Saturday, June 4, 2011

BAYI AMANAH ALLAH



" SESIAPA YANG MENGABAIKAN ANAKNYA DAN MENCELANYA DI DUNIA, MAKA ALLAH YANG MAHA SUCI DAN MAHA TINGGI AKAN MEMBONGKAR CACAT CELANYA PADA HARI QIAMAT DI HADAPAN PARA SAKSI SEBAGAI BALASAN SETIMPAL .

( DARI IBNU UMAR RIWAYAT RASULULLAH S.A.W )

Satu tajuk yang umum, subjektif. Semakin keras undang2 di kuatkuasakan, semakin menjadi2 ia berlaku.

Acapkali, kes pembuangan bayi boleh di katakan menjadi isu hangat di dada akhbar. Bayi di buang di merata tempat, di dalam tong sampah, di tinggalkan di surau, di hadapan rumah orang lain, di dalam lubang tandas malah di bakar!


" BAHAWASANYA RASULULLAH S.A.W MENCIUM HUSIN BIN ALI R. A ( CUCU BAGINDA ), MAKA BERKATALAH AL-AQRA' BIN HABBAS :" SESUNGGUHNYA BAGIKU ADA SEPULUH ORANG ANAK TETAPI AKU TIDAK PERNAH MENCIUM SATU DARI MEREKA." MAKA BERSABDALAH BAGINDA " BARANGSIAPA TIDAK MERAHMATI, DIA TIDAK MERAHMATI "

Dari Abu Hurairah

Baru2 ini, piha menonton Malaysia Hari Ini, dimana Malaysia telah menguatkuasakan undang2 untuk membendung permasalah kes pembuangan bayi di bawah AKTA KANAK-KANAK yang terkandung di dalam Artikel 5 FEDERAL CONSTITUTION, menyatakan bahawa kanak2 mempunyai hak untuk hidup.



" SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T MEMPUNYAI HAMBA YANG TIDAK AKAN DI AJAK BERCAKAP PADA HARI QIAMAT,TIDAK AKAN DI SUCIKAN DAN TIDAK AKAN DILIHATNYA." SEORANG SAHABAT BERTANYA : " SIAPAKAH ITU YA RASULULLAH?" BAGINDA MENJAWAB ( YANG BERMAKSUD ) " ORANG YANG LEPAS TANGAN DARIPADA KEDUA- DUA ORANG TUANYA,BENCI KEPADA KEDUA- DUANYA DAN ORANG YANG BERLEPAS TANGAN DARIPADA ANAKNYA "

Hadith di atas sangat jelas menyatakan bagaimana pandangan islam terhadap orang- orang yang membiarkan amanah Allah yang sangat bernilai ini. Ia menceritakan tentang bagaimana sahabat Rasulullah pada waktu itu tidak pernah menzahirkan sayang kepada anaknya. Barangsiapa yang tidak mengasihi,maka tiada kerahmatan keatasnya.

Rasulullah pernah bersabda lagi :

"BARANGSIAPA MEMPUNYAI ANAK KECIL, HENDAKLAH MENJADI ANAK KECIL TERHADAPNYA"

Riwayat Ibnu Asakir


Jika di lihat pada situasi statistik kes pembuangan bayi di Malaysia, ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan lebih2 lagi Malaysia yang boleh dikatakan sebagai sebuah simbolik negara islam.

Kehidupan ganerasi yang terlalu mengikut arus peredaran masa membutakan mata mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa batasan agama. Kehidupan terlalu bebas dalam mengejar kenikmatan dunia membuatkan mereka terlalu ghairah melalukan penzinaan. Lalu,bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa keadaan dan kezaliman dunia.

Akibatnya, mengandung dan melahirkan anak luar nikah hasilnya. Amat menyedihkan pabila kes sebegini di pelopori dan majoritnya adalah manusia berbangsa melayu. Pegangan agama yang nipis telag menghalalkan perbuatan haram mereka.

Anak merupakan AMANAH DARIPADA ALLAH, dan sesiapa yang melakukan penzinaan di luar nikah dan membuangnya amat besar dosanya di sisi Allah Taala.

Allah berfirman di dalam surah An- Nisa ( ayat 93 ) : maksudnya...

" DAN SESIAPA YANG MEMBUNUH SEORANG MUKMIN DENGAN SENGAJA,AMAK BALASANNYA IALAH NERAKA JAHANAM, KEKAL DIA DI DALAMNYA DAN ALLAH MURKA KEPADANYA DAN MELAKNAT AKANNYA SERTA MENYEDIAKAN BAGINYA AZAB SEKSA YANG BESAR

Sesungguhnya anak merupakan anugerah daripada Allah dan kita diberi amanah untuk menjaganya. Mungkin ada pasangan yang berkahwin bertahun- tahun masih tidak di kurniakan anak,tetapi bagi pasangan- pasangan sebegini mengambil jalan mudah dengan membuangnya sebegitu sahaja.

Pembuangan bayi amatlah di tegah di dalam agama khususnya agama islam. Bagi sesiapa yang melakukannya, maka hukukam beratlah menjadi habuan nya.

" ibu...ibu...kau lah ratu hatiku..."

Wallahua'alam
Ilalliqa'

Pictures : Credited to Google
Hadith : Credited to Fatima-az-zahra Blog



No comments:

Post a Comment