Hampir 3 minggu lebih nak masuk sebulan piha cuti semester, dan seperti entri yang lepas piha dah pergi Camping SMF, dah ke Kedah jumpa kawan baik piha dan juga piha dah ke Kelantan untuk bertemu abg tiri dan mak cik piha. Alhamdulillah segala perjalanan dan jadual piha berjalan dengan lancar sekali. Piha telahpun selamat pergi dan balik ke kampung halaman.
Entri kali ini adalah piha nak recap perjalanan sepanjang semester 1 di tempat yang baru, suasana yang baru, environment yang baru, kawan baru dan juga pensyarah yang baru iaitu ada DR D, PROF AMELIA, MR. ZAHARI, MADAM YATIE dan PROF BUKHORI
Secara jujurnya, khabar gembira bila piha dapat UITM, dan ingat lagi pada waktu itu, malam lebih kurang pukul 9.00malam, piha check result permohonan di laman web pengambilan pelajar UITM, terdapat surat tawaran untuk piha.. Namun, lebih kurang seminggu sebelum itu,piha agak terkejut bila UITM call piha minta fax kan result exam final sem piha dekat UNISEL, dan kemudian esok nya piha kelam kabut balik ke Shah Alam ambil result dan Madam AA tolong fax kan result piha, dan alhamdulillah,piha mendapat surat tawaran dan piha sangat gembira..tak sabar nak pergi dan sebagainya..... Namun begitu, setiap malam piha menangis .sebab piha ingatkan UNISEL..biasalah tu..tempat yang banyak mencurahkan ilmu oleh pensyarah2 piha teruatama Madam AA, Madam Gina,Madam Adlene, Mr Nazri, Mr. Dat, Mr. Hasni, Mr. Ismail, Mr. Azrul, Prof Ali dan ramai lagi...
Namun begitu, minggu pertama piha berada di UITM Shah Alam..ingat lagi, setiap malam itu lah piha menangis, di tambah pula pada hari pertama piha masuk ke dalam kelas, piha tak tahu nak berkawan dengan siapa dan nak study group dengan siapa satu hari nanti, dan pada waktu itu piha tak tegur sangat dengan sesiapa. Sebab piha student diploma, dan kami tak ada minggu orientasi, jadi bagi piha piha tak ada sesiapa yang boleh terus di jadikan geng, pada waktu itu hanya tuhan saja yang tahu, sedihnya...sebab mana2 yang ada dari STPM masing2 macam dah ada kawan nak ke kelas, mana adik2 dari foundation juga punya geng mereka sendiri. Pada waktu itu,tidak hairanlah mengapa piha sering keseorangan.
Piha ingat lagi orang pertama piha tegur iaitu Syasya Yucca ( FB ). Dia merupakan kawan interview sama2 dengan piha masa dekat UITM Bandaraya Johor Bahru. Mujurlah..ada juga orang yang piha kenal. Lagi seorang Faezah atau ezah..dia yang tegur piha dulu, sebab nadia rakan piha masa UNISEL sekampung dengan dia tinggal di Sungai Besar. Seterusnya Fifi..senior piha masa dekat UNISEL dimana sekarang sekelas dengan piha, masa itu, piha rapat dengannya, sehingga kami terpaksa berpisah kelas dan mencuba lagi.
Pun begitu,masih ramai lagi yang piha tak kenal,yalah hanya sya sahaja padawaktu itu,kemudian piha ke kelas sorang2...huhu...survive tak survive piha dekat tempat baru???. Tapi lama kelamaan, piha dapat bergaul dengan seorang demi seorang...=) sehinggalah sampai sekarang piha kenal dengan semua sekali, inshaAllah jika di tanya nama, piha dapat cam siapa dia...terutama adik2 kesayangan piha anis, zaf dan bella, fifi..tak lupa maria rahimah, seorang yang banyak memberikan kata2 untuk piha....
Anis, zaf, bella,maria dan fifi..sayangnya kita tak punya gambar bersama. Semenjak kita berkawan, kalian banyak sangat memberi semangat piha dari belakang, sentiasa menemani piha, kesana, kesini..Diri yang kadang2 terasa kesunyian ni menjadi gembira bila kalian ada di sisi piha. Piha mengharap sangat agar persahabatan kita akan kekal sehingga selamanya.
Setakat ini,inilah yang paling rapat dengan piha di samping piha punya ctot, akyda, farah deeba, ezah, eiqa, lisa, nadia sunflower, mot, cik yummies, arifah, fatin, aqlily, asmah, nisa ( maaf jika piha tertinggal untuk mention nama )dan yang lelaki kelas piha sah2 piha ingat sebabnya ada 5 orang taklain tak bukan ada isa,azim,emi, fahmi dan qarami. Kelas pun dr MC23S1A ke MC23S1B..
Alhamdulillah,hari semi hari, saat demi saat,kami semakin rapat...dah boleh bergurau antara satu sama yang lain.
Ini merupakan trip kelas kami yang pertama, kami di jemput oleh RTM dalam rancangan AKTIF 5, episod yang pertama. Masa ni azim lah yang paling peramah sekali, kira macam paling menyerlah lah.
Gambar2 shooting kelas photography,
Sehinggalah ke Dinner Broadcasting yang bertemakan BROADCAST YOUR FANTASY TO REALITY. dimana piha dan emi telah di pertanggungjawabkan untuk membuat teater muzikal, bagi piha bekerjasama dengan emi teramatlah senang, sebab idea dia merupakan seorang yang mempunyai idea yang bernas dan sangat kreatif. Emi ni dalam kelas agak pendiam, kata orang diam2 ubi berisi, tetapi kalau dalam Facebook teramatlah kecohnya... Alhamdulillah, segala skrip, konsepnya senang diterima pakai, bila piha edit skrip, emi tolong check, dia lah mencari lagu,me minuskan lagu dan bermacam lagi..ingat lagi masa dekat melaka,kami kehilangan kertas coklat,kami mencari bersama2 ke kedai berjalan kaki di bawah panahan terik mentari, bermacam2 lagi dugaan dengan props yang patah, bas yang rosak, seperti dalam cerita DUNIA BARU. Pun begitu inilah hasilnya...
komitmen yang di berikan sangat memuaskan, semua membari idea dan sikap tolong menolong amat kaya dalam kelas MC23S1B dan kami tampil sebagai kumpulan persembahan yang terbaik.
Sehinggalah ke bulan terakhir iaitu bulan peperiksaan, dimana kami saling memberi dan bertukar tips2 exam...tengah2 malam pun kami saling bermesej, call dan sebagainya..
Namun begitu, bait2 kenangan sewaku diploma masih segar dalam fikiran. Thanks madam Azian, Madam Gina dan Madam AD sebab banyak memberi nasihat untuk piha kuat berada di sini. Thanks linda, aina, az, wanie..sebab menjadi the best diploma members in UNISEL.
WARNA WARNI BROADCASTIAN
Ternyata, bagi piha yang pada mulanya merasakan amat sukar untuk mengadaptasi situasi lama ke tempat yang baru ternyata salah, ia amat menyeronokkan sebenarnya....
Namun begitu, ia merupakan detik yang paling berharga dimana kita belajar benda yang baru dan mendapat pengalaman yang baru. SUDAH TENTU!..sekarang, piha teramatkan sayang kawan2 kelas piha..(^_^)
JUMPA NEXT SEM!
p/s : KELUARGA..yaaa..kita adalah keluarga..=)
salam sayang;
SUPIHA HASIM
secara rasmi menutup jurnal kehidupan semester 1, PENYIARAN, UITM, SHAH ALAM
hahahhaha..:P
ReplyDeletebaru saya tahu saya sangat peramah ketika trip g RTM untuk AKTIF 5 tuer....
saya bukan seorang yang pemalu ker???
Azim...tak lah..rasanya azim lah yang agak menonjol masa awal2 kelas dulu...rajin bertegur sapa...=D...
ReplyDeleteIngat tak masa sebelum pergi recording AKTIF 5, rasanya tu first time azim tegur piha..hihi..dalam FB..chat..
lorrr....ya ker??? hahahha...
ReplyDeletemaluklamlah syakan seorang yang pemalu...:p
azim kna cam muka owang...nma jer tak thu...tips tongues kan...dalam psychology tuer..:p
Eeeeleh....dari situ jugalah piha mentioned bahawasanya ada adik yg bernama muhammad azim ni...
ReplyDeletecomey blaka...=)
supiha puji saya...oucchh..
ReplyDeletepitam jap...hahah..:p
weng..weng...pitam..haha...=D
ReplyDeleteahhahhha..btw..knapa pic azim tk kuar kat komen piha nier yer...
ReplyDeletehaa..kenapa tak keluar azim?...dekat profile blog azim letak gambar tak??
ReplyDeletewaaaa..hihi..best bila kenangkan.. :)
ReplyDeleteyeayyy..betul..=)
ReplyDeleteazim pun tk sure?? tk ltk kot...
ReplyDeleteAzim tam tam...letak laa..=D..jom update blog!
ReplyDelete