Saturday, July 23, 2011

368 KM

368KM bukanlah jarak yang dekat...

Badan, kaki, bahu masih terasa kesengalannya..
teruk piha memandu seharian, daripada pukul 5.30 pagi sehingga pukul 5.30 petang..

Perancangan abah nak melihat kebun akhirnya membawa kami untuk ke sana sekali lagi. Perjalanan yang memakan masa selama 2 jam agak memenatkan dan membuatkan pinggang dan bahu terasa sangat penat..

Alhamdulillah, tepat jam 10 pagi, kami tiba..dah seperti biasa..setibanya kami ke sana, pasti kami akan singgah dahulu dekat Pasar Pagi, Parit Sulong.

Abah kalau datang ke sini, suka sangat mencari ikan laut yang fresh2.


piha pula suka mencari kain2 pasang, sebab dapat tawar- menawar dengan harga yang sangat berpatutan.


Abah tiba2 nak mencari rojak mamak, jadi..singgah lah kami dekat restoran mamak..abah bersama sepinggan rojak


piha pula dengan mee goreng mamak..Tak syiiokkk...=(

Selepas itu,kami terus ke Parit Asam Kumbang, seperti biasa juga sepanjang perjalanan abah menceritakan kisah zaman pra kemerdekaan. Kawasan komunis, jepun dan sebagainya..Piha yang sambil memandu agak terhibur juga mendengar kisah- kisah abah pada waktu itu.


Di atas ialah gambar sungai yang terdapat di hujung kamnpung ParitAsam Kumbang, kalau dapat dilihat ada cabang di situ. Itu merupakan sungai yang memisahkan antara kampung SIMPANG KIRI & SIMPANG KANAN. Pada mulanya, piha terkejut juga yang sungai tu ada kisahnya sebab sungai itulah membahagikan antara 2 kawasan kampung, dan di bawah satu simpang tu ada anak2 kampung nya yang lain...

Yang ini pula merupakan PINTU AIR kampung ni, maksudnya kalau air penuh, ini adalah penahan air dari melimpah ke seluruh kampung Parit Asam Kumbang=)

Kalau perasan juga ada seekor lembu di situ..tak tahu dari mana lembu tu...

Kemudian,kami terus balik tapi sebelum itu!!..NASI BERIANI!!..nyum3....MOHD SHAH NASI BERIANI..sangat meletup..tambahan Kambing dan papadom...

notakaki : gambar dari handphone & DSLR

2 comments:

  1. sedap tgk gmb2 makanan tuee....tiba-tiba terasa lapar... :)

    ReplyDelete
  2. mira..ye..betul tu..hihi..Kalau ke Batu Pahat, tak sah kalau tak rasa nasi beriani=)

    ReplyDelete