Saturday, July 9, 2011

READY TO GO


Alhamdulillah, finally..rancangan untuk ke Universal Studio Singapura akhirnya menjadi kenyataan. Sebenarnya, rancangan piha untuk ke Singapura agak lama cuma tidak mendapat lampu hijau daripada abah. Tetapi, selepas abah menceritakan ketika abah selalu keluar masuk ke negara singa itu, membuatkan piha sengaja cakap yang piha pun nak ke sana juga. Abah membenarkan piha untuk pergi tapi dengan syarat, ada teman pergi sama.

Jadi, piha pun terus menghidupkan pasport dan mencari tiket untuk direct ke sana. Nak memandu kereta, memang tidaklah, dengan kesibukan kotaraya, imigresen, AutoPass dan segala macam lagi. Jadi, naik kenderaan awam yang paling terbaik untuk piha. Semenjak daripada itu, piha try survey2 sedikit negara Singapura, matawang mereka, apa yang do and donts di sana, stesyen2 bas, MRT, tempat makan, hotel dan bermacam lagi. Kata orang, masuk kandang kambing mengembek.

Pasport juga dah siap, Tahniah dan terima kasih pada Jabatan Imigresen Malaysia cawangan Tampoi, Johor di atas komitmen anda yang sangat efisyen!....

walaupun nombor piha yang sangat jauh, tapi anda semua sangat berdedikasi dan senyuman tu tak pernah lekang daripada mulut serta ramah tamah!


2 comments: