Wednesday, May 25, 2011

KEDAH STORY : PENANG!

Hari ni piha akan di bawa ke Penang!!...walaupun pada mulanya kami bercadang nak kePulau Lngkawi, namun hasrat itu masih lagi tidak dapat di realisasikan lagi di sebabkan oleh masa yang tidak mencukupi. Memang piha akui impian piha adalah untuk menjejakkan kaki ke sana di sebabkan piha nak melihat sendiri kisah pulau yang penuh dengan misteri itu.

Tetapi..mungkin adalagi hikmahnya apabila masa yang agak singkat ini tidak dapat membenarkan piha untuk datang bertandang ke sana, namun begitu, hasrat piha di tukar untuk ke Pulau Pinang, sebuah pulau yang kecil dan sarat dengan pembangunan.


Kami bertolak pada hari rabu, dimana hari cuti linda..kami pergi dengan menaiki kereta yang dipandu oleh abah( ayah linda). Kami bertolak lebih kurang pukul 10.30 pagi, dan tiba di Jeti lebih kurang sejam selepas itu. Kami pergi ke pulau mutiara tersebut dengan menaiki feri bersama tambang yang dikenakan hanya RM7.70 untuk pergi dan balik. Yang menariknya, tambang tersebut untuk sekali masuk dimana kita akan bayar apabila kita nak masuk, so that..kalau kita pergi naik feri dan balik melalui jambatan, kita tak perlu bayar dah, begitulah sebaliknya!.

Piha agak teruja..yalah..kali pertama meletakkan kaki ke sini, setibanya..terus kami pergi ke Batu Feringghi..untuk lunch...dan bermandi manda...angin sepoi2 bahasa, seakan2 manyambut kedatangan kami kesana. kami makan tengah hari dan selepas itu terus terjun ke dalam laut!!...piha dan linda sahaja yang mandi, emak dan abah hanya melihat dari arah jauh..tetapi..along..tak ikut kami kesini pada waktu itu...


Lebih kurang 2 jam..kami terus beredar dan pergi ke KOMTAR dan seterusnya ke PASAR CHOWRASTA untuk membeli belah. Banyak sangat jeruk2 di sana..dan piha baru tahu bahawa Penang ni terkenal dengan segala jenis jeruk..sebut sahaja jeruk apa yang kita mahu...buah salak, betik,??..semua ada!!..piha cuma berbelanja T-SHIRT dan sehelai baju untuk abah...

Tapi yang bestnya di Pulau Mutiara ni...ada WIFI free!!..huuuu..apa lagi???...update status lah kita!!...hmm..TETAPI...tetapi lagi..sedang kami syok2 berjalan sana sini, tiba2 ada seorang lelaki yang agak menyeramkan mendekati kami...

Dihulurkannya handphone..dan menawarkan dengan harga RM300..hmm...dia offer dekat abah..abah pun hanya melayankan sahaja..dia tidak tahu yang ditanya tu adalah POLIS...kami membiarkan sahaja lelaki itu, dan tak lama kemudian..ada seorang lagi yang menawarkan handphone yang sama,tetapi kali ini handphone touch screen...

" hai dik..handphone sekarang pun tak terpakai..."

Piha merasakan,mungkin itu adalah handphone yang di ragut???..atau di curi??...Nau'zubillah!...selepas itu,piha terus kepit beg kuat2!!..


Hari semakin melabuhkan tirainya. Linda bercadang untuk ke QUEENSBAY MALL nak membeli belah baju katanya..manakala pada waktu yang sama, abah nak balik cepat dengan emak..di sebabkan abah kerja tepat jam 11.00malam pada waktu itu. Jadi, linda yang nak juga pergi ke sana...tambahan piha juga yang nak melihat Queensbay Mall itu sendiri, linda pun drive lah...

TETAPI!!...sekali lagi...apabila linda tersalah masuk lorong..entah lorong yang mana dia masuk terus tembus ke jambatan Pulau Pinang..hihi..alamatnya..memang tak sampai lah.!!...nak U TURN pun tak boleh..jadi nak ke tak nak..kami terus lah balik ek Alor Star...hihi..begitulah ceritanya...

Sepanjang berjalan ke Penang ni, banyak benda baru yang piha belajar terutama sekali makan PASEMBOQ di PADANG KOTA...sangat2 best dan sedap...dahlama piha nak rasa pure pesembur..akhirnya, rezeki menyebelahi...Alhamdulillah~~..tak kurang juga kerang bakar..yang ummp!..sedapnya!~~

Thanks..linda,mak,abah..sebab bawa piha jalan2...=)

3 comments:

  1. oit!bikan pdg besar la...
    padang kota...hahahahaah

    ReplyDelete
  2. hehehhe..maaf2...dah betulkan..banyakpadang..konfiuuuusssss..=D..

    maceh ingatkan=)

    ReplyDelete