Monday, March 7, 2011

HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar malam tadi..
Piha dan rakan bilik AMA telah pun selamat menghantar rakan bilik kami, SHA yang sakit malam tadi...di Hospital Klang dengan menaiki ambulan UITM..
OK...ini lah pengalaman pertama kali piha menaiki ambulan untuk menghantar orang yang sakit...


Kejadian yang sangat tidak di duga pabila rakan bilik piha menangis akibat tidak dapat menahan kesakitan tekak nya yang sangat perit di tambah pula tak makan sehari suntuk..
Piha pula yang baru balik daripada Modul 1 agak terkejut walau pada mulanya piha sedar akan dia demam sejak semalam lagi..
Untung nasib ada menyimpan nombor BIRI KEBAJIKAN DAN ADUAN kolej Melati, jadi piha merangkap kepada AJK ARAS melakukan tanggungjawab dengan menelefon AJK ADUAN dan mengadu nasib kami..
Alhamdulillah, tidak lama kemudian selepas piha mandi kerbau, piha dan ama terus menghantar sha ke Hospital memandangkan UITM tiada sebarang KLINIK PANEL yang berhampiran melainkan Pusat Kesihatan UITM sahaja=(
Ambulan yang merempit di tengah jalan hampir sahaja membuatkan piha hendak gugur jantung. Mungkin ini dikatakan jakun apabila tidak pernah menaiki ambulan=(
dan lepas ni INSHAALLAH tidak akan berlaku lagi perasaan seperti ini lagi...

Setibanya di sana, kami diiring oleh EN HADZRIL melapor nama sha dan kami di minta untuk menunggu giliran. Tetapi malam tadi emmang ramai sangat orang, piha yang juga membawa nota PR untuk study terkebil2 melihat orang sekeliling piha. Ramai yang kemalangan, kulit tersiat, darah fresh dan bermacam lagi. Tapi yang paling penting ramai pesakit insia malam tadi=D


Cuma, satu saja yang masih terngiang dalam fikiran piha ketika piha melihat kaki warga emas india yang berselirat besi yang terjulur keluar dari dalam kakinya..SANGAT SCARY!!!..ibarat PENCAWANG TV!!...hanya tuhan yang tahu...

Mungkin sebab kemalangan agaknya..
Dan...3 Jam kemudian, kami balik...

SHA..
semoga kamu cepat sembuh!
ILYSM!
mmmeeeemmmuahhhh

No comments:

Post a Comment