita yang sangat menarik dan SYABAS SKOP PRODUCTION atas kejayaan filem tersebut.
Itu sahaja...
p/s : coming up next : Makam Che Siti 99..apa dia???..tungguuu....
No comments:
Post a Comment