Sunday, January 23, 2011

HARI TAUTAN KASIH MELATI

Hari Tautan Kasih Kolej Melati telah pun selamat dilaksanakan pagi tadi.Tujuan Hari Tautan Kasih di adakan adalah untuk " bertaut kasih " di antara penghuni kolej antara blok ke blok, aras ke aras, bilik ke bilik, malah bersama pihak pengurusan bersama dengan para pelajar.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar di tambah pula dengan cuaca yang sangat baik. Seawal 7.30 pagi, acara di mulakan dengan Senamrobik 1 Malaysia. Susana yang sangat gamat menambahkan lagi keceriaan pagi yang penuh dengan keheningan. Gabungan lagu berbagai etnik membuatkan kami terkesima dengan alunan lagu yang sangat unik.

Setengah jam berikutnya, kami di hidangkan dengan sarapan nasi lemak bersama air teh, dan kemudian acara permainan dimana piha bersama ama, sha dan izah menyertai permainan Halangan Maut!, dimana satu kumpulan terdiri daripada 20 ahli. Permainan yang sangat menyeronokkan dimana terdapat 4 checkpoint yang perlu dilaksanakan, manakala piha pula bermain di chek point yang ke empat.


Selepas itu banyak lagi acara permainan seperti Chicken Little, Musical Chair dan macam2 lagi. Hari bertuah piha juga bila piha memenangi hadiah cabutan bertuah pada hari ini. Syukur, nombor 971 membawa kegembiraan untuk piha.
Acara yang tamat pada pukul 12.00 tengah hari di akhiri dengan aktiviti mengemas aras da bilik masing2. Bilik yang terkemas dan yang terkotor akan di umumkan kelak.

p/s : next event : camping!

No comments:

Post a Comment