Saturday, January 8, 2011

KESATRIA!


" Cepat lah sikittttttt!!!!!!...Lari lahhhh!!!! "

itu lah ayat pertama yang piha dengar sewaktu sebaik sahaja menapakkan kaki di Padang Kawad UiTM ini. Piha, fifi dan achik tiba di padang kawad dalam pukul 8.oo pagi, dan ketika itu semua pelajar sudah pun masuk dalam barisan masing- masing.

Bukan kata- kata selamat datang yang di dengar, malah pekikan para komander yang menyambut kedatangan kami, pelajar baru. Tak mengapa, minggu hadapan, pasti kami akan punctual!. Sebaik sahaja kami masuk dalam barisan, kami di pecah- pecahkan mengikut company dimana pelajar Mass Comm di pecahkan sebagai company F dan seterusnya. Kami di perkenalkan dengan jurulatih serta komander yang bertindak sebagai penolong kepada jurulatih. Tetapi sebelum itu, kami di arah berkawad dalam barisan masing- masing.

Perjumpaan kali ini hanyalah sekejap sahaja, tetapi masih ada peristiwa yang mengejutkan piha dan situasi tersebut sangatlah pelik, iaitu terdapat 2 orang pelajar yang pengsan. 1001 soalan bermain dalam fikiran piha, bagaimana pelajar tersebut boleh pengsan? sedangkan kami berada dalam barisan hanyalah seketika sahaja, tidak sampai setengah jam pun. Cuaca pun tidak panas, hanya mendung serta hujan renyai dan berangin. Sangat pelik.

Baik, ko-kurikulum untuk minggu ini sudah tamat, jadi minggu hadapan kami di minta membayar duit untuk PERKHEMAHAN serta membeli baji Kesatria tersebut.


p/s : tak sabar nak bercamping pulok!

1 comment:

  1. Tabahkan hati yek...i paham perasaan u bile kena jerit2 mcm tu...coz dulu i masuk ROTU penat gak..i follow u..mai la follow i

    http://cewahcewah.blogspot.com

    ReplyDelete