Friday, April 19, 2019

BLOGGING BACK!

Assalamualaikum..



Ya Allah rasa lama sangat tinggalkan blogging ni..last Piha update tahun 2016!. OMG...piha start blogging sejak daripada awal tahun 2010 (zaman diploma) hingga ke degree. Dulu blogging ni sangatlah seronok. Namun sejak akhir- akhir ini, piha log in semula blog, dah sangat kurang blogger2 yang dulu selalu piha follow dan masih aktif. Ada juga yang telah tutup akan mereka.

Tak data di nafikan selama 3 tahin menyepi dari blogging ni, piha agak busy dengan kerja hakiki dan kadangkala tak sempatik nak menulis. Kalau dulu setiap malam mesti akan on laptop dan update blog, terapi sekarang atak busy kerja dan tugasan tepi.

Inshaallah, jika ada kelapangan, why not untuk kita terus mengimarahkan dunia blogging kan?.

Masih piha ingat sewaktu blogging ni mendapat tempat dekat hati semua orang, banyak sangat contest antara blogger yang piha join. Sampai satu masa blog piha ni disappear tak tau ke mana dan inilah blog kedua piha.

MOMENTOS HATIKU

sekarang

DARI HATI KE JARI


Wednesday, February 10, 2016

SOLO TRAVELER - YOGYAKARTA - JAKARTA - SINGAPORE : DAY 1

Maka hari yang di tunggu pun dah tiba. Maka di pagi 13 Januari 2016 piha bergegas ke airport. Check in flight dah pun di sempurnakan seminggu sebelum flight. Sebagai keselamatan kot ramai orang yang nak check in tak ke naya kita time tu nak check in flight time tu nak check in beg..

Jadi flight piha lebih kurang jam 12.15pm, so piha masa tu sampai ke airport lebih kurang pukul 9.00pagi. lepas check in beg, terus ke Departure Hall. Agaklah masa tu sedih, sebab pergi sendiri tak ada member yang teman. 5 hari 4 malam nak survive sendiri. 


 Jujur kata tak menangis sebab tiba2 rasa menyesal pula sebab keputusan mcm ni. Tapi ni tak patahkan semangat untuk teruskan perjalanan. Tips untuk wanita yang terasa nak pergi ke luar negara secara solo, anda dinasihatkan untuk simpan semua nombor kecemasan dekat wilayah yang anda lawati.

Sebagai contoh selalunya setiap daerah akan ada website pelancongan dia sendiri, so dekat situ mesti akan ada nombor2 kecemasan macam hospital, balai polis, ambulans dsb. Jadi ringan- ringankan tangan dan print kesemua nombor tu.

Untuk keselamatan. 


Sejam sebelum depart.


Flight masa ni delay 30mins sebab aircond tak berfungsi. Jadi agak lewat lah nak sampai ke Jogja. On the way ke sana cuaca tak begitu elok.

Baru tahu yang dekat Indonesia masa ni tengah musim tengkujuh. Jadi ada lah merasa sikit tarbulence.


Lebih kurang jam 3.00pm alhamdulillah sampai di Adisujipto Internartional Airport. Airport ni kecil je tak besar sangat.Masa nak lepas imigresen tangan seram sejuk sebab semua orang ada kawan yang piha cuma sorang2 terkulai tak tahu apa nak buat cuma ikut orang lain.

Lepas check imigresen, akan ada satu borang Custom Declaration. Kena isi dan serah pada pegawai bertugas. Lebih kurang mcm singapore juga.

So, lepas claim beg semua, piha pun terus keluar pintu, tak sangka masa depan pintu keluar tu beratur supir teksi menunggu..

"ibu..mahu kemana??..ayo saya hantarkan"

Buka sorang, bukan 2 orang..tapi tak tahulah berapa orang yang tunggu dekat depan tu. aku ni dah lah takut kau mengekor aku sampai jauh..

Sampai lah berjumpa dengan Pak Saiful. Dia tegur piha dulu untuk hotel. Piha tunjuk alamat hotel dan dia hantar. Dalam perjalanan

" Mba..sama siapa kesini"

Jadi piha opun ceritalah yang piha pergi sorang..bla..bla..bla.. kemudian minta pak saiful behentikan piha dekat kedai tepi jalan beli sim card Indonesia. Tak mahal sangat cuma RP40ribu ntuk 3gb internet. 

Orang di sana memang ramah tamah seboleh2 dia nak kita naik kereta dia. Sampaikan dia offer samada kita dah ada supir ke nak berjalan dekat Jogja. Tapi kita tolak lah dengan cara baik.

Sesampainya dekat hotel, piha di sapa mesra oleh receptionist di Pandanaran Hotel. 


Hotelnya agak kondusif. Wifi semua lengkap. Hotelnya juga strategik tak jauh dari bandar. Piha check in lebih kurang jam 4.00pm. Jadi sampai dalam bilik memang lega sangat2.

Hari dah hampir malam. Yang membuatkan jakun sikit rupanya dekat sana jam 6.30pm dah maghrib ok. dah gelap. 

Jadi piha pun decide malam ni nak pergi ke Jalan Malioboro. Diorang kata kat sini shopping heaven. So..dah sampai takkan duduk dalm hotel.


Masa ni baru pukul 7.00pm. Banyak snagat kereta kuda, jakun memang jakun.


Jalan2 menyelinap di sudut kedai yang padat dengan orang.

Puas berjalan piha makan dekat dalam Mall Malioboro ni.


Bakso Campur


Es kuwut.

Lebih kurang jam 9.00malam. balik hotel.

End of Day 1

##

SOLO TRAVELER - YOGYAKARTA - JAKARTA - SINGAPORE : PART 1

Assalamualaikum silent reader..

Selepas hampir 2 minggu pulang dari travel ke Indonesia, baru ni lah masanya nak update cerita..sedikit perkongsian untuk sesiapa sahaja terutama "SOLO TRAVELER WANITA" yang ingin memulakan langkah anda setapak ke hadapan dengan pergi melancong berseorangan.

Takut?..risau keselamatan? bahaya?..yep..memang piha akui yang piha juga melalui benda yang sama. siapa yang tak takut nak pergi sendiri terutama dengan keadaan seorang WANITA. Tapi.. percaya dengan yang atas membuatkan piha lagiii lah yakin nak gerakkan diri berseorangan..

well..piha dekat JB ni pun dah selalu juga jalan sendiri..bukan sahaja shopping..tengok wayang..tapi drive sendiri tanpa sebab pun selalu (well..hidup tak berteman lelaki..gitu lehhhhh gamaknya). OK! tapi apa yang penting sekarang piha nak buat perkongsian kepada anda tentang pejalanan piha ke Yogyakarta - Jakarta - Singapura selama 5 hari 4 malam..

PRE-PLANNING

TIKET PENERBANGAN

Piha dah book tiket flight untuk semua laluan perjalanan piha dari November 2015 lagi..survey cuma di Air Asia saja..maklumlah everyone now cn fly kan..means 2 bulan sebelum piha bertolak. Al-maklumlah percutian bajet maka piha pun mencari lah hari yang menawarkan tiket paling murah iaitu pada:

13 Januari 2015 - 16 Januari 2016

 RM99 Senai - Yogyakarta.

RM159 Yogyakarta - Jakarta


+/- RM160 Jakarta - Singapura


semua tak termasuk airport tax dan juga bagasi.

HOTEL

Piha book awal hotel ni melalui AGODA dan juga TRIVAGO. Dekat Jogja piha stay dekat Pandanaran Hotel dan Jakarta di FavePuri Hotel.

PANDANARAN HOTEL


FAVE PURI HOTEL


Passport kebetulan tahun ni mati..so renew siap2.

BUDGET

RM4000 : 9,730000.00rp (Indonesia Rupiah)
RM1000 : SGD 334 (Singapore Dollar)
RM100 (Malaysia Ringgit)

Emergency Money :RM1000

Emergency money standby dalam bank. So, untuk traveller, actually senang juga yang mana kita boleh aktifkan bank untuk withdrawal antarabangsa. tak kira bank apa sekali pun cuma aktifkan dekat ATM machine then nyatakan date yang kita nak sampai lah date kita balik. Tapi tertakhluk juga charge untuk setiap pengeluaran.

BAGASI

Untuk bagasi, piha tak bawa beg besar dan banyak sangat pun cuma 1 beg saja, cukup pakai.. takut termembeli belahd ekat sana so tak lah susah nak membawa semua balik Malaysia. Tips nak masukkan baju dalam beg..jangan lipat..malah gulung jadi space akan jimat dan banyak ruang.

Sediakan juga set travel untuk toiletries. Make up bawa yang basic je.

So! ready untuk terbang!




Friday, March 27, 2015

DILEMA

DILEMA

Dalam masa yang sama nak sambung study dan nak kerja..

so what is my priority?

work / study?


Wednesday, December 17, 2014

#THROWBACK ANAK TUNGGAL

Ahhh..malam ni terasa pula nak buat #throwback kenangan semasa menjadi anak kecil..yang tak pernah fikir apa-apa..yang tahu masa tu cumalah melalak..melolong...lepas tu abah dengan emak pujuk lah pancing dengan duit..bla..bla..

Ramai yang cakap menjadi seorang SUPIHA atau lebih spesifik menjadi anak tunggal ni adalah sangat seronok..

Bak kata orang "cuba sarung kaki dalam kasut kita"..rasakan..seronok apa tak menjadi TUNGGAL ni...dan sebenarnya pun piha tak lah tunggal sangat sebab piha punya adik beradik dengan mak tiri dan adik-beradik dengan ayah tiri..

It's complicated..but yeahhhh...piha sangat2 enjoy dapat hadir family yang macam ni...walau tak ada adik beradik betul..tapi atleast dapat rasa ada adik-beradik tiri pun kira ok lah juga..dari nan hadoooo...walaupun feelings adik beradik betul dan tiri sangatlah berbeza...

Sebab abang dengan kakak tiri semua dah tua bangka..so..nakajak gurau lebih2 nanti katanya tak hormat pula...so...terdapatlah GAP disituuuuss...

kesahnya!

Jadi anak tunggal ni tak semestinya tak pernah kena bantai...tak semestinya tak pernah kena marah dengan mak dengan abah..

selalu ok..

#THROWBACK

  • Kena sebat dengan abah sebab mandi parit...ni semua angkara rahsia bocor....zaaappp...berbilai dekat punggung
  • 1st day di Tadika Yuh Chyun...panjat pagar sekolah sampai Cikgu Kim tarik masuk dalam kelas dan terpaksa mangga pintu...masa tu teringat lagi..arwah mak duduk tunggu dekat luar...belajar memang tak fokus...mata asyik tengok dekatemak je masa tu..lama juga lah arwah mak terpaksa menunggu depan kelas sebab nak biasakan piha dengan keadaan..LEMAK KAU PIHA..LEMAK..LEMAK..LEMAK...
  • Pernah satu masa dulu...masa kecil...awe (emak tiri) jaga piha...dan piha pernah tak nak balik..tak nak duduk dengan arwah emak..sebab dah dimanjakan dengan emak tiri...
  • Masa kecil- kecil dulu abah selalu cakap..."kalau adik dah besar...dah berjaya...dah belajar rajin-rajin...adik nak apa..abah belikan"..dan yaaa...abah memang belikan apa yang piha minta..dari kereta, motor, handphone, laptop, DSLR Camera, baju, makan...semua..TQ abah.

Saturday, December 13, 2014

PENGECUALIAN PEMBAYARAN BALIK PTPTN

Pengecualian pembayaran balik PTPTN...




Bagi piha merupakan salah satu inisiatif yang baik untuk membuat pengecualian kepada pelajar yang mendapat penganugerahan Ijazah Kelas Pertama untuk pelajar sepenuh masa dan membuat ijazah dengan kepujian..

Jadi dengan adanya sistem pengecualian balik PTPTN ( Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ) ni, ia boleh menaikkan semangat kita untuk belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang baik..

Berbeza dengan sesiapa yang meminta bantuan pembiayaan pendidikan melalui MARA, terdapat beberapa klasifikasi CGPA yang membolehkan seseorang pelajar itu membuat pembayaran balik. Contoh, 

3.50-4.00 : biasiswa
3.00-3.49 : bayaran balik 10%
2.50-2.99 : bayaran balik 25%
2.00-2.49 : bayaran balik 50%


berbanding dengan PTPTN

Ijazah Kelas Pertama dengan Kepujian dari mana2 universiti yang diperakui oleh MQA : BIASISWA

jadi sesiapa yang dah mendapat Ijazah Kelas Pertama untuk keseluruhan CGPA, terdapat beberapa prosedur sebelum memohon. Antaranya:


  • Dapatkan borang Pengacualian Pembayaran dari Pejabat PTPTN
  • Fotokopi skrol dan transkrip dan dapatkan pengesahan daripada Pejabat Pendaftar yang mengeluarkan ijazah universiti masing- masing (Unit Rekod dan Konvokesyen)

dah lengkap semua ni, hantar teruske Pejabat PTPTN. Keputusan dalam masa 3 hingga 6 bulan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi nak dijadikan cerita, piha nak buat pengecualian untuk ijazah. Maka memaksakan diri piha untuk berpatah balik ke Shah Alam untuk mendapatkan cop pengesahan.




Bertolak dari Johor Bahru 9.30pagi, dan sampaidi UiTM hampir pukul 2.30petang. Penat memang penat, nak pula dalam bas tu penumpang seat depan ni dia pergi adjust seat sampai ke belakang...nak tegur kesian sebab tengah pregnant, nak tak nak...tahan juga lah hingga 4jam stengah...


Syukur, Penolong Pendaftar ada di pejabat, maka sekejap saja urusan piha...dalam pukul 4.00petang dah siap...terus gerak ke PKNS brunch dekat sana sebelum bertolak ke Kuala Lumpur..beli tiket tren dekat sana..naknaik bas memang tak larat..baik naik tren...


Bertolak dari KL Central pukul 11.00malam dan sampai dekat Johor Bahru Central pukul 6.30pagi..dalam tren juga tak boleh tidur sebab bising..jadi tidur ayam jelah...

sampai rumah terus mandi dan top up tidur...

Monday, December 1, 2014

WANITA DAN KERETA

Wanita dan kereta...

Berapa ramai wanita boleh betulkan kereta bila kereta mereka rosak???
atau boleh jangka kerosakan yang terdapat pada kereta mereka??

Jawapannya mungkin hanya kurang daripada 50%
dan yang selebihnya..lagi 50% tu termasuklah diri ku sendiri...
langsung tak boleh buat apa bila kereta tiba2 breakdown...
yang tahu hanyalah..... "kenapa dalam banyak2 kereta dekat sini..kereta aku yang rosak??..kenapa bukan kereta orang lain???..."

"apa yang tak kena ni??"
"apa yang berbunyi ni???...ni cuntdown nak meletup ke"
"FFFFFFFFFFFFFFFFFF^&*(%%...(mumbling in F words)"

see??
i cant even do anything...

maka bermulalah satu cerita..

Dalam 2 hingga 3 hari sekali..piha akan ke pasar basah tau lebih tepat akan ke Kip Mart...berbelanja barang dapur...beli ikan...ayam...apa2 yang dah habis..

Nak dijadikan cerita....masa dalam perjalanan ke Tesco nak mencari barang2 kering..kereta masih dalam keadaan ok..siap pasang CD Lady Gaga dan volume tune ke 16 (agak kuat juga lah)

ia terjadi bila dah habis berbelanja di Kip Mart..nak start kereta..terus meter kereta tak menyala..lampu kereta mengerlip..

ahh..sudah..jam dah pukul 5.00ptg..kemudian..relax dulu...kotttt lah kereta ok selepas beberapa minit...

but still....siap ada penambahan tet..tet..tet..tet..tet pada meter kereta..hati ni tak tahu rasa nak panik atau nak nangis.....

kemudian cuba lah reach beberapa orang kawan...mungkin ada yang boleh datang tengokkan kereta...tapi malangnya..semua yang call cuma kasi explanations...ckp suruh check ini lah itu lah...dengan bateri handphone tinggal 8%.....dan..ini bukan masanya nak dengar all those explanations....dalam hati dah geram..."kenapa kau tak datang je sini...tolong akuuuuuu??"

so..what would u do??


nak contact siapa??...

ok..jam pukul 5.20ptg..try contact Pusat Servis PROTON Pasir Gudang.. dan memang "lucky" sangat bila pusat servis call tak berangkat...mungkin dah tutup atau hari ahad diorang memang dah tutup..

HAHA..

nombor bengkel Uncle Kuang pula tak ada..plus hari ni AHAD...jadi memang tak banyak bengkel yang buka....

mulut pula segan nak minta tolong mana2 lelaki yang lalu lalang..walau ada beberapa juga yang tanya "kereta rosak ke""...dan piha hanya jawab "tak lah"

urghhh...i dont trust strangers...bukan maksud sombong...

maka...duduk teleku tepi kereta...

nak tak nak..elak daripada kena marah dengan abah..jam pun nak pukul 6.00ptg..atlast...call kak long...dia datang dengan suami dia...

YES!....Fatin sampai..untuk teman...dan tak lama kemudian.akhirnya kak long sampai..dan suami kak long check kan kereta...dia try buka kunci dan cuba buka on lampu kereta...

dan...betul...sangkaan...bateri kereta habis...

Kak long call kan sepupu dan minta bawakkan bateri kereta...tukar bateri dekat pasaraya tu juga..

phewww...

RM180 charge dikenakan..

Friday, November 28, 2014

25 THINGS ABOUT ME ( 25 PERKARA TENTANG SAYA)

  1. SUPIHA adalah nama sebenar...tiada Nur...tiada Siti...
  2. Merupakan anak tunggal daripada pasangan Hj. Hasim bin Abd Majid dan Almarhumah Hjh. Sakiah@Maskiah binti Hj.Siaan
  3. Berketurunan Bugis + jawa
  4. Seorang yang takut pada kegelapan, lipan, ular, katak dan tikus
  5. Single and available...
  6. Suka karaoke terutama dalam bilik air...dan kadangkala akan berperasaan "wow...sedap juga suara aku ni..."
  7. Merupakan seorang graduan Sarjana Muda Komunikasi dan Media, UiTM Shah Alam Selangor Malaysia
  8. Pernah bercita- cita menjadi seorang penyanyi tersohor...
  9. Pernah hilang berat badan 20kg dalam masa setahun
  10. suka make up..( but not heavy makeup )
  11. Minat membaca buku motivasi
  12. akan bersendirian bila mempunyai masalah...pasang lagu kuat2 dan nyanyi...
  13. Suka mengembara ke negeri lain 
  14. perkara paling pelik yang pernah terjadi dalam diri..apabila tengok wayang sorang-sorang dalam panggung...dan tiada orang lain selain diri sendiri
  15. pernah berlari telanjang ke tepi jalan semasa berusia 8 tahun sebab kena sebat dengan abah selepas mandi parit
  16. i do have my own car - "pay cash"
  17. akan dengar 1 lagu berulang hingga beratus kali
  18. kuat mengigau (masih tak jumpa treatment nak hilangkan penyakit mengigau"
  19. akan duduk depan wardrobe / gerobok hampir 30 minit..fikir baju apa nak pakai...
  20. suka pakai heels naik motor
  21. suka meratah cili + garam yang ditumbuk
  22. akan bercakap bersendiri bila dalam kereta dan traffic jammed
  23. benci orang hipokrit dan cakap tak serupa bikin
  24. "very johorean"....#LKJ

Tuesday, September 9, 2014

MELAKA - GUNUNG LEDANG WE GO!

Assalamualaikum..

rasa dah lama sangat tak update blog ni...sejak kebelakangan ni macam tak ada benda menarik pula..tambahan tak ada mood nak story- morry kan...so...kali ni baru lah nak ceritakan sikit tentang kita orang punya program vacation bidan terjun dengan hiking Gunung Ledang..katanya gittewww...

Btw...bulan - bulan sebelumnya..selepas habis menjadi cikgu taklama kemudian after convocation...piha bekerja lah sekejap as Marketing Executive dekat AEON Credit. Tapi kerja sana tak lama bila mana abah tak benarkan piha buat kerja outdoor..risau dengan kes2 negative oleh anasir3 jahat sejak kebelakangan ni...

Habis tempoh jadi cikgu ganti dekat SMK Kota Masai bulan 4 itu hari ( thanks cikgu azian , PK Petang dan semua cikgu2 yang banyak membantu piha mengajar, menulis buku rekod...yelah pengalaman macro-teaching ke mircro-teaching apa ke benda alah semua tu..piha mana lah ada skills...so kira on job training lah sepanjang menjadi cikgu...but..it was ahhsemmmmm experiences everrrrr....)

Ohh ya!.. thanks juga lah pada PPD PASIR GUDANG sebab kasi chance piha untuk mengajar walau pengalaman piha adalah menemuramah orang, rakam video, ambil gambar, tulis news..bla..bla..bla...tak da kena mengena langsung dengan dunia teaching...so..thanksssssssss.....


Tahniah juga dekat diri sendiri..sebab berjaya habiskan study Bachelor Degree in Mass Communication (Hons)(Broadcasting) UiTM Shah Alam dengan penganugerahan Ijazah Kelas Pertama..

Hampir 4 tahun di bumi uitm dan hampir 6 tahun di bumi SHAH ALAM!!...a lotttttt of experiences i gained here!..

Friends..lecturers..


Thanks to Fatin juga...sebab teman kita onmy gradustion day...sohabat baik saya...dari kecil sampai besar...emak dan ayah fatin tak kisah kemana je nakpergi..sampai abah sendiri pun kalau kita nak pergi mana - mana mesti dia suruh ajak si fatin ni...


UiTM Shah Alam...bila agaknya kita dapat ketemu lagi...inshaAllah untillone fine day...piha pun bercadang untuk tak henti pembelajaran takat degree sahaja...bak kata orang belajar biar sampai ke hujung nyawa..sebab ilmu tak rugi...

Semoga kita bertemu di MASTER!

.............................................................................................................................................................

Ok..berbalik pada tajuk entri di atas..hujung minggu lepas piha dengan fatin, alin dan lily bercadang nak ke Gunung Ledang...nak hiking katanya..tapi pada hari piha nak buat reservation chalet/bilik...semuanya dah penuh...tak ada kosong untukkemasukan hari sabtu..so alin cadangkan kita tukar plan untuk ke Melaka hari sabtu dan naik ke Gunung Ledang hari ahad...lagi pun tak lah jauh sangat antara Ayer Keroh dengan Ledang kan...

Sooo...we proceed with that idea!!

Petang sabtu kita orang bertolak dari Pasir Gudang..around 2.30pm..bertola ke Melaka...otw ke sana biasa lah merancang nakkemana apa semua...mulanya nak makan air kelapa shake Klebang..tapi memandangkan Pantai Klebang tu sampai6.3pm je...so...tak sempat lah nak rasa coconut shake yang termasyhur tu kan...so...kita orang plan terus je lah ke Bandar Hilir naik Cruise, Becha dengan ke Jonker Walk...


Kita orang exit tol Ayer Keroh nipun dah dekat nak Maghrib gitu....so we have decided to berhenti dekat mana2 masjid untuk solat sebelum meneruskan agenda...


biasa kita tengok tiang lampu akan ada bunting2 biasakan..tapi bila sampai melaka ni piha jakun sikit bila ada animated bunting...DONT MESS WITH MELAKA..

Sepanjang otw mencari Masjid tu....memang kita orang memuji kecantikan Bandaraya Bersejarah ni..seriously memang cantik....tak sibuk macam dekat JB...sampaikan jammed bagai nak gila kan...agak beza sikit suasana kalau nak dibandingkan antara MELAKA- JB..JB penuh dengan struktur bangunan moden dan membangun..

Struktur bangunan pun ada ciri2 kemelayuan...


Lepasmaghrib kita orang terus shoot ke bandar..naik lah cruise...

Piha pun first time naik..agak lah jakun sikit....sebab sepanjang cruise ni menyusuri sungai, dia ceritakan apa yang ada dekat kiri dan kanan..paling best homestay kampung Morten..memang serius cantik...kawasan asal perkampungan melayu...


Inilah geng pengembaraan kali ini...


Fail sikit ambil gambar malam ni..


Deretan kedaiyang di ubah suai jadi kafe dan hotel...


Kawasan sungai...


Saye dan Lily!!!!...


Jambatan Hang Tuah....sangat2 cantik...


Ini pula penyanyijalanan...bila di menyanyi..ada lah seekor binatang bergerak2...sangat entertaining!..


Agenda kedua ialah menaiki becha..beca ke becha???...

Sangat stunning!..denganlampu2 dan lagu yang di hias pada beca...


Pada mulanya alin kata nak cari pak cik yang bawa beca...yelah..kalau orang tua yang bawa kan mesti dia akan ceritakan struktur bangunan yang akan di bawa pusing2 dengan beca kan...tapi piha tengok warga emas yang bawa dah kurang..yang ramainya anak-anak muda...

So..kitaorang pun setuju lah ronda naik becha dimalam hari..

bayaran dikenakan adalah RM25 sekali pusing...no kurang2 harga..harga dah di tetapkan government..so ok lah...


Depan ni becha alin dengan fatin...piha pula naik dengan lily...

first time naik becha..memang seram juga sebenarnya...risau..piha ni dah lah overweight..tak pasal pula pancit tayar...=P


Ini lah anak muda yang bawa piha dengan lily...relax je dia kayuh....jamil namanya..tapi tak tahu lah betul ke tak.....risau..sebab kesian...dia terpaksa kayuh membawa piha yang berat melebihi ni pusing2 tapi worth it lah kan dengan RM25???...hahahhaha

Dia ni ade lah umur dalam lingkungan awal 20-an..nak kata sebaya pun ada juga.....siang kerja...then malam part time bawa becha..dapat juga tambah duit poket dan yang paling penting...tak ramai ok yang nak kerja mcm budak ni kerja...bangga lah juga...kalau tak ada orang muda...siapa lagi yang nak turunkan warisan becha di negeri Melaka ni kan..inilah simbolik dia orang...


mai kita ambil gambar kenangan...


Piha dengan lily!!..ni lah becha yang kita orang naik....


Okeh..lepashabis naik becha kita orang makan dekat restoran terapung......jauh juga lah dari bandar hilir..berangannya nak makan ikan bakar...last2 order nasi goreng..kedai masa tu pun dah nak tutup...

habis makan..cari hotel...memang fully booked..sebab weekend kan..jadi at last fatin dengan alin pun jumpa lah dengan Guest House ni....nak tak nak....setuju...asalkan ada tempat kita orang landing..sebab semua memang penuh...

masa ni mata pun dah rabak gilaaaa...mengantuk...semua campur baur...nak komen tentang suasana rumah ni ok ler...sebenarnya sesuai untuk family..tapi bila kita 4 orang perempuan duduk dalam tu...scary pun ada sebenarnya..malamtu piha memang tak boleh naklelap mata..sebab kita orang dapat pula rumah tak boleh kunci gril dengan pintu..so..kita orang tolak meja makan blakang pintu...



Overall ok lah...tapi better cari bilik...


yahhhh...seperti yang di rancang kita orang bertolak ke Tangkak untuk menuju ke GUNUNG LEDANG!!!...wehuuu...lepas breakfast dekat melaka...kita orang terus masuk hgway..


masa ni alin yang drive...so kita dengan lily duduk blakang like a bawseeeee!!..herherher....


we olls...snap2 sikit..dengan mata tak cukup tidur...


aten...co-pilot..


yezza...our pilot!!!....


di pintu masuk Gunung Ledang Resort...

bagi sesiapa yang baru first time nak datang ke Gunung Ledang ni...ada 2 laluan nak menuju ke sini..samada adaikut pintu masuk Taman Negara Gunung Ledang atau ikut pintu masuk Gunung Ledang Resort...

Pada mulanya kita orang nak masuk ikutpintu Taman Negara..tapi masa tu terpecut laju kereta...so kita orang teruskan aje drive masuk ikut resirt..bayaran yang di kenakan ialah seperti yang tertera diatas...


Lepas parking...kita masuk sikitlah jalan kaki sampai ke resort...sebab hanya pengunjung yang check in chalet je yang dibenarkan bawa kreta masuk sampai ke dalam...

lepastu kita orang teruskan agenda kita orang...

bagi sesiapa yang berhasrat nak mendaki gunung ledang ni boleh lah try survey2 ke website ni :



Gunung Ledang ni under Taman Negara..jadi sesiapayang ank buat aktiviti baik booklah dulu apa- apa pun...

INFORMASI MENDAKI GUNUNG LEDANG SETAKAT SEPTEMBER 2014 :

  • Ranger : RM250 (sampai ke summit)minimum untuk 10 orang
  • Sijil : RM5 
  • Insurans : RM2
ada lagi a few bayaran yang dikenakan...lupa pula..ter delete mesej...

Kalau nak naik..before mendaki kita kena mendaftar dekat pejabat renjer dan declare barang2 yang kita bawa naik..somasa turun kita kenamake sure kita bawa balik apayang kita dah declare kan tu..kalau kurang..bayaran penalti akan dikenakan...

Kalau nak naik tu kalau boleh :

  • Pakaian bersesuaian (track suit, tshirt selesa)
  • Kasut hiking /sport shoes
  • pisau kecil
  • torch light
  • makanan ringan /coklat tenaga
  • mineral water atleast 3 botol 1.5 ml
  • bawa rain coat
  • stoking panjang
  • jacket kanvas..elakkan cotton / seangkatan dengannya..sebab dikhuatiri hujan...jaket jadi berat
ini paling common lah...beza pula kalau siapa2 yang tidur dekat summit...kena lah bawa khemah...peralatan keselamatan..whatsoever....



Kita orang masa otw naik...serius stamina fizikal dan mental kena kuat...

Piha??..ofkozzzz....walau paling belakang..kita orang menggagahkan juga naik..even half way saje...
hihi


we olls...

1000ft ke bawah adalah basement pejalan kaki...so kita jalan ikut tangga..tangga ni oklagi...naksampaike air terjun puteri tu..curam dan tinggi okeh


alam...sesekali balik ke alam...best tau!


Bongah batu besar...serius terpegun...tak sempatnak selfie...sebab tengah semput time ni...


best tau..tapi agak berbahaya lah kalau waktu hujan...licin...


Bermandi mandasekejap dekat Air Terjun Puteri!...air subhanallah memang sejuk ok...

Tapi dinasihatkan kalau hujan jangan sesekali turun dalam air..takut2 terjadi kepala air...

Lepas nak petang kita orang turun lah balik...terus cari lokasi makan...pada mulanya nak makan mee bandung muar...tapi kedai tutup..so pergi lah ke batu pahat..pekena mee racun..






muka iolls yang entah penat +mengantuk...