Thursday, March 17, 2011

LOGIK KAH..THE MUSICAL

SALAM

Alhamdulillah...sepanjang sepeninggalan piha mendiamkan diri ini, banyak benda yang piha buat..
terlalu banyak..sehinggakan piha tak tahu nak mulakan yang mana..
Banyan benda yang piha belajar sepanjang 3 bulan berada di sini..
Piha cuba sebatikan diri dengan keadaan sekeliling, terutama suasana dan cara belajar...
namun..masih ada kelam kabutan yang membelenggu...

Kalau di UNISEL dulu,
tidaklah se"busy" di UITM..
dulu..semakin nak exam, semakin kita free untuk mengulangkaji dan semakin free nak buat assignment..
namun, keadaan ini sudah tidak sama seperti dahulu lagi...
apabila, semakin nak exam di sini, semakin banyak kerja yang haru di selesaikan...
dateline pun semua dekat2...
Tapi, tak mengapa...macam yang abah cakap " BELAJAR TAK ADA YANG SENANG"
ya...betul..piha ambil ia sebagai pengorak langkah untuk berjaya di masa hadapan....

Syukur..
latihan pertama untuk teater muzikal " LOGIKA THE MUSICAL " sudahpun menjalani latihan sesi pertama pada hari jumaat yang lalu di Galeri Shah Alam..
Piha selaku orang yang bekerja di sebalik tabir bersama seorang lagi rakan sekelas piha, Helmi..
bertanggungjawab untuk mengendalikan teater ini bagi " DINNER BROADCASTING" yang bakal diadakan di sebuah hotel di Melaka pada 25, 26 dan 27 Mac 2011. Bertemakan FANTASI dimana kami semua di minta untuk memakai pakaian fantasi, dan ini lah yang masih lagi membuatkan piha tak senang duduk, pabila piha masih berfantasi untuk merealitikan tema fantasi tersebut pada malam itu...

Jadi, kami sebagai pelajar semester pertama di minta untuk membuat satu persembahan pada malam itu.Dimana kami telah bersepakat untuk mempersembahkan TEATER MUZIKAL yang di adaptasi daripada cerita dongeng melayu iaitu " BAWANG PUTIH & BAWANG MERAH, PAK PANDIR, SI TANGGANG dan juga BADANG ".

Dimana jalan ceritanya berkisahkan tentang percintaan bawang putih bersama badang telah di cemburui oleh bawang merah. Namun, pada akhir nya, si merah bertemu dengan Si tanggang yang datang belayar ke kampung tersebut. Cerita ini juga telah di campur aduk kan pabila pak pandir juga menyukai si putih ini...haha...jalan cerita yang sangat REMIX..

Alhamdulillah, semua pelakon yang terdiri daripada rakan kelas piha sendiri yang juga telah memberikan komitmen yangs angat baik sepanjang latihan diadakan tak lain tak bukan tulang belakang Emi dan juga para artis2 MC23S1B bella, syaida, isa, azim, fifie, zaf, anis, fahmi, syasya..

Harap2.semoga kita menjadi THE BEST PERFORMANCE malam itu..
yeahhh...
JZKK..


1 comment: