Piha meneruskan perjalanan selepas ke Kedah terus naik ke pantai timur..tak lain tak bukan ke Kelantan Darul Naim.
Piha kesana adalah untuk ke rumah mak cik piha yang terletak di Tanjung Pagar, Ketereh. Agak jauh daripada bandar Kota Bharu. Pendek kata kalau tak ada kenderaan, memang susah lah nak gerak dengan bas awam..sebab sepanjang piha berada di sana agak jarang untuk piha bertembung dengan bas awam di sana.
Seminggu lebih piha di sana, mengajar piha serba sedikit loghat bertutur dalam dialec kelantan..hihi..tapi tak lah fasih sangat..setakat perkataan yang senang2 sajo..
Sepanjang berada di sana piha sempat ke UITM MACHANG, untukmenghantar sepupu piha, Amar Faris sambung study dekat sana dalam bidang Pengurusan Maklumat. Di pintu masuk, sudah terpampang gambar Datuk Naib Chanselor..BANGGA!
Selepas itu, piha di bawa ke Wakaf Che yeh, Rantau Panjang, Pantai Sri Tujoh dan Pengkalan Kubor...lihat Thailand dan Sungai Golok...walaupun sepanjang2 minggu piha berada di sana, tak banyak hari dapat mak cik dan pak cik luangkan masa untuk piha sebab mereka masing2 bekerja sebagai guru, dan balik pun dah lewat petang, cume kadangkala kalau ada masa sedikit yang terluang, baru lah piha di bawa meronda- ronda kesana sini..hihi..
Tapi duduk di kelantan juga best bagi piha..sebab piha suka dengar mereka berborak....laju sajo...=)
p/s : gambar akan di upload kemudian=)
Piha pulang ke Johor pada semalam..dimana perjalanan 12 jam sangat memenatkan dan berbaloi lah...tapi bas sajalah lambat 2 jam dari masa yang sepatutnya...sangat penat menunggu bas..macam2 bunyi effect dah keluar..ada yang mengeluh, mendengus dan sebagainya..entah kenapa lambat pun piha tak tahu..
Tapi apa2 pun alhamdulillah piha selamat sampai selepas 12 jam berada di dalam bas=)...semuanya baik2 blaka...perjalanan dari kelantan ke Terengganu turun ke Pahang dan tembus ke Segamat sangat menarik!.
Yess!!..jom selepasini kita jelajah pulau!!
No comments:
Post a Comment