Entri ini adalah untuk pelancong yang pertama kali ingin menjejakkan kaki anda ke Kota Singa
( Singapura )
Singapura merupakan sebuah negara yang maju dari segi teknologi serta pembangunan mereka. Setiap kali kita menjejakkan kaki ke sana, pasti, tak menghampakan. Dengan masyarakat sana yang ringan mulut, inshaAllah tidak akan membuatkan kita sesat sepanjang berada di sana.
Pengalaman piha sepanjang berada di kota singa serba sedikit dapat memberi piha satu environment yang baru di mana suasana kota yang agak berlainan daripada Malaysia.
Kali ini, piha nak share sedikit tentang panduan- panduan yang boleh digunakan oleh para blogger yang mungkin menanam hasrat untuk menjejakkan kaki ke UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE buat pertama kali. Mungkin ini boleh membantu kalian.
1. KENALI SINGAPURA
Jika anda gemar menaiki kenderaan awam ke negara orang seperti piha, sebaik- baiknya, anda kenali selok belok negara yang ingin anda jejaki. Kenal pasti stesyen bas yang terdapat di setiap pelusuk negara terbabit.
Seperti contoh, di Singapura, jika anda memasuki Sengapura daripada Stesyen Bas Larkin, Johor Bahru, akan terdapat 1 lane dimana bus Singapura akan bersilih ganti ( shuttle ), anda hanya perlu beratur dan menunggu bas tersebut. Kebiasaannya bas yang bernombor 170. Daripada Larkin, bas tersebut akan melalui Stulang Laut dan ke CIQ Johor. Anda perlu naik eskalator untuk check pasport dan mengisi borang putih, dan kemudian terus ke Platform A untuk meneruskan perjalanan anda.
**Anda tidak perlu risau ditinggal bas, kerana bas sentiasa bersilih ganti.
Namun begitu, ia juga sama seperti jika anda masuk ke Singapura melalui LINKEDUA ( Gelang Patah ), dimana anda perlu check pasport anda setibanya anda di Departure Hall Gelang Patah dan cop pasport anda di Imigresen Singapura setibanya anda di sana dan mereka akan scan seluruh barang serta badan anda.
STESYEN BAS UTAMA : KRANJI MRT , QUEENSTREET, BUGIS STREET
2. BAJET ( BUDGET )
Kredit : moneyconverter.com
Bajet dan tukaran matawang asing sangat penting jika anda ingin melancong ke luar negara. Sebaik- baiknya anda perlu mengira wang saku anda secukupnya. Dibawah merupakan kadar tukaran matawang antara Malaysia dan Singapura.
Anda kira berapa hari anda ke sana, makan minum, dan sebagainya. Jika anda menaiki kenderaan awam di sana, anda tidak perlu risau kerana tambang adalah SEHALA sahaja. Jika anda menaiki kenderaan yang sama serta nombor bas yang sama, anda hanya perlu menunjukkan tiket tersebut.
Jika anda mempunyai kad VISA/ MASTERCARD ia merupakan satu kebaikan untuk anda untuk berurusan di luar negara, kerana jika anda kekurangan wang, anda boleh menggunakan kad anda.
Namun, apa yang terjadi pada piha, piha perlu mengira setiap " se'choit " benda yang akan berlaku, piha perlu mengira wang saku makan, tambang, wang emergency serta berapa bajet yang piha akan spend untuk membeli belah di sana. Piha perlu mengira secukupnya sebagai langkah berjaga- jaga jika piha terkandas di sana. Maklum...piha tak di benarkan meggunakan segala macam kad melainkan MEPS...
3. DO AND DONT'S
Credit : Google.com
Orang kata masuk ke kandang harimau mengaum,masuk ke kandangkambing mengembek. Bukan sahaja di negara Singapura, malah turut di negara lain juga, anda perlu tahu apa yang boleh dilakukan danapa yang tidak patut dilakukan sepanjang anda berada di sana.
Sebagai contoh, di Singapura anda tidak di benarkan sekali- sekali untuk :
- MEROKOK
- MEMBUANG SAMPAH
- MAKAN GULA GETAH
denda adalah lebih kurang SGD 500..jika anda convert ke wang Malaysia????...
3. PETA / GPS
Credit : Google.com
Jika anda menaiki kenderaan anda sendiri, anda boleh menggunakan GPS sebagai panduan arah untuk ke destinasi, tetapi, jika anda seperti piha yang menaiki kenderaan awam, PETA adalah nyawa anda untuk mengira anda sekarang sudah berada di mana.
OK..SEKARANG ANDA AKAN MEMULAKAN JOURNEY ANDA KE UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE
Piha memasuki ke Singapura dengan menaiki Bas Odyssey ( EXPRESS ) daripada Hotel Tune, Danga Bay, Johor Bahru. Di sana terdapat shuttle bas setiap hari untuk ke Singapura dan direct terus ke RESORT WORLD SENTIOSA ( RWS ). Dengan harga RM25, anda boleh menaiki bas tersebut secara " return " atau ulang alik. Boleh rujuk di sini.
Anda boleh juga boleh mendapatkan maklumat tentang UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE di sini
Perjalanan selama satu jam bermula seawal 7.00pagi daripada bandaraya Johor Bahru, memberikan anda mood untuk bersuka ria di dalam USS. Piha dan kawan piha tiba di sana seawal 8.00 pagi dan berkesempatan merenung sekeliling alam kota singa.
USS mula beroperasi pada pukul 10.00 pagi sehingga 9.00 malam dan tiket mula dijual pada pukul 9.00 pagi.
Anda perlu berhati- hati, kerana perancangan anda untuk ke mana- mana destinasi hendaklah strategik, pastikan tiket masih lagi dijual, kalau anda merancang untuk pergi masa "peak " sepeti year end serta weekend, pastikan anda book tiket anda awal- awal untuk mengelakkan tiket daripada SOLD OUT!
Tiket USS ini berbeza daripada weekdays dan weekend serta ada hari- hari tertentu ( anda boleh rujuk laman web USS di atas )
Ok...jam tepat 10.00 pagi, tiket anda akan scan terlebih dahulu di pintu masuk. Selepas itu, anda boleh memulakan keceriaan anda di sana.
Universal Studios Singapore/ USS, terdapat 7 tema pasti memberikan kita mood yang berlainan.
1- HOLLYWOOD
2- NEW YORK
Piha tak sempat mencuba bermain attraction di sini, kerana kesuntukan masa=(
3- SCI-FI CITY
Battlestar Galactica : CYCLON ..Most adventurous attraction!!..piha tak berani nak naik walaup di pujuk berpuluh kali oleh zaleha. Cukup hanya di Genting highlands!!
4- ANCIENT EGYPT
Thanks to photographer ( foreigner..hihi )
The most suspend atrraction. Roller Coaster di dalam gelap, pasti membuatkan anda bermain dengan perasaan dan anda tidak akan tahu apa yang berlaku di depan anda!!...SERIOUSLY!!
5- THE LOST WORLD
CANOPY FLYERS : membuatkan anda gayat memandang ke bawah!!
6- FAR-FAR AWAY
SHREK 4-D ADVENTURE!!
...the best movie effect eva!!..dengan kita- kita sekali rasa...TERBAIK!!
7- MADAGASCAR
KINGS JULIAN'S BEACH PARTY-GO-AROUND : bersuka rialah anda dengan menaiki bot karakter kegemaran anda!!
MADAGASCAR : A CRATE ADVENTURE: Menaiki bot sambil pusing2...selami dunia MADAGASCAR!!
Dan banyak lagi attraction...Apa lagi????....JOM LAH!!
best sey!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!jeles..
ReplyDeleteEncik Taufan....dah duk JB..apa lagi...jom lah kita!
ReplyDeletethanx piha, jumoa entri ni sebab esok nak ke USS, maka tengah buat kajian :)
ReplyDeletejumpa, silap taip pulak :p
ReplyDeleteserba sedikit yang boleh membantu Dr Teamint...have fun untuk ke sana!!...
ReplyDeletetengah merancang nak g singapore dari Jb...rasenyer mane yg baik...bermlm di singapore or ulang alik JB-singapore..sbb tak cukup sehari lau nak round singapore tue..mmandangkan smpai Jb jam 9 pagi dari Kl..lau aad info, share2 la ek..tq
ReplyDeletecik nyz : ye..sangat menarik..=)..cik nyz...sebaiknya..kalau nak kan kepuasan sepanjang berada di sana...seeloknya tidur lah semalam dua dekat sana..sebab nak gerak lebih mudah untuk ke mana2..banyak hotel serta rumah tumpangan berada di sana. Tapi kalau cik nyz nak berulang alik dari JB ke Singapore pun boleh. Cuma memakan masa untuk cik nyz nak ulang alik singapore ke malaysia.
ReplyDeletehotel paling murah yang berada di singapura juga memakan hampir RM150++ untuk satu malam. kedua2 nya ada kelebihan dan kekurangan. sebab kalau cik nyz tidur di sana, kos agak tinggi untuk penginapan, tetapi kalau cik nyz tidur di JB, agak memakan masa untuk ulang- alik..=)
kadar tukaran wang : http://themoneyconverter.com
agak2 berapa duit malaysia erk yg prlu d tukar?brmalam d JB,kt sana hanya jalan2 je...1st time nk g....
ReplyDeleteHai efa.,.pada piha kalau nak bawa cash tanpa sebarang kad VISA/MASTERCARD atau mana2 kad international..better tukar RM800 means dalam SGD400 singapore...sedap sikit nak berjalan...tapi sekarang nak buat passport pun dah murah kan...dalam USS ni makanan tak lah mahal sangat..=')
ReplyDeletesalam. kak, yg bas odyssey tune hotel tu, kena sewa tune hotel sekali ke? ke boleh je naik bas odyssey wlaupun x sewa hote; tu?
ReplyDelete