SALAM
alhamdulillah..selesai sudah BROADCASTING DINNER yang bertemakan FANTASI. Walau ini juga merupakan salah satu daripada pengalaman baru semenjak berada di sini, namun kenangan bersama kawan- kawan sekelas sepanjang berada di sana menjadikan kami semakin rapat antara satu sama yang lain. Piha juga boleh menarik nafas panjang sedikit kerana persembahan untuk malam itu juga sudah pun berlangsung dengan jayanya walau pun ada sedikit kesilapan teknikal.
____________________________________________________________________
Tanggal : 25 mac 2011
pagi itu, piha kekelas photo comm, untuk mendengar assignment berkenaan dengan PHOTO ESSAY 40% sebagai final project kami untuk semester ini. Piha yang siap sedia dengan beg, terus membawa beg masuk ke kelas. Bak kata shana, roomate piha " piha..awak pergi 3 hari 2 malam saja...bukan 3 minggu...."yaa..memang piha akui, piha tak reti estimate kan barang dengan sewajarnya. Piha cuba untuk meminimakan barang, namun....GAGAL..piha main punggah saja semua barang2 ke dalam beg...termasuk segala props berlakon..
Kami bertolak dari UITM lebih kurang pukul 10.30 pagi dan terus berkumpul di PETRONAS , LEBUHRAYA PERSEKUTUAN. Dalam perjalanan kami semua dalam keadaan gembira. Kami sekelas menaiki satu bas..tetapi dalam perjalanan kami terpaksa untuk bertukar bas, kerana tiba2 gear bas tersebut patah..haihhh...ini baru cubaan yang pertama...FINE..kami meneruskan perjalanan ke Melaka dengan menukar bas menuju ke RUMAH ORANG TUA CHENG.
Banyak pengalaman piha sepanjang berada di sana, tertama melihat wajah2 ibu yang tua. Entahlah...kita tak tahu apa yang terjadi pada diri kita di masa hadapan kan??..piha sentiasa berdoa agar suatu hari nanti, keturunan piha tak akan membuat piha sebegitu...
selepas selesai di rumah orang tua, kami terus balik untuk check in hotel. EMPEROR HOTEL, sebuah hotel yang best, makanan yang sedap dan sebagainya...malam itu, adalah aktiviti bebas..jadi kami sekelas pergi makan dekat dengan Dataran Pahlawan. perjalanan yang agak jauh..tapi puas..sebab dapat berjalan kaki pergi dan balik. Then selepas itu, pergi karaoke ramai2..
__________________________________________________________________
TANGGAL : 26 MAC 2011
pagi itu, kami menyertai EXPLORACE. OK...peengalaman yang tak akan piha lupakan bila piha berlari menyertai aktiviti tu dengan memakai wedges. Salah diri sendiri tak bawa kasut sukan. walau pada mulanya memang piha sertakan sekali kasut di dalam beg, tapi piha keluarkan sebab beg terlampau berat!!!...
Alhamdulillah...kumpulan kami menang...5 check point berlari di bawah panahan matahari dan naik turun tangga..
Selepas selesai, pukul 2 petang kami terus rehersal untuk persembahan LOGIKA..THE MUSICAL untuk malam itu...piha yang agak kelam kabut dengan mencari kelengkapan props yang patah2 dan sebagainya, dapat di bendung dengan pertolongan dari rakan2 yang lain..Sekalung terima kasih buat zaf, anis, eyqa dan maria sebab menolong piha dan akan yang lain untuk persembahan. Semakin dekat dengan jam persembahan, semakin seram piha di buatnya.
Lebih kurang pukul 6 petang, selesai rehearsal, kami terus bersiap untuk malam tersebut.
Piha juga merangkap sebagai jurusolek pada petang itu, menggigihkan diri make up rakan2 piha...satu pengalaman yang sangat best..kepada anis, zaf, fifie, sya dan eiqa..piha minta maaf kalau ada kekurangan....
ok...dinner berjalan dengan lancar..termasuk persembahan Logika..the Musical....tucapan terima kasih piha buat abang Audio yang menemani piha dalam kegelapan bilik audio pada malam itu, tak lupa juga abang yang sering tanya " ehh..puteri santubung, lama lagi kah awak punya cerita ni??...tape dah nak habis "....walau agak tertekan di situ sehingga tersalah lagu yang masuk...tetapi akhirnya..piha mendengar dari mulut rakan2 bahawa cerita kami di beri pujian...Alhamdulillah.....
Event yang berakhir pada jam 11.30 malam, tamat dengan sesi pergambaran di antara kami...alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...
______________________________________________________________
TANGGAL : 27 MAC 2011
Piha terpaksa bergegas balik ke Shah Alam dengan menaiki bas Transnasional kerana urusan PTPTN untuk penyerahan dokumen..Alhamdulillah...selamat tiba di Shah Alam 2 jam berikutnya...Terima kasih MARIA sebab teman piha balik ke sini...dan maaf EIQA sebab terpaksa meninggalkan eiqa sendirian dalam bilik...
Manakala rakan2 yang lain menghadiri TALK yang di adakan pada pagi tersebut...
______________________________________________________________
permulaan pengalaman yang agak menyeronokkan sepanjang 3 bulan berada di sini....
No comments:
Post a Comment