Monday, January 17, 2011

AKTIF 5

Trip pertama untuk kelas MC23S1B ke RTM, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Suasana yang sangat kecoh dan happening di dalam bas, membuatkan kami tak kering gusi dengan gelagat masing- masing. Kami, pelajar semester 1 di jemput untuk menghadiri seterusnya menjadi tetamu untuk memeriahkan rakaman rancangan permainan yang terbaru untuk TV2 berkolaberasi bersama ASTRO ( siaran berapa, piha tak berapa ingat ). Jadi, kami lah semester 1 yang di maksudkan itu, sepatutnya satu kelas mesti pergi ke sana, yalah..dapat tahu bagaimana bidang broadcasting atau pun penyiaran sebenarnya berlaku di sebalik tabir kaca televisyen ini.


Sebelum ini, semasa piha masih lagi menuntut di UNISEL, sudah 2 kali piha dan rakan kelas menghadiri dan memeriahkan rancangan terbitan ASTRO, iaitu Sehati Berdansa ( episod Kemerdekaan ) dan Wuhai Beramboi. Tidak kurang bezanya, kecoh antara rakan UNISEL dan UiTM. Piha akui, semasa berada di studio rakaman, piha teringat akan rakan seperjuangan diploma dulu, dan sekarang bila mereka ternampak sekali lagi muka piha di kaca televisyen, membuatkan piha sebak, kerana kali ini piha bersama rakan yang lain pula=(. Piha amat merindui kalian Kumpulan B, UNISEL.

Kami bertolak ke Angkasapuri tepat 5.15petang, menaiki bas RTM yang telah di sediakan, dan tiba di sana 30 minit selepas itu. Setibanya kami di sana, terus mengambil gambar dan berposing sana dan sini. Tak lama kemudian kami di beri makanan untuk menjamu selera. Sempat juga piha berpusing- pusing di sekitar RTM yang sangat luas. Piha terlihat, antara RTM Radio dan RTM TV, di pecahkan kepada bangunan yang berasingan. Dalam bangunan TV, terdapat banyak department, salah satu daripadanya ialah Bilik Berita, tempat idaman piha. Kalau di beri peluang untuk piha masuk ke dalamnya, pasti tak akan piha sia- siakan.


Tepat jam 8.00malam, kami di arah untuk masuk ke dalam studio rakaman. Piha ternampaklah Control Room dimana bilik mengarah studio kamera dan sebagainya. Manakala di dalam studio, terdapat props dan studio kamera, tak kurang juga celoteh pengacara rancangan tersebut iaitu salah seorang daripada kumpulan FLAVA semasa rancangan GANGSTAR terbitan TV3 dahulu. Siapa nama empunya badan, piha tak tahu. Sebuah rancangan yang sangat menarik dan selamba ala2 rancangan EWAH2 dan MACAM2 AZNIL. Tetapi ada kelainan sedikit pada 5 segmen yang meminta para contestant untuk menyanyi, bermain muzik dan sebagainya.


Rakaman selama 1 jam sangat membuatkan kami para penonton dari dalam studio tidak kering gusi. Sangat lawak...dengan celoteh para peserta. Ada yang menari, menyanyi dan macam2 ragam lagi. Artis jemputan NANA yang semakin cantik, memeriahkan lagi rancangan pada malam itu.

Dan yang paling best sekali pada malam itu ketika ada hadiah untuk penonton yang sporting dan penonton yang paling bergaya. Piha lah salah seorang pemenang tersebut=)

LOL!

p/s : Gerenti huduh muka dalam TV

3 comments:

  1. bila masa siarannya nanti?

    ReplyDelete
  2. MR TE : MAAF..

    piha lama tak blogwalk kat blog MR TE..banyak sangat kerja..

    siaran langsung masa ni..live dari TV2 pukul 9 malam=)

    ReplyDelete
  3. oh takpe, eh..yang Piha pergi ni siaran minggu pertama ye?malam tadi ada tgk tapi xnampak pun hehe..katanya siaran minggui ke2..alih2 channel tiba2 ternampak aktif 5 :D

    ReplyDelete