Friday, April 4, 2014

TAK MUDAH MENJADI SEORANG CIKGU HOI


Pertama sekali..piha nak ucapkan terima kasih dan "salute" kepada cikgu2 yang pernah mengajar piha, daripada sekolah tadika, sekolah rendah,menengah kemudian terus ke sekolah KAFA, sekolah agama, masuk ke UNISEL terus ke UITM..


Menjadi seorang pendidik..pada mulanya, memang tak dapat dinafikan piha dulu pernah bercita- cita nak jadi cikgu..ya..siap main cikgu- cikgu dengan abah sekali..piha jadi cikgu..abah jadi anak murid..siap abah beli papan hitam dengan white board..kapur pula sekotak abah belikan...

itu semua duluuu....20 tahun yang lepas punya cerita..tapi sekarang...bila diberi peluang untuk sebaris menjadi seorang CIKGU...sememangnya kerjaya ini sangat2 berat...dengan erti kata mudah bukan senang nak ajar orang menjadi pandai...

Berbagai cabaran dan dugaan kita kena hadapi setiap hari..ya..kalau nak cakap dugaan bla..bla..bla..semua kerja ada cabaran tersendiri..tetapi apa yang penting ialah bagaimana kita berhadapan dengan masalah tersebut..

Berada di SMK Kota Masai, sedikit sebanyak memberi piha peluang untuk menggalas serta merasai sendiri dengan tulang 4 kerat ni bagaimana cabarannya menjadi cikgu..


Bernasib baik kerana masih berjumpa dengan bekas2 cikgu yang tak kurang juga membantu piha menerangkan itu ini, istilah2 yang piha tak tahu..terutama sekali PBS..

Bagi sesiapa yang kata kerja guru tu senang..anda ternyata silap....cuba anda berada dalam bidang mereka..baru anda tahu...

Cikgu..nak kawal bukan seorang murid..tetapi berpuluh murid setiap hari..nak layan..nak terangkan satu persatu sehingga mereka faham..

nak sediakan pengajaran esok, nakmenanda buku, aktiviti sekolah lain..dan bermacam lagi..


JADI SAYA BERBANGGA DENGAN SEMUA GURU..
TAHNIAH DAN SYABAS kerana anda berada bidang yang sangat mulia ini...
'
so from REPORTING ke TEACHING...ok lah tu kan?..

1 comment: