Monday, July 4, 2011

NASI MINYAK

Dah lama tak makan nasi minyak pengantin. Kalau dulu selalu pergi ikut arwah emak pergi rumah pengantin..pantang ada jemputan, lepas tu dapat bunga telur dan yang paling best sekali dapat bunga manggar. Piha kumpul banyak2 lepas tu bawa balik, selit dekat pintu rumah...



Tak kurang juga kenangan kecil2 dulu main kahwin- kahwin. Errrmm...hihiks. Jadi semalam, ahad bersamaan 3 Julai 2011, piha di jemput oleh rakan kelas sekolah rendah piha, ATIQAH RAHMAT, yang kini menuntut di Universiti Sumatera Utara, Indonesia kalau tak silap piha dalam bidang perubatan, pulang ke Malaysia sempena cuti semester sekali untuk berjumpa setelah hampir 2 tahun lebih kurang kami tak bersua memandangkan cuti yang tak sama dan beliau menuntut di seberang negara jiran.


Alhamdulillah, kakak atiqah selamat melangsungkan perkahwinan dengan bertemakan biru laut dan hitam amatlah menarik perhatian. Pakaian sedondon dengan pengantin lelaki bagaikan pinang di belah dua serta di gamitkan dengan keriuhan para jemputan tetamu yang hadir. Berbalas pantun dan " tol " tidak pernah di lupakan sebagai cukai untuk pengantin lelaki masuk ke dalam rumah.

Tiba- tiba antara kami terfikir, dalam kalangan kawan- kawan, siapakah yang bakal menamatkan zaman bujang mereka dahulu. Huhu,...tak kurang juga bila piha juga bakal melalui situasi yang sama, Di usia 21 tahun, ramai kawan sekolah yang lain telah mendirikan rumah tangga malah mempunyai anak. InshaAllah, satu hari nanti piha minta dipertemukan jodoh yang serasi.

Selepas itu, kami ke Today's Ulu Tiram kononnya nak menonton wayang, tetapi di sebabkan tiket yang full booked, kami berdetad untuk ke Danga Bay dan seterusnya ke Dataran Johor Bahru yang tidak lain tidak bukan terkenal dengan STEAMBOAT nya.

Nasi ayam penyet dan milo tabur menjadi pilihan piha


No comments:

Post a Comment