Thursday, January 20, 2011

AROUND THE CORNER

Kredit : Google

Ini baru permulaan sebagai pelajar IJAZAH SARJANA MUDA. Sudah ada kerja , perbincangan dan " assignment " yang harus di hantar pada tarikh yang telah di tetapkan. Namun begitu, semangat yang kental dalam diri ini, sentiasa di gigihkan untuk memberikan yang terbaik dlaam segala hal.

Naik cuti tahun baru cina ini, piha ada 3 pembentangan yang besar di dalam kelas iaitu untuk subjek psikologi, Intro to Mass Comm dan juga TITAS. Walaupun ada subjek yang boleh di buat pengecualian kredit, namun untuk kami semester 1, tiada pengecualian kredit di benarkan. Piha pun sebenarnya sudah pun buat pengecualian kredit itu, namun, kalau ada pun subjek yang di benarkan, untuk semester hadapan, dan untuk semester ini, kami ambil semua subjek. Tapi tidak mengapa, asas yang telah di beri oleh para pensyarah semasa diploma dulu, InshaAllah, kami ingat.

Terasa sekarang terlalu banyak kerja yang harus di siapkan. Namun KOMITMEN! dan sikap PROFESSIONAL sentiasa di tanam dalam diri ini. Harapan semoga segala kerja di antara kumpulan mahupun sendirian berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment