Friday, March 4, 2011

KL DAY OUT

Ahad lepas, piha dan bella telah pun menyiapkan kerja untuk fotografi yang telah di arahkan oleh para pensyarah kami. Namun, keputusan untuk ke Menara Kuala Lumpur adalah salah satu daripada cadangan piha untuk pergi ke tempat yang terdapat elemen tarikan pelancongan. Sebelum ini ada juga assignment yang lain berkenaan dengan fotografi tetapi baru kali ini piha ingin berkongsi dengan semua.


Alhamdulillah, penat lelah daripada Shah Alam menuju ke Kuala Lumpur yang memakan masa hampir 45 minit telah kami tiba dengan selamat pergi dan balik. Tiada sebarang kekangan yang berlaku sepanjang perjalanan kami walaupun kaki yang sangat letih dan badan yang sangat penat. Walaupun agak lama piha tidak mengunjungi bangunan tertinggi di dunia itu, tiada banyak perubahan kecuali penambahan zoo dan laman kebudayaan sahaja.

Setibanya kami di sana, piha dan bella degan gigihnya mendaki bukit annas tu sehingga ke atas menara dan mengambil gambar serta beberapa shot untuk di hantar sebagai assignment kami. Walaupun cuaca sangat baik, tetapi ketika kami tiba di platform pemerhatian daripada atas menara, cuaca sangat berkabus dan jerebu!..Luluh hati bila tengok keadaan Kuala Lumpur yang tidak begitu cantik.

Piha dan bella yang pada mulanya ingin mengambil shot matahari terbenam terpaksa menggagahkan juga diri ini untuk tetap mengambil gambar kerana kami sudah tiada pilihan. hmmm...

Tetapi..sepanjang perjalanan jauh kami di sana, piha dan bella terjumpa dengan seorang insan Allah yang sanat istimewa. Siapakan dia tidak perlulah piha nyatakan di sini kerana pada piha tidak salah untuk beliau mencapai cita- citanya tetapi tidak di restui oleh kedua orang tuanya. Piha agak kesian dengannya kerana mungkin itu adalah impiannya, tetapi tida mendapat kerestuan. Mungkin ada sebab lain. Piha tidak pasti sehingga dipinggirkan keluarga. ADAKAH KERANA ENGKAU AHLI MUZIK KEBUDAYAAN, ENGKAU TIDAK DAPAT MEREALISASIKAN IMPIAN KAU?..


Piha doakan semoga kamu akan berjaya kerana, percayalah jika tiada kamu, siapa lagi yang akan mewarisi budaya kita yang penuh dengan adat resam ini.

No comments:

Post a Comment