Wednesday, June 1, 2011

RUMAH BARU


Baru sehari Romeo dan Juliet menjadi sebahagian daripada keluarga kami, hari ini, dah dapat hadiah baru...apa dia???...ini dia...

ROMEO DAN JULIET dapat RUMAH...


Terima kasih abah, sebab belikan rumah baru untuk Romeo dengan Juliet ni...Abah kata kesian tengok hamster2 ni main pusing2 tu saja, sempit...yalah..sebab dulu hamster yang sebelum ini, saiznya lagi kecil...tetapi kali ini, abah yang pilih haster warna oren dan putih ini...=)..piha bercadang memang nak beli rumah yang baru,tapi tidaklah secepat ini..


Jadi, tadi selesai saja masak memasak dan mengemas rumah, Piha dengan keadaan yang kurang sihat, gigihkan juga diri ini, memandu kereta pergi ke kedai haiwan dan pilih rumah hamster, naik rambang mata piha di buatnya, manakan tidak, semuanya comel2 belaka!

Jadi, piha pun pilih lah rumah yang ini...


Sebab semalam abah macam suka rumah hamster yang ada rumah comel di atasnya,jadi berbalik pada yang asal, piha terus grab rumah hamster nya...


RM40...jadi lah..harga asal RM55...dannn..bukan itu sahaja yaa...siap ada syampu lagi...

( rotate kepala anda..hehe )

Kata taukeh kedai tu, kita sembur pada bulu hamster ini sahaja, seminggu sekali, sebab selain dapat mewangikan hamster ini, ia juga dapat membunuh kutu2 yang ada di celah2 bulu depa...hehehe...

Amboi...Romeo dan Juliet nampaknya sekarang dah melawan taukeh ni....hmmm....kalaulah piha minta dekat abah nak motor...abah belikan tak???...

hihihi..apa2 pun..terima kasih abah...lepas ni kita bela ikan pula okeh!

No comments:

Post a Comment