Thursday, June 2, 2011

THIS IS MY DREAM

Be what u wanna B...

Tajuk lagu yang sedang berkumandang dalam blog piha sekarang. Sejajar dengan cita- cita setiap orang,pasti mereka mempunyai impian masing. Impian, yang piha boleh ertikan sebagai kehendak seseorang untuk menjadi sesuatu atau mencapai matlamat masing. Tidak kiralah impian untuk menjadi doktor, peguam, polis, pegawai bomba atau suri rumah tangga sepenuh masa.

Selain itu, impian untuk mencapai sesuatu, sebagai contoh nak ada rumah banglo setinggi 3 tingkat, nak ada kereta mewah, nak kan ini dan sebagainya..

Impian satu topik yang sangat subjektif, kerana setiap impian tu ada dalam diri setiap yang bergelar sebagai insan. Mungkin ada impian rakan blogger yang sudah tercapai, mungkin juga ada yang sedang berusaha untuk mencapai impian itu dan mungkin ada yang baru menanamkan hasrat untuk mengejar impian anda...

Tetapi..apa pula impian piha??..jeng3...

CITA-CITA

Bagi piha pula, piha juga mempunyai impian, impian daripada kecil sehinggalah kini,iaitu ingin menjadi seseorang yang bekerja dengan media...dengan erti kata lain menjadi MEDIA PRACTITIONER. Itu baru satu impian...yang sedang piha merangkak perlahan2 untuk sampai ke puncaknya. Memang piha akui, impian ini adalah sejak daripada piha kecil lagi, di samping pupuk semangat yang diberi oleh abah dan arwah emak piha dalam piha menyertai berbagai pertandingan bercerita sedari piha kecil hingga lah ke zaman menengah.

Higgalah ke universiti dan dapat menggenggam skrol diploma dan ijazah...seterusnya piha nak menjadi pensyarah..


Bila dah capai impian itu, piha teruskan impian piha untuk...???

Mengumpul seberapa banyak aset..
Dah cukup duit,piha nak mengerjakan Haji di Mekah pada usia muda, sementara kudrat masih kuat..
Nak bawa abah menunaikan Umrah...


selain itu...

Kereta impian pertama piha ialah kereta nasional dahulu,takut tak cukup budget pula nak bayar bulanan..then bila dah kukuh, piha nak kan Chevrolet dan InshaAllah impian last sekali ialah kereta LOTUS


Rumah pula Banglo 3 Tingkat, dimana ruang tamunya berdindingkan kaca, ada taman bunga,bertemakan merah dan juga hitam..


Piha juga selalu berdoa agar dipertemukan dengan sang jejaka yang dapat membimbing piha ke arah kebaikan, bukan lelaki yang ingin mengambil kesempatan atau pun pisau cukur~~


Antara kriteria jejaka idaman piha :

  • Mestilah seorang lelaki SEJATI
  • Patuh pada agama dan keluarga
  • Menghormati ayah piha dan keluarga piha seperti mana piha menghormati beliau..
  • Penyayang
  • Romantik
  • " SOFT SPOKEN"...bukanlah yang cakap menengking dan mudah meninggikan suara..
  • Bertolak ansur...
  • Ikhlas menyayangi piha..dan IKHLAS mengadakan hubungan dengan piha..
Tak banyak...cuma itu sahaja..hahahaha...sekarang dah memasuki tahun yang kedua piha menjalani kehidupan seorang yang single dan inshaAllah...kata orang,kalau ada johoh tak kemana..

SO..tangan selalu menadah ke langit untuk dipertemukan jodoh yang baik...=)

.......panjang lebar bercerita soal jodoh......

Sesudah itu, piha nak bina keluarga....sehinggalah ke akhir hayat..=)

p/s : PICTURES CREDITED TO GOOGLE.COM




2 comments:

  1. woow!cursor supiha hasim la...dia ikut je mne kite pergi..rinduuuuuu <3 <3

    ReplyDelete
  2. Lindaaa...lama tak datang niiii..selamat datang!!..

    ehhehe...lindaboleh buat jugak lah!..missu too my dearest friend!!

    mmmuah..lot of lurve

    ReplyDelete